Tuesday, February 14, 2012

Badan berangin semasa hamil? Kami ada tipsnyaa..(^_^)

Badan berangin? Huhuhuu..memang tak bestkan kalau badan berangin ni..especially bila kita mengandung..rasa tak tentu arah segala-galanya..duduk tak kena, baring tak kena, makan itu tak kena, minum itu tak kena..semua serba tak kena.  Jadi jom kita ikuti tips ini..
----------------------------------------------------
Angin dengan ibu mengandung boleh dikatakan ‘kawan baik’. Kenapakah ibu mengandung mudah mengalami badan berangin walaupun tak makan makanan bersulfur?
Ini kerana semasa hamil, hormon progesteron yang penting untuk ‘membenarkan’ bayi membesar, juga memperlahankan pergerakan usus. Jadi bila pergerakan peristaltik usus menjadi perlahan, tindakan bakteria menjadikan gas yang banyak terbebas dari usus, menyebakbkan badan ibu senang berangin. Keadaan ini menyebabkan ibu hamil berasa tak selesa, mungkin mengalami sakit kepala, muntah dsb.
Bagaimana untuk mengurangkan simptom angin di kalangan ibu hamil:
1- Mengambil makanan yang menggalakkan pergerakan peristaltik usus iaitu yang yang tinggi dengan fiber.

Tapi awas… Jangan terlebih fiber pula, fiber berlebihan boleh menyebabkan angin.
2- Minum air secukupnya. Air yang cukup bukan saja penting untuk sistem pelawasan tapi untuk proses ‘pernafasan’ sel. Sel yang sihat memerlukan air secukupnya untuk menjalankan pelbagai proses.
Pastikan air yang bersih dan bertapis memandangkan terlalu banyak pencemaran dalam air paip kita. Kalau biarkan air dalam gelas/jag beberala hari akan berkeladak!
Gambar di atas adalah Get Clean Water Pitcher yang mudah digunakan dan murah penyeleranggaannya!

3- Ambil sarapan yang seimbang dan minum air perahan lemon dan pudina untuk memudahkan pergerakan usus.
Anda juga boleh ambil Peppermint-Ginger Plus untuk tujuan di atas dan mengeluarkan angin.





4- Makan dalam kuantiti sedikit tapi kerap, supaya perut tidak berangin dan tidak memberatkan usus.

5- Lakukan senaman ringan. Walaupun sekadar berjalan dan gerakan anggota yang ringan, ia amat baik untuk peredaran darah dan fungsi sistem percernaan.
6- Catatkan makanan yang anda ambil. Jadi bila berlaku masalah angin, anda boleh mengagak makanan yang menyebabkan anda angin dan boleh mengelakkannya di masa akan datang.
7- Banyakkan mengambil buah-buahan, protein dari sumber tumbuhan, dan bijirin penuh yang menggalakkan pergerakan usus yang sihat.
Sekiranya masalah angin berterusan, dapatkan khidmat nasihat doktor ya!
Sila hubungi saya di 012-2541296 |  rafaliah@yahoo.co.uk utk sebarang pertanyaan tentang produk dan kesihatan | pesanan.

Lots of Love..
UmmIrfan

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

2 comments:

MaryaYusof

Salam dear,

Tq for the info, insya'Allah boleh praktikkan tips ni for next prenancy klau ade rezeki :)

rafaliah

As-Salam Marya..thanks for visiting my blog..inshaALLAH..sama2 kita praktikkan nanti dear..:-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © Pengedar Shaklee Banting, Kota Warisan, Dengkil, Putrajaya. Shaklee Business Mentor. | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in