Saturday, March 31, 2012

Set Confinement - untuk ibu berpantang, masalah rambut gugur, baru lepas menjalani pembedahan..

Bagi ibu yang sedang hamil pastinya sedang mencari set bersalin yang sesuai, terutama yang menyusukan bayi. Antara kriteria yang biasanya menjadi pilihan ibu ialah set bersalin yang mudah, murah dan tidak memberi kesan kepada bayi yang menyusu.


Antara set bersalin yang menjadi pilihan adalah yang berasaskan ramuan tradisional seperti herba dan sebagainya seperti jamu, dan set bersalin yang terdiri dari pil-pil.


Kini ada pilihan yang lebih mudah untuk ibu2 terutama yang mementingkan kesihatan dalaman, berpantang sendiri serta menyusukan anak.


Set C atau set confinement, kini bukan sahaja set bersalin, malah mempunyai banyak kegunaan:-
. Berpantang
. Selepas Pembedahan (apa jua pembedahan)
. Rambut Gugur





Set ini terdiri dari 4 jenis vitamin dan mineral:

- VITA-LEA
- B COMPLEX
- VITA C
- ZINC COMPLEX



Yang boleh membantu anda terutama ibu-ibu baru bersalin, mereka yang menjalani pembedahan serta masalah rambut.


Ibu lepas bersalin bukan saja memerlukan khasiat vitamin dan mineral secukupnya, malah air yang mencukupi untuk menjalankan sistem tubuh yang unggul. Set Confinement Shaklee membantu ibu relaks, membekalkan keperluan vitamin dan mineral asas, mempercepatkan penyembuhan luka dan pastinya tidak memudaratkan bayi yang menyusukan.


Pengamal set Confinement Shaklee ini juga mengambil supplemen di bawah sebagai add-on:
- LECITHIN
- ALFALFA
- ENERGIZING SOY PROTEIN
- OMEGA GUARD



Dapatkan hari ini untuk bekalan sepanjang berpantang! Set bersalin Shaklee pastinya teman baru yang digemari ^___^


Untuk para suami, pilihlah set bersalin terbaik untuk isteri anda.

**Click here to Order.

Lots of Love..
UmmIrfan

Thursday, March 29, 2012

Shaklee Mealshake – Terbukti dapat meningkatkan selera anak

Selera makan anak-anak yang sering berubah-ubah, memilih makanan.. Adakala sampai pening kepala ibu bapa dibuatnya. Maklumlah, bila kurang makan, bukan saja berat tak naik, tapi mungkin juga si anak kelihatan lebih cepat lesu.


Adakah mealshake dapat membantu?
Tengok ni:


Mealshake mengandungi kesemua vitamin dan mineral serta protein, termasuk vitamin B dan zinc lengkap yang menjana selera makan kanak-kanak.  Rasanya pun sedap.

Malah ramai ibu bapa yang memilih Mealshake untuk anak-anak mereka, meskipun yang tiada masalah selera makan. Ini kerana Mealshake mengandungi vitamin dan mineral yang diperlukan oleh anak-anak yang sedang membesar.


Namun ingat, mengambil Mealshake atau vitamin2 lain untuk kanak2 (VitaLea For Children & Chewable Vita-C) tak bermakna anak anda bebas makan jajan, lepak depan komputer main games saja ya. Pastikan anak-anak anda mendapat makanan berkhasiat.
-----------------------------------------------------
Saya juga berikan anak saya, Irfan Shaklee Mealshake..dah nak hampir setahun dah Irfan consume Mealshake ni..AlhamduLILLAH, sangat jimat dan berbaloi…rasa memang sedap, saya pun kadang ‘pow’ Mealshake dia nak mixed dengan ESP saya ..hehe.. Irfan tu dah lar diagnosed asthma, so memang nutrisi AMAT PENTING untuk Irfan untuk dia fight all the viruses, bad bacterias and to build his immune system. AlhamduLILLAH, sehingga hari ini, Irfan maintain selera makan – setiap hari makan nasi 2-3 kali sehari..jika kena dengan selera dia, memang sekali Irfan makan 3 pinggan! (^__^). 


Baca kat sini apa kata ibu-ibu tentang Shaklee Mealshake dan 6 sebab kenapa kita perlu beri anak kita Mealshake.


Hubungi saya untuk mendapatkan Mealshake!

**Click here to Order.

Lots of Love..
UmmIrfan

Tuesday, March 27, 2012

Set untuk ibu-ibu hamil – Badan rasa bertenaga..Pn Azza

Ibu-ibu hamil seringkali mengalami masalah HB low..ini disebabkan apa-apa yang ada pada diri ibu hamil dibahagikan kepada dua..satu untuk ibu dan satu untuk anak dalam kandungan. Apa yang ibu makan kena double sebab separuh lagi perlu disalurkan kepada anak dalam kandungan. Pada saat awal kehamilan mungkin ibu-ibu hamil tidak terasa keletihan dan lesu tetapi bila tiba pada 3rd Trimester dimana kandungan sudah semakin membesar, ibu akan mula rasa letih, lesu dan cepat penat..Pada saat itu, vitamin yang doctor beri pun adakala tidak memberi kesan yang diinginkan.. (yup! Saya menulis berdasarkan pengalaman saya sendiri dan masa saya mengandungkan Irfan, saya tidak kenal lagi dengan Shaklee, maka saya hanya bergantung sepenuhnya pada vitamin-vitamin yang doctor bagi..dan tidak memberi kesan.. badan makin letih dan lesu..)

Begitu juga dengan kisah ibu ini, Pn Azza, yang mempunyai 2 orang anak dan sedang menanti kelahiran anak ketiga beliau. So, kita boleh imagine betapa Pn Azza sangat keletihan dan penat apatah lagi kandungan Pn Azza sudah mencecah usia 7 bulan. Nak menguruskan hal-hal rumah dan anak-anak selepas pulang bekerja. Jadi beliau bertanyakan pada saya vitamin untuk ibu hamil, dan saya cadangkan pada beliau untuk mengambil Set Eu-For Pack yang selamat untuk ibu-ibu hamil dan memenuhi secara optimum keperluan nutrisi untuk ibu dan bayi dalam kandungan. AlhamduLILLAH, selepas seminggu Pn Azza consume set ini, saya terima sms daripada beliau:

“AlhamduLILLAH, Azza sihat saje, badan pun dah rasa bertenaga..maybe lepas ni nak continue lagi..Doktor pun kata vitamin Shaklee bagus..”

Kan dah kata!! Baca lagi sekali statement beliau ~ Doktor pun kata vitamin Shaklee bagus! Wallah..!! Beliau juga sebenarnya dah stop makan vitamin-vitamin doktor bagi sebab nak rasakan kesan dan perbezaannya dahulu.. Tapi ternyata, set ini memberi kesan yang positif kepada beliau.. So, apa yang ada dalam Set ini?



-         VITALEA
-         B-COMPLEX
-         VITAMIN C
-         OSTEMATRIX
-       ESP

Ibu-ibu hamil yang berminat nak cuba set ini boleh hubungi saya untuk mendapatkan maklumat lanjut.. (^_^)
**Click here to Order.

Lots of Love..
UmmIrfan

**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. I am a Shaklee Independent Distributor.**

Monday, March 26, 2012

Adakah protein soya selamat? Cuba check protein soya dirumah anda..

Aha..saya sebenarnya telah dihujani dengan pelbagai soalan tentang protein soya nih..selamat ke tak selamat..sesuai ke tidak..


Berisiko ke tidak soya yang saya ambil?


YA, memang ada risikonya. Tengok checklist di bawah.. ADAKAH SOYA ANDA SELAMAT?


Adakah kacang soya kegemaran anda…
  • Ditanam secara organik?
  • Tidak menjalani proses genetik (Bukan GMO)?
  • Mengandungi 9 asid amino penting?
  • Dalam proses pembuatan untuk menghasilkan soya yang mengasingkan, kepingan soya dihancurkan dan dibasuh dengan air, bukan alkohol?
  • Bahan anti-thyroid/anti-pertumbuhan disingkirkan?
  • Diproses tanpa haba?
  • Ditambah dengan kalsium? (ketika minyak dikeluarkan, ia menjadi makanan berasid – dineutralkan bila kalsium ditambah)?
Sekiranya anda mendapati semuanya atau kebanyakannya TIDAK, maka inilah masanya untuk anda mendapatkan minuman soya yang terjamin dengan ciri-ciri di atas.
Apakah penerangan di sebalik ciri-ciri di atas?


KACANG SOYA TIDAK ORGANIK (menggunakan baja kimia, pestisid, etc) – mengandungi khasiat yang rendah tapi tinggi nitrat. Kandungan nitrat yang tinggi membawa risiko KANSER!!!


KACANG SOYA GMO -  lebih murah untuk menghasilkannya, dan lebih berisiko kepada kesihatan pengguna kerana ia menghasilkan toksin!


9 ASID AMINO - adalah penting untuk proses penghasilan hormon, antibodi dan enzim. Kekurangan asid amino perlu ini menjadikan tubuh kita kurang berkesan untuk menjalankan proses-proses penting dalam tubuh.


KACANG SOYA DIPROSES DENGAN ALKOHOL – mengurangkan kadar isoflavone hingga 88%! Isoflavone adalah bahan yang mengurangkan risiko kanser. Ia juga penting dalam tindakan hormon dan jisim tulang.


BAHAN ANTI-TIROID & ANTI-PERTUMBUHAN – menyebabkan fungsi tubuh terganggu dalm meningkatkan risiko kanser.


KACANG SOYA YANG DIPANASKAN - merosakkan kandungan proteinnya!


KACANG SOYA YANG DIPROSES (DIBUANG MINYAKNYA)– menjadi berasid. Kalsium yang ditambahkan akan menjadikannya neutral semula.


Sanggupkah anda merisikokan diri dengan mengambil langkah yang tidak selamat, sedangkan anda sebenarnya ingin menjaga kesihatan? Mungkin anda dah pernah baca tentang risiko penyakit kanser yang disebabkan oleh soya.. seperti yang digembar-gemburkan.


Dapatkan soya yang berkualiti dan selamat..


… dari Shaklee, Energizing Soy Protein!


Bukan itu sahaja, ia juga sangat bagus untuk penyusuan susu ibu!


Jadi bertindaklah bijak dari sekarang. Adakah anda memilih soya yang berbahaya atau Energizing Soy Protein yang ternyata selamat? 
-----------------------------------------------------------------------------
Jika anda berminat untuk mendapatkan ESP ini,  sila emel saya di rafaliah@yahoo.co.uk atau contact saya di talian             012 2541296       atau PM di Facebook page UmmiIrfan Online Shoppe.

**Click here to Order.

Lots of Love..
UmmIrfan

**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. I am a Shaklee Independent Distributor.**

Saturday, March 24, 2012

Rahsia PROTEIN..

Mungkin ramai yang dah lupa apa tujuan utama kita makan protein, dan untuk itu biarlah didedahkan sedikit ‘rahsia’ protein, yang mungkin sebahagian daripadanya kita dah belajar ketika di bangku sekolah dahulu.It’s a basic Science.
  1. Pertumbuhan-16% tubuh badan manusia terdiri daripada protein. Kulit, rambut, organ-organ, otot, semuanya terdiri daripada protein (semuanya mengandungi DNA, dan dalam DNA ada protein). Saban hari, ada sahaja sel-sel kita yang mati, dan kematian tersebut haruslah digantikan dengan kelahiran. Badan memerlukan amino asid (komponen asas protein) untuk membina kembali otot-otot dan sel-sel kita yang lain. Tanpa protein yang mencukupi, badan kita akan menjadi lemah dan lembik. Dalam erti kata lain, Protein kepada badan manusia adalah sama seperti batu-bata kepada sesebuah bangunan. Cuba tanya diri anda, bolehkah kita membina bangunan yang kukuh jika sumber batu-bata tidak mencukupi?
  2. Metabolisma (otot)
    Kita sering bersenam dan melakukan kerja-kerja berat. Melalui bersenam banyak sel-sel otot kita yang “mati” terutamanya jika kita melakukan senaman yang mencabar kekuatan otot seperti weight training atau bodyweight training (push up, sit up, dan sebagainya). Kita tak menyedari kematian sel-sel ini kerana dalam tubuh badan kita terdapat berjuta-juta sel, mungkin juga lebih daripada tu. Maka kematian “sebahagian kecil” sel-sel tersebut mungkin kita tidak sedari. Namun, tanpa diet yang berkualiti (ada protein), sebahagian kecil sel-sel otot yang mati tadi mungkin tidak dapat diganti, dan saban hari “sebahagian kecil” tadi akan berubah menjadi “sebahagian besar”.Penurunan berat badan melalui “kehilangan otot” adalah sesuatu yang malang dan tidak harus dibanggakan, kerana turunnya berat otot bererti turunnya kadar metabolisma ANDA! Otot adalah mesin-mesin yang menggerakkan metabolisma kita, yang membakar lemak-lemak kita. Sila catat fakta ini besar-besar pada dinding bilik anda.
  3. Metabolisma (pencernaan)
    Sekali lagi, protein meningkatkan kadar metabolisma, dan makan lebih banyak protein meningkatkan kadar metabolisma berlipat kali ganda. Ini kerana badan memerlukan lebih tenaga untuk menguraikan struktur protein yang kompleks kepada komponen-komponen yang lebih ringkas berbanding karbohidrat. Dalam arena bina badan, high protein diet adalah sesuatu yang normal dikalangan mereka yang ingin menurunkan paras body fat %, namun jangan sesekali salah anggap, mereka bukannya mengamalkan Atkins dietKarbohidrat adalah kawan karib bodybuilder, mana mungkin mereka meninggalkan karbohidrat. Apa yang mereka lakukan ialah, merendahkan sedikit pengambilan karbohidrat berbanding biasa, tetapi meningkatkan pula pengambilan protein (bersama sumber alkaline seperti sayur-sayur, kerana protein bersifat acidic).
  4. Menstabilkan Paras gula (dalam darah) dan Insulin-Memandangkan protein melambatkan sedikit proses pencernaan berbanding jika anda makan karbohidrat semata-mata, maka gabungan protein dan karbohidrat (dengan sedikit lemak) dalam diet adalah perlu. Protein mencegah paras gula dalam darah daripada naik terlalu cepat, sekaligus menstabilkan regulasi diantara paras gula dan insulin. Hal ini sangat penting jika anda ingin mengurangkan kebarangkalian proses penukaran glycogen berlebihan kepada lemak dengan pantas.
  5. Protein – berapa yang kita perlukan?-Ini bergantung kepada gaya hidup anda, juga faktor fisiologi anda seperti jantina (lelaki perlukan lebih protein berbanding wanita). Minimum protein yang diperlukan dalam sehari ialah kira-kira 1g per kg berat badan (jika berat anda ialah 60kg, maka anda perlu makan SEKURANG-KURANGNYA 60g sehari). Namun makan terlalu banyak protein juga tidak digalakkan, melainkan anda melakukan banyak kerja berat, seperti weight training (intensiti tinggi). Pengambilan protein yang maksimum yang boleh diambil manusia normal ialah kira-kira 3g per kg berat badan.
Dan ini suplemen protin pilihan saya.. 

  • Sumber terbaik daripada kacang soya
  • Mengandungi protin lengkap (9 essential amino asid)
  • Vegetable source – soy
  • Kolesterol “zero” serta rendah lemak
  • PER(Protein Efficiency Ratio) yang tinggi – 2:5
  • Mengenyangkan & sangat sesuai untuk orang yang mudah diserang gastrik (cthnya saya,ada masalah gastrik)
  • Sesuai untuk orang yang ada Allergies
  • Membantu badan menyerap kebaikan vitamin dengan lebih baik, supaya vitamin- vitamin tadi dapat memperbaiki sel- sel badan kita.
Saya memang in-love dengan ESP nih.. especially nak maintain kulit cantik, awet muda, nak tambah berat badan..etc..etc..etc..memang TERBAEEKK...
------------------------------------------------------------------------
Jika anda berminat utk mendapatkan ESP ini atau jika ada sebarang pertanyaan dan pesanan, sila emel saya di rafaliah@yahoo.co.uk atau contact saya di talian             012 2541296       atau PM di Facebook page UmmiIrfan Online Shoppe.

Lots of Love..
UmmIrfan

**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. I am a Shaklee Independent Distributor.**

Wednesday, March 21, 2012

Petua kurus untuk wanita - TIPS No. 1

Okay, harini saya nak share tips kurus untuk wanita..ni baru Part 1 je, nanti ada sambungannya..Jom baca..
----------------------------------------------------------------------------------


Kenapa ramai orang gagal dalam usaha untuk menurunkan berat badan? Dan ramai juga menganggap hanya dengan menelan pil & ramuan tertentu dapat membantu menjadi kurus. "Kajian menunjukkan 90% orang gagal dalam usaha mereka untuk kurus kerana gagal menemui punca kepada masalah mereka".Jangan terperanjat dengan fakta tersebut. Teringatkah kita bagaimana cukup mudah bagi kita untuk menurunkan berat badan ketika kita masih muda? Dan ketahuilah, kajian juga mendapati wanita lebih susah untuk menguruskan badan berbanding lelaki. Secara amnya setelah umur meningkat semakin susah untuk seseorang itu menurunkan berat badan kerana tahap metabolisma telah menurun. Selain daripada faktor umur, cara hidup atau “lifestyles” juga mencorak bentuk badan seseorang itu. Mana tidaknya, makanan segeralah, air bergaslah, roti canailah, ayam injectionlah, menjadi antara hidangan kehidupan pada hari ini.Petua Kurus Badan akan berkongsi cara bagaimana anda boleh menjadi kurus, khasnya wanita walaupun banyak cabaran yang mendatang, sebenarnya masalah tersebut masih boleh di atasi. 
1. Makan
2. Minum
3. Senaman
4. Rehat
5. Solat
Part 1 ; Petua Makan
Waktu makan: 
  • Petua pertama adalah makan pada waktu yang sama selalu. Sekiranya sarapan anda adalah pada pukul 8.00 pagi, jadi biasakan makan pada waktu yang sama. Begitu juga waktu yang lain-lainnya.
  • Bagi makan malam pula, seelok-eloknya makanlah selewat-lewatnya waktu maghrib. Ini penting, kerana penghadaman mengambil masa 4 jam untuk selesai dilaksanakan betul-betul sebelum waktu tidur.
Kadar makanan:
  • Pernah dengar pepatah – kesihatan kita adalah “apa yang kita makan”? Ini membayangkan penyakit berlaku apabila kita makan makanan yang tidak berzat – beracun, terbiar lama, makanan yang diproses tidak mengikut tatacara proses yang betul.
  • Apapun makanlah dengan tertib, tidak tergopoh-gapah dan makanan dikunyah lumat baru ditelan.
  • Tujuan makan adalah untuk mendapatkan tenaga dan nutrien untuk tubuh badan. Bagaimanapun, makan hanya sekadar kenyang dan bukan mengenyangkan, melainkan anda kerap bersukan jadi sumber kabohidrat seperti nasi memang sangat diperlukan dengan kadar yang lebih banyak.
  • Kadar makanan yang berlebihan akan membuat anda berasa mengantok, menunjukkan perut memerlukan tenaga untuk menghadamkan makanan yang banyak dan melebihi had.
  • Seelok-eloknya, sekiranya perlu memakan daging makanlah ia seawal pagi atau siang hari kerana daging memerlukan waktu yang panjang untuk hadam. Ada pendapat mengatakan 36 jam untuk hadam.
  • Ambil makanan seimbang. Imbangan pemakanan berkhasiat sebenarnya adalah “sumber bahan bakar” seperti petroluem bagi kereta.
  • Jadi makanan berimbang akan memberi tenaga untuk kita bekerja dan kesihatan yang baik. Ini termasuklah untuk kekal kurus dan langsing.
  • Seelok-eloknya campurkan makanan anda dalam 5 gabungan kumpulan makanan seperti kekacang, buah-buahan, sayur-sayuran, tenusu dan makanan berprotein semasa makan, setidak-tidak 3 kumpulan.
  • Ini adalah kerana makanan seperti sayur adalah ejen pembakar makanan dan membantu menghadam makanan dengan cepat.
  • Elakkan makanan yang bergoreng dan berlemak terutama pada malam hari.
  • Panduan yang terbaik bagi mengisi perut adalah setiap 1/3 diisi makanan, air dan udara.
  • Makanan yang “secukup” perut amat mudah dihadamkan dan ini akan mengekalkan metabolisma tubuh badan dan kekal kurus.
Nanti kita sambung lagi..
------------------------------------------------------------------------------------------------
Inginkan maklumat lanjut?
Sila hubungi saya di             012-2541296       | rafaliah@yahoo.co.uk utk sebarang pertanyaan | pesanan anda


Lots of Love..
UmmIrfan

(COD: Sekitar Bandar Baru Bangi, Putrajaya, Dengkil dan Sepang)

Monday, March 19, 2012

REVIEW: Kenapa saya kata B-Complex bagus untuk kurus?

Semenjak saya post dalam fb saya yang mana vitamin B-Complex tidak menggemukkan, ada yang curious dan tidak kurang yang skeptikal tentang itu..So, harini saya nak share satu review tentang Vitamin B-Complex bagus untuk kurus..Jom baca..
----------------------------------------------------------------------------


Antara vitamin Shaklee yang tarawal saya makan ialah Kalsium Magnesium, Instant Protien [ nama lama bagi Energizing Soy Protien ESP],  B complex, Lecithin dan Vitalea. Produk ini masih saya amalkan sehingga hari ini. Namun ada sesuatu yang ingin saya share kan, apakah sebenarnya manfaat pengambilan B complex?

B complex Shaklee terdiri dari kumpulan lapan (8) vitamin B iaitu  

1. Thiamin (B-1), 
2. Riboflavin (B-2), 
3. Niacin (B-3), 
4. Pantothenic acid (B-5), 
5. Pyridoxine (B-6), 
6. Folic acid (B-9)
7. Cobalamin (B-12) dan 
8. Biotin.

Setiap kumpulan B ini mempunyai fungsi yang tertentu. Bila diambil lengkap 8 kumpulan ini, akan saling melengkapkan  keperluan B dalam tubuh kita.



Minda kita telah diterapkan kononnya B complex adalah punca kegemukkan. Namun setelah saya kenali Shaklee dan amalkan vitamin ini dah masuk 13 tahun, saya dapati ianya tidak seperti yang digembar gemburkan.

Mengapa sebenarnya orang kata vitamin B itu menggemukkan ya? Saya rasa ini kerana vitamin B akan membuatkan individu itu cepat lapar. Bila cepat lapar kita intend to eat more and more. Maka lama kelamaan akan menyebabkan kegemukkan. Namun mengapa ada sesetengah orang walau kuat makan, tapi dia tak mudah gemuk? Keadaan ini akan dikaitkan pula dengan kadar metabolisme yang tinggi dalam badan akan membantu mencernakan lemak dan karbohaidrat kepada tenaga dan tidak disimpan di dalam badan.

Saya telah amalkan B complex selama hampir 13 tahun, jika benar ia menggemukkan...saya pasti mereka yang dah amalkan 20 tahun pasti mempunyai badan yang sangat besar sehingga tidak mampu menyokong tubuh badan mereka. Namun ada sesuatu yang tidak kita sedari....fungsi setiap vitamin B di dalam vitamin itu tadi....

Saya beri contoh :

B12 adalah ko faktor dalam metabolisme karbohaidrat

B1 penting untuk pecahan karbohaidrat dan membantu menukarkan glukos[ gula ringkas] dan karbohaidrat kepada tenaga.

Kekurangan vitamin B1 untuk akan menyebabkan glukos dan karbohaidrat hanya tersimpan dalam badan. Apabila ia berterusan, ia akan menjadi salah satu punca berat badan bertambah, kegemukkan dan hilang bentuk tubuh badan yang asal.

B6 sangat penting dan diperlukan untuk penukaran glikogen[ tenaga yang tersimpan ] kepada glukos[ gula dalam darah].


Maka pada saya secara peribadi vitamin B complex memang membantu dalam pembakaran glukos dan karbohaidrat menjadi tenaga. Pengambilan air sangat penting dalam membantu proses berjalan dengan lebih lancar.

Memang benar kita akan mudah terasa lapar, namun tak salah jika makan sedikit yang makanan  berkhasiat tetapi BUKAN kudapan ringan yang kaya dengan msg, bahan pengawet, perasa dan pewarna tiruan.

Saya sendiri amalkan makan pagi [ jika sibuk sangat baru saya breakfast dengan ESP, MS dan PD], lunch dan dinner. In between meal kalau lapar makan biskut dengan air, makan buah dan paling banyak saya amalkan minum air kosong aje. Pada saya nafsu makan ini hanya boleh dikawal oleh minda yang rasional. Kalau ikutkan nafsu lapar memang takkan buat kerja lain selain makan dan makan sepanjang hari.

Saya memang suka B complex Shaklee kerana saya yakin dengan pengambilan vitamin b ini membantu menukarkan segala [tenaga yang tersimpan @ stored energy ] kepada tenaga sepanjang saya aktif.

Hakikat nya berat badan kita meningkat/ bertambah apabila banyak karbohaidrat , lemak dan gula yang diambil hanya disimpan di dalam badan dan tidak digunakan.

Ia berpunca kurangnya B complex dalam badan yang berfungsi sebagai spark plug untuk membakar glukos/ karbohaidrat kepada tenaga.

Bagi saya jika cukup vitamin B complex dalam badan, insyaALLAH penukaran glukos kepada tenaga dapat berjalan dengan lancar dan tidak hanya disimpan di dalam tubuh semata-mata.

Maka jika anda ibu yang menyusu dan risau berat akan naik tidak turun2, amalkan makan vitamin B complex dengan konsisten selain pengambilan Lecithin dan Omega yang memang bagus untuk membakar lemak.
B complex sangat membantu kepada ibu menyusu aktif sepanjang hari, mood yang baik, dapat mengawal stress dan ia jua perlu dan penting untuk keperluan bayi yang membesar. 



Jadi, dengan review yang saya sharekan disini, moga dapat memberi clarification kepada anda yang mengatakan B-Complex ini menggemukkan..tidak sama sekali tau..! Ada sesetengah hari saya memang akan ambil B-Complex ni up to 3 tabs daily..sebab ape?  Sebab B-Complex ni larut air, mudah musnah disebabkan haba dan stress..yang paling bestnya BComplex ni menukarkan karbohidrat kepada tenaga..so, apa yang kita makan, BComplex akan tukarkan kepada tenaga, ianya tidak disimpan maka perlu diambil setiap hari..


So anda bagaimana? Dah amik BComplex anda pagi nih..? ..barulah boleh mulakan hari anda dengan senyumaaann...(^_^) 
------------------------------------------------------------------------------------
Sila hubungi saya di             012-2541296       | rafaliah@yahoo.co.uk utk sebarang pertanyaan | pesanan anda


Lots of Love..
UmmIrfan

(COD: Sekitar Bandar Baru Bangi, Putrajaya, Dengkil dan Sepang)

**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. I am a Shaklee Independent Distributor.**
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © Pengedar Shaklee Kota Warisan, Dengkil, Bandar Baru Salak Tinggi dan KLIA. | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in