Wednesday, January 4, 2012

Kerap hamil boleh jejaskan tulang?

Agak terkejut jugak sebenarnya bila saya came across an article yang membincangkan tentang isu ini.  Jom kita baca apa kata pakar-pakar ini..kepada wanita sekalian, lepas dah baca ni jangan lupa ambil kalsium tau..!
-----------------------------------------------------------------------------
MEMILIKI zuriat yang ramai selalunya mampu memberikan kebahagiaan dalam kehidupan berkeluarga.
Namun, kehamilan yang kerap dan dalam jarak masa yang singkat turut mengundang risiko kepada ibu mengandung.
Seorang pakar perubatan rehabilitasi dari Fakulti Kedoktoran, Universiti Indonesia, Dr. Siti Annissa Nuhonni berkata, bayi di dalam kandungan memerlukan kalsium yang banyak untuk proses pembesarannya.
Kalsium tersebut disumbangkan oleh ibu dan kuantitinya perlu dikongsi bersama. Ia secara tidak langsung menunjukkan bahawa ibu hamil memerlukan kuantiti kalsium yang tinggi berbanding biasa.
Selain itu, setelah proses melahirkan anak, kuantiti kalsium yang banyak masih diperlukan untuk disalurkan kepada bayi melalui susu ibu.
“Ini secara tidak langsung menyebabkan seorang ibu memerlukan jumlah kalsium yang lebih berbanding keadaan biasa,” jelasnya.
Tambah Annissa, jarak kehamilan dan kelahiran yang dekat akan turut menyebabkan ketidakseimbangan kandungan hormon estrogen di dalam tubuh.
Ketidakseimbangan hormon penting wanita tersebut secara tidak langsung akan mengganggu penyerapan kalsium ke dalam tulang.
“Estrogen penting untuk penyerapan kalsium. Jadi, apabila ia terganggu, struktur tulang juga akan terganggu akibat kekurangan kalsium,” ujar Annissa.
Lebih memburukkan keadaan apabila darah kehabisan kandungan kalsium dan ia mula menyerapnya daripada tulang dan gigi pula.
Ini kerana sebanyak 80 peratus kandungan kalsium dalam badan terdapat pada bahagian itu.


Setelah banyak kalsium diserap keluar, ia akan
mengganggu struktur tulang dan gigi. Ia akan mengurangkan kepadatan struktur itu yang akhirnya mengundang penyakit berkaitan tulang.
Dalam pada itu, Pakar Perunding Pemulihan Perubatan WQ Park, Dr. Tunku Nor Taayah Tunku Zubir menjelaskan bahawa kekurangan kalsium di dalam badan boleh menyebabkan masalah kerapuhan tulang.

Berpantang
“Kalsium adalah elemen terpenting dalam pembentukan tulang. Justeru ia diperlukan dalam kuantiti yang mencukupi untuk mengekalkan kekuatan tulang.
“Apabila kurang kalsium, ia akan menyebabkan masalah osteoporosis yang sering menyerang wanita terutamanya yang sudah menopaus,” katanya kepada Jurnal.
Ibu hamil digalakkan minum banyak susu dan mengambil sumber kalsium lain seperti keju, yogurt dan sayur berdaun hijau sebagai cara untuk mengoptimumkan jumlah kalsium dalam badan.
Sebagai langkah untuk membantu mengekalkan kesihatan tulang dalam kalangan wanita, Pakar Perunding Seksual dan Kesihatan Reproduktif, Dr. Mohd. Ismail Tambi menasihatkan mereka yang berisiko agar menjarakkan tempoh kehamilan.
Sambil merujuk kepada kepentingan amalan berpantang selepas bersalin, Ismail menjelaskan bahawa wanita perlu menjaga kesihatan reproduktif sepanjang tempoh mengandung sehingga melepasi waktu bersalin.


“Amalan berpantang adalah penting kerana ia
merangkumi tempoh seseorang wanita yang baru bersalin untuk pulih dari segi mental dan fizikal.
“Jarak masa yang lama sebelum kembali mengandung dapat digunakan oleh ibu untuk mengembalikan kalsium dalam badan dan menghilangkan trauma kelahiran,” katanya.
Seseorang ibu bukan sahaja memerlukan tempoh pantang sebelum kembali mengandung bahkan masa yang lebih lama sebagai langkah menjaga kesihatannya.
-----------------------------------------------------------------

Jadi wanita-wanita sekalian especially anda yang dah berusia 30tahun ke atas, 50 tahun ke atas, ibu-ibu menyusu serta ibu-ibu dalam pantang, KALSIUM itu penting untuk tubuh badan kita.  Oleh itu jangan abaikan pengambilan Kalsium harian anda.  Di Shaklee, Kalsium dipanggil OSTEMATRIX dimana bukan sahaja mengandungi Kalsium, tetapi mengandungi Vitamin D dan Magnesium untuk penyerapan yang optimum. Ianya dalam bentuk pil dan amat mudah ditelan especially untuk mereka yang susah nak minum susu tu kan..macam saya ni, bau susu pun tak lalu..hehe..

Nak cuba Shaklee Ostematrix? Bulan ni ada SALE untuk Ostematrix ni pada harga yang SANGAT SANGAT MURAH..! Jangan lepaskan peluang ini..

Jika anda berminat utk mendapatkan produk Shaklee Ostematrix ini beserta jadual mkn, konsultasi percuma berterusan dan tips ekslusif serta option supplemen bersesuaian dengan bajet anda, sila emel saya di rafaliah@yahoo.co.uk atau contact saya di talian            012 2541296       atau PM di Facebook page UmmiIrfan Online Shoppe.  Pastinya dengan setiap pembelian di UmmiIrfan ini anda layak menerima SPECIAL FREE GIFT. (^_^)

Lots of Love..
UmmIrfan

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © Pengedar Shaklee Banting, Kota Warisan, Dengkil, Putrajaya. Shaklee Business Mentor. | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in