Friday, January 27, 2012

Ketahui PUNCA dan MASALAH barulah dapat PENYELESAIANNYA..begitu juga dalam hal-hal penyusuan ini..

Setiap masalah pasti ada penyelesaiannya, tetapi perlu tahu punca dan masalah yang menyebabkan ianya timbul..ni macam kita cari ROOT CAUSE and Corrective Actions lar ni kiranya..Root Cause nak define dia banyak cara, ada yang guna FTA, 5-Why, Fish Bone Diagram dan lain-lain..applikasi ini boleh apply apabila kita mengalami masalah susu drop @ susu merudum..Jom kita baca kes-kes dibawah ni yang dipetik dari sini..tapi nama tu bukanlah nama sebenar yea..


Kes pertama :
Aisyah seorang surirumah dan mempunyai seorang bayi berusia 3 bulan. Beliau berusaha menyusukan anaknya walau dalam keadaan beliau sakit di bahagian tempat pembedahan semasa melahirkan anaknya itu. Namun adakala beliau merasa sangat ngilu ditempat bahagian pembedahan itu dan disebabkan kerana itu beliau terpaksa adakala memberi anaknya dengan susu formula sementara menunggu kesan sakitnya hilang. Lama kelamaan suami beliau meminta agar penyusuan berlangsung untuk setakat itu kerana tidak mahu isterinya merasa sakit terutama mengiring untuk menyusukan anaknya dengan susuibu.

Punca masalah :

Sakit ditempat bekas pembedahan. Apabila sakit hormon menjadi tidak stabil. Otak akan lebih tertumpu kepada kesan sakit dan sistem tidak dapat berfungsi dengan baik kerana otak tidak fokus kepada penyusuan.


Penyelesaian :

Dapatkan rawatan agar luka tersebut cepat baik. Apabila tiada lagi kesakitan, otak akan lebih fokus kepada apa yang sedang diusahakan.


....................................................................................................................................................


Kes Kedua
Fatim adalah seorang pegawai salah sebuah syarikat swasta. Beliau menyusukan anaknya yang berusia 7 bulan. Sejak akhir-akhir ini beliau merasakan susunya merundum dengan teruk sekali walaupun beliau telah membuat perahan yang konsisten setiap hari iaitu setiap 3 jam.Kehidupan beliau sangat hectic, yang mana biasanya beliau akan memanaskan lauk yang dibeli dari luar untuk makan malam atau memasak lauk yang sangat simple untuk makan berdua bersama suami. Beliau cuba mencari alternatif iaitu apa jua milk booster bagi mengatasi masalah kerunduman susu yang dilaluinya.


Punca masalah.

Fatim sangat keletihan dan mungkin pengambilan makanannya sangat tidak seimbang dan tidak mengikut saranan dalam piramid makanan yang dicadangkan oleh kementerian kesihatan.


Penyelesaian :

Fatim digalakkan untuk memastikan beliau mendapat cukup zat melalui pengambilan makanan hariannya. Jika wujudnya kekangan melalui makanan, pengambilan supplement merupakan salah satu alternatif. Ianya boleh dibeli atau dapatkan melalui klinik kesihatan yang berdekatan.

.............................................................................................................................................



Kes ketiga :
Saerah baru sahaja memulakan kerjanya selepas bercuti dua bulan kerana berpantang melahirkan anak keduanya. Beliau berniat untuk menyusukan anaknya dengan susuibu setelah mendapat pendedahan kebaikan susuibu. Namun beliau memberi alasan sibuk dan tidak mampu untuk mengepam di pejabat. Namun beliau teruja dengan cadangan kawan-kawannya yang mengamalkan pengambilan supplement brand XXXX yang dikatakan boleh membanyakkan susuibu. Beliau mencubanya dan kesannya sangat hampa dan mengatakan brand XXXX tidak bagus.

Punca masalah :

Saerah tidak memahami konsep asas penyusuan susuibu. Penghasilan susuibu berlandaskan konsep permintaan dan pengeluaran. Lebih banyak yang diminta maka lebih banyak yang ditawarkan. Bermaksud lebih banyak penyusuan secara langsung @ direct feeding / kekerapan perahan @ consistantly pumping maka lebih banyak susu yang dihasilkan. Makanan tambahan atau milk booster tidak akan memberi kesan apa2 ke atas penghasilan susuibu jika konsep asas ini tidak difahami.


Penyelesaian :

Saerah perlu pandai membahagikan masa dipejabatnya untuk membuat jadual perahan berkala iaitu perahan yang konsiten supaya penghasilan susuibu telah berlangsung dengan berterusan.


........................................................................................................................................

Kes Keempat
Rohaiza seorang kakitangan kerajaan dan beliau seorang yang kuat semangat untuk menyusukan anaknya. Beliau sangat yakin dengan amalan pemakanan yang sihat demi memastikan susuibu yang dihasilkan memberi kesan yang sangat baik pada perkembangan anaknya. Namun satu hari beliau telah disahkan mendapat penyakit kurap kulit di belakang badannya. Beliau diminta oleh doctor menghentikan penyusuan susuibu kerana beliau terpaksa bergantung dengan kesan ubat yang sangat tinggi untuk membaik pulih kesihatan beliau.

Punca masalah

Penyakit yang dilaluinya berpunca dari pemakanan yang tidak seimbang hakikatnya beliau mungkin kekurangan zat terutama vitamin yang berkaitan dengan sistem imunisasi. Beliau hanya bergantung dengan seorang panel doktor tanpa mencari alternatif lain untuk merawat penyakitnya itu.


Penyelesaian

Sebenarnya beliau boleh mendapatkan beberapa pendapat doctor bagi merawat sakitnya itu. Setiap doktor mempunyai pandangan dan cara perawatan yang berbeza. Beliau boleh mendapatkan khidmat nasihat pakar pemakanan jika mahu menggunakan perawatan melalui pemakanan dan bukan semata bergantung dengan perubatan sahaja.

........................................................................................................................................


Kes Kelima
Suzi seorang peminum coffee tegar. Beliau mendapati penghasilan susuibunya semakin merosot dan makin merosot walaupun membuat perahan yang konsisten. Suzi mudah penat dan stress walaupun bekerja hanya seorang guru sekolah.

Punca masalah

Coffee mengandungi kafien. Sifat kefien merosakkan semua zat vitamin yang sedia ada dalam tubuh manusia. Sifat vitamin sangat fragile. Ianya mudah musnah apabila pengambilan kafien yang banyak, keletihan melampau, panas terik dan stress. Secara tidak langsung ia boleh mengganggu penghasilan susuibu.


Penyelesaian
Suzie boleh kurangkan pengambilan minuman coffee dan menggantikan dengan teh yang rendah kafien bagi membantu menjaga semua zat makanan yang sedia ada dlm badan ibu.

Ini hanya sebahagian, ada banyak lagi contoh lain..Untuk mencari penyelesaiannya, anda perlu mengenal pasti punca masalah terlebih dahulu..Tetapi ape-ape pun memetik kata-kata Kak N:

"Maka samalah apabila bayi dah dilahirkan....apabila berniat nak menyusukan susubadan, maka si anak tadi bergantung sepenuhnya dengan susuibu. Sekali lagi apa yang si ibu makan akan disalurkan kepada anak. Namun hanya segelintir yang prihatin tentang hal ini.
Memang ibu makan pagi roti canai, tenghari nasi berlauk dan malam nasi berlauk...namun apa yang disalurkan pada anak bukanlah roti canai, lauk pauk tadi...sebab badan tak kenal roti canai, badan tak kenal lauk lemak cili api, badan tak kenal buah oren....Badan hanya kenal karbohaidrat, vitamin c, zat besi, asid folik dan semua jenis vitamin dan galian....."

--------------------------------------------------------------------------------

Jika anda berminat,  sila emel saya di rafaliah@yahoo.co.uk atau contact (sms or whatsapp) saya di talian 012 2541296 untuk sebarang pertanyaan.

Lots of Love..
UmmIrfan

[These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. I am a Shaklee Independent Distributor.]

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © Pengedar Shaklee Banting, Kota Warisan, Dengkil, Putrajaya. Shaklee Business Mentor. | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in