Tuesday, January 31, 2012

AWAS! Kurang darah ketika hamil boleh membawa maut

Uishh..tajuk entry harini ngeri? Menakutkan? Yes, dear.. itulah sebenarnya yang akan terjadi atau kemungkinan terjadi jika anda kekurangan darah especially bagi ibu-ibu hamil.. Walaupun kita jaga pemakanan, tapi tak semua makanan yang kita makan akan diserap sepenuhnya oleh tubuh badan apatah lagi nutrisi dalam pemakanan..Oleh itu pada mereka yang mempunyai kekangan, digalakkan mengambil supplemen untuk mengatasi kekurangan yang sedia ada..Jom kit abaca lebih lanjut tentang permasalahan berkaitan dengan kekurangan darah semasa hamil, puncanya dan apakah yang boleh membantu anda yang menghadapi masalah ini..
 ----------------------------------------------------------------------- 
Kurang darah ialah keadaan di mana kepekatan darah merah adalah kurang daripada biasa. Dalam istilah perubatan, seorang yang mengidap kurang darah mempunyai kepekatan darah merah kurang dari 9 gm peratus hemoglobin

Punca kurang darah:
Ada beberapa sebab yang boleh menyebabkan berlakunya keadaan itu. Antaranya ialah 
  • Kurang memakan makanan mengandungi zat besi
  • Ibu yang kerap bersalin
  • Jangkitan cacing
  • Pendarahan dari faraj atau buasir
  • Lain-lain penyakit seperti jangkitan saluran kencing, penyakit limpa, demam malaria dan penyakit barah.
Bagaimana mengetahui anda menghidap kurang darah?
Tanda - tanda yang biasa dirasa/dialami ialah:
  • Kelihatan pucat
  • Sentiasa rasa letih lesu
  • Rasa mahu pitam bila bangun
  • Sentiasa rasa pening
  • Bengkak kaki dan muka
  • Kebas kaki dan tangan
  • Rasa mengah dan hati berdebardebar
Bagaimana kurang darah boleh dikesan?
Keadaan ini dapat dikesan awal jika datang klinik untuk pemeriksaan sebaik sahaja mengetahui yang diri anda mengandung. Semasa pemeriksaan, jururawat akan mengambil sedikit darah untuk ujian. Jika keputusan ujian ini menunjukkan kepekatan darah merah anda kurang dari 9 gm peratus , anda dianggap mengalami kurang darah. Kesan bila dipandang remeh:
  • Anda mungkin mengalami keguguran
  • Melahirkan anak tidak cukup bulan
  • Anak mati dalam perut
  • Melahirkan anak yang tidak cukup berat badan
  • Anda mudah mendapat jangkitan penyakit
  • Keluaran susu badan akan berkurangan
  • Mudah mendapat penyakit lemah jantung
  • Mudah mengalami tumpah darah selepas bersalin
  • Kesemua akibat-akibat tersebut mengancam kesihatan dan kesejahteraan ibu serta kandungan dan boleh membawa MAUT
Cara Atasi:
  • Menjaga kebersihan diri
  • Makan makanan yang berzat setiap hari seperti sayur-sayuran hijau, biji-bijian, telur, ikan basah, daging hati, kerang dan tauhu
  • Rehat dengan cukup
  • Dapatkan rawatan awal dari klinik yang terdekat apabila mengalami tanda-tanda kurang darah.
  • Makan ubat yang diberi sebagaimana yang dinasihatkan
___________________________________________________
Dari segi makanan tambahan, Shaklee mengesyorkan pengambilan Vitalea utk mengatasi Hb rendah... berikut testimoni yang mengamalkan Vitalea..



Shaklee BERBEZA sebab...
  • Vitalea mempunyai patented Sistem Penyerapan Bioaktif utk memastikan peningkatan penyerapan asid folid kritikal.
  • memberi 28 Jenis Vitamin yang penting dalam satu rumusan yg seimbang.
  • menguatkan fungsi otak
  • membantu proses metabolisme dgn vitamin2 B yg lebih seimbang
  • ambillah bersama Vitamin C bagi meningkatkan kadar penyerapan iron dalam tubuh.

Family WellnessSet : ESP, Vitalea, Vitamin C dan B-Complex

Jika anda berminat,  sila emel saya di rafaliah@yahoo.co.uk atau contact (sms or whatsapp) saya di talian             012 2541296       untuk sebarang pertanyaan.

Lots of Love..
UmmIrfan


[These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. I am a Shaklee Independent Distributor.]

Sunday, January 29, 2012

Kepentingan Vitalea untuk ibu berpantang (melahirkan secara caeserian), ibu menyusu dan ibu hamil

Harini nak cite tentang produk-produk asas Shaklee iaitu Vitalea (multivitamin yang lengkap dengan formula zat besi). Saya suka Vitalea ni sebabnya saya ni anemia dan zat besi SANGAT diperlukan untuk mereka yang ada anemia. Kalau nak ikutkan pemakanan harian, saya kena makan seafoods macam kerang, tiram..tapi susah gak ekk nak carik.. dan add-on daging kambing untuk generate darah merah.  So, disebabkan saya ni ada kekangan nak carik bahan-bahan tersebut plus kekangan masa, jadinya saya ambik jalan mudah makan Vitalea Shaklee complete dengan 12 vitamin dan 7 galian yang diperlukan oleh tubuh badan manusia.  Jom baca ape yang best sangat Shaklee Vitalea ni..



Vita-Lea® Iron Formula
Multivitamin & Multimineral
Multi yang Hebat
Makanan tambahan yang seimbang dan paling komprehensif di dalam sains Shaklee yang mampu dimiliki. Vita-Lea diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.

Mengandungi lebih nutrien, tenaga dan perlindungan
Pakar kesihatan mencadangkan semua orang dewasa mengambil makanan tambahan harian bagi menyokong kesihatan secara menyeluruh. Walau bagaimanapun, pengambilan makanan tambahan biasa menyebabkan tubuh mendapat nutrisi yang tidak seimbang. Vita-Lea adalah formulasi premium yang disokong oleh tujuh kajian klinikal serta turut menggabungkan ramuan-ramuan terbaik dan kualiti yang luar biasa.

Penggunaan harian, Vita Lea boleh:
  • Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh*
  • Menyokong jangka hayat hati, usus dan mata*
  • Meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi*
  • Memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas*
Perbezaan Shaklee
Kemajuan Saintifik
  • Disokong oleh tujuh kajian klinikal
Mengandungi Sistem Penyerapan Bioaktif
  • Teknologi salutan mikro membantu dalam pembebasan segera di dalam perut untuk meningkatkan penyerapan asid folik dan vitamin B penting yang membantu menghasilkan dan memelihara sel-sel baru.
Kualiti yang luar biasa
  • Lebih daripada 340 ujian kualiti dilakukan setiap kali Vita-Lea dihasilkan
Vitamin D - Menyokong penyerapan kalsium untuk tulang dan gigi yang sihat*
Beta Karotena - Meningkatkan kesihatan mata, kulit dan sistem imunisasi*
Vitamin E - Menyokong kesihatan sekular dan meningkatkan kesihatan hati, usus dan fungsi imunisasi*
Kalsium - Menyokong kekuatan tulang, pengaliran urat saraf dan otot-otot*
Boron - Membantu dalam metabolisma Vitamin D dan mineral yang terbabit dalam perkembangan tulang*
Magnasium - Menyokong kekuatan tulang, fungsi otot dan membantu dalam mengekalkan tekanan darah normal dan denyutan jantung*
Biotin - Membantu badan menghasilkan tenaga dari protein dan lemak*
Lain-lain - Tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, warna dan bahan pengawet*
_______________________________________________________

Dan ini pula cerita Pn Norita di blognya, yang sudah hampir 11thn mengamalkan Shaklee dan dia sendiri akui Vitalea mmg layak menjadi killer product... Ini cerita bagaimana dia sangat sukakan Vitalea ini.. kepentingan kepada ibu hamil,berpantang.. menyusu.. JOm baca...

"............Masih teringat 4 tahun dulu....masa Nasa masih dalam pantang. Waktu tu bulan raya dan saya terlalu excited makan kuih raya dan tat nenas menjadi pilihan saya. Bila makan tidak berpada...dan lupa yang diri tu menyusukan anak....yang merana si kecil la. Perut dia jadi meragam....bila ditanya pada mak bidan, makcik Maznah menjawab, nenas tu tajam...anak memang sakit perut sebab bisa nenas tadi. Lepas tu bidan saya terus berikan beberapa senarai makanan yang saya harus elakkan demi niat nak menyusukan anak. Selain nenas, ikan berduri juga tidak digalakkan. Sebab apa yang si ibu makan anak akan dapat sama bila anak itu menyusu sepenuhnya dengan susu badan ibunya.

Memula tu bidan saya tak percaya dengan vitamin terutama melihat banyak botol vitamin yang saya letakkan di meja makan untuk senang saya ambil selepas waktu makan. Tetapi beliau mula percaya apabila berat Nasa naik 2kg setiap bulan sehingga 3 bulan yang pertama.Memang perkembangan Nasa hebat berbanding Addin. Mana tidaknya....kelahiran Nasa adalah melalui proses ceaser yang kedua bagi saya. Sudah pasti saya nak jahitan dalaman saya elok seterusnya penghasilan susu yang memberansangkan.

Masa dalam pantang saya amalkan makan vitalea 2 biji sehari, pagi dan malam. Memang disarankan pada botol 2 biji sehari tetapi bagi mereka yang sihat, sebiji dah memadai.
Saya makan 2 biji masa dalam pantang sebab
1. saya perlukan cukup zat besi untuk gantikan kehilangan darah masa proses kelahiran anak.
2. saya tak makan makanan laut yang tinggi zat besi masa dalam pantang sebab takut protien makanan laut yang tinggi boleh hasilkan rasa gatal dan luka nanah dibahagian jahitan.
3. Saya pastikan badan saya mempunyai cukup vitamin dan semua garam galian yang diperlukan.
4. Saya menjaga diri saya dan anak semasa dalam pantang, maka saya perlu pastikan saya sihat dan kuat.
5. Saya nak pastikan jahitan dalaman saya benar-benar sembuh.

Tapi lepas habis pantang, saya amalkan vitalea sebiji sehari sahaja...pernah satu masa tu saya miss makan vitalea. Seminggu asyik pening dan rasa nak pitam. Bila check ngan doktor, kurang darah...mana taknya, ibu breastfeed memang perlukan zat besi. So doktor kata saya perlukan multivitamin dengan zat besi. Then saya jawab, tak pe doktor rumah saya ada multivitamin. Doktor tanya lagi..." Adakah mutlvitamin puan ada termasuk zat besi?" Saya mengangguk tanda ada. Ditambah saya bf Nasa masa tu yang berumur setahun lebih, so doktor pesan jangan tinggal multivitamin dan b com supaya tekanan darah saya stabil di samping anak pun dapat khasiat dari vitamin yang saya amalkan.

Masih ingat pertemuan dengan pakar kanak2 Dr Cheah....beliau sendiri berpendapat, sekiranya ingin meneruskan penyusuan susuibu sehingga 2 tahun, pastikan pengambilan zat besi dititikberatkan demi perkembangan dan pertumbuhan anak. Dr Cheah mengatakan bahawa biasanya selepas 6 bulan, kandungan zat besi dalam susuibu semakin berkurang disebabkan corak pemakanan si ibu yang tidak seimbang dan tidak mengikut piramid makanan. Apabila ini berlaku kesannya ialah pertumbuhan anak akan terbantut dan oleh kerana inilah ramai anak yang mempunyai berat yang tidak ideal dengan umur mereka. Namun pada sesetengah pendapat asalkan anak aktif , berat tidak menjadi masalah.
Walaubagaimanapun sebagai ibu , kita bukan sahaja perlu prihatin dengan perkembangan dan pertumbuhan fizikal anak, tetapi kita juga perlu prihatin dengan perkembangan minda mereka. Berat yang ideal membantu pembesaran dan pertumbuhan otak yang sihat dan cerdas.Sejak saya konsisten makan vitalea, saya tak de lagi masalah nak pengsan ke, nak pitam ke....alhamdulillah. Memang saya puashati la. Malah ramai ibu2 yang mengandung yang adalah masalah hb rendah...selepas disarankan amalkan set A [ set optimum] mereka sangat puashati kerana taraf kesihatan mereka meningkat dengan baik.Pada saya, selama 11 tahun dah amalkan vitamin Shaklee, ini antara KILLER produk yang paling di minati ramai!
---------------------------------------------------------------------------------------
Jika anda berminat,  sila emel saya di rafaliah@yahoo.co.uk atau contact (sms or whatsapp) saya di talian             012 2541296       untuk sebarang pertanyaan.

Lots of Love..
UmmIrfan

[These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. I am a Shaklee Independent Distributor.]

Friday, January 27, 2012

Ketahui PUNCA dan MASALAH barulah dapat PENYELESAIANNYA..begitu juga dalam hal-hal penyusuan ini..

Setiap masalah pasti ada penyelesaiannya, tetapi perlu tahu punca dan masalah yang menyebabkan ianya timbul..ni macam kita cari ROOT CAUSE and Corrective Actions lar ni kiranya..Root Cause nak define dia banyak cara, ada yang guna FTA, 5-Why, Fish Bone Diagram dan lain-lain..applikasi ini boleh apply apabila kita mengalami masalah susu drop @ susu merudum..Jom kita baca kes-kes dibawah ni yang dipetik dari sini..tapi nama tu bukanlah nama sebenar yea..


Kes pertama :
Aisyah seorang surirumah dan mempunyai seorang bayi berusia 3 bulan. Beliau berusaha menyusukan anaknya walau dalam keadaan beliau sakit di bahagian tempat pembedahan semasa melahirkan anaknya itu. Namun adakala beliau merasa sangat ngilu ditempat bahagian pembedahan itu dan disebabkan kerana itu beliau terpaksa adakala memberi anaknya dengan susu formula sementara menunggu kesan sakitnya hilang. Lama kelamaan suami beliau meminta agar penyusuan berlangsung untuk setakat itu kerana tidak mahu isterinya merasa sakit terutama mengiring untuk menyusukan anaknya dengan susuibu.

Punca masalah :

Sakit ditempat bekas pembedahan. Apabila sakit hormon menjadi tidak stabil. Otak akan lebih tertumpu kepada kesan sakit dan sistem tidak dapat berfungsi dengan baik kerana otak tidak fokus kepada penyusuan.


Penyelesaian :

Dapatkan rawatan agar luka tersebut cepat baik. Apabila tiada lagi kesakitan, otak akan lebih fokus kepada apa yang sedang diusahakan.


....................................................................................................................................................


Kes Kedua
Fatim adalah seorang pegawai salah sebuah syarikat swasta. Beliau menyusukan anaknya yang berusia 7 bulan. Sejak akhir-akhir ini beliau merasakan susunya merundum dengan teruk sekali walaupun beliau telah membuat perahan yang konsisten setiap hari iaitu setiap 3 jam.Kehidupan beliau sangat hectic, yang mana biasanya beliau akan memanaskan lauk yang dibeli dari luar untuk makan malam atau memasak lauk yang sangat simple untuk makan berdua bersama suami. Beliau cuba mencari alternatif iaitu apa jua milk booster bagi mengatasi masalah kerunduman susu yang dilaluinya.


Punca masalah.

Fatim sangat keletihan dan mungkin pengambilan makanannya sangat tidak seimbang dan tidak mengikut saranan dalam piramid makanan yang dicadangkan oleh kementerian kesihatan.


Penyelesaian :

Fatim digalakkan untuk memastikan beliau mendapat cukup zat melalui pengambilan makanan hariannya. Jika wujudnya kekangan melalui makanan, pengambilan supplement merupakan salah satu alternatif. Ianya boleh dibeli atau dapatkan melalui klinik kesihatan yang berdekatan.

.............................................................................................................................................



Kes ketiga :
Saerah baru sahaja memulakan kerjanya selepas bercuti dua bulan kerana berpantang melahirkan anak keduanya. Beliau berniat untuk menyusukan anaknya dengan susuibu setelah mendapat pendedahan kebaikan susuibu. Namun beliau memberi alasan sibuk dan tidak mampu untuk mengepam di pejabat. Namun beliau teruja dengan cadangan kawan-kawannya yang mengamalkan pengambilan supplement brand XXXX yang dikatakan boleh membanyakkan susuibu. Beliau mencubanya dan kesannya sangat hampa dan mengatakan brand XXXX tidak bagus.

Punca masalah :

Saerah tidak memahami konsep asas penyusuan susuibu. Penghasilan susuibu berlandaskan konsep permintaan dan pengeluaran. Lebih banyak yang diminta maka lebih banyak yang ditawarkan. Bermaksud lebih banyak penyusuan secara langsung @ direct feeding / kekerapan perahan @ consistantly pumping maka lebih banyak susu yang dihasilkan. Makanan tambahan atau milk booster tidak akan memberi kesan apa2 ke atas penghasilan susuibu jika konsep asas ini tidak difahami.


Penyelesaian :

Saerah perlu pandai membahagikan masa dipejabatnya untuk membuat jadual perahan berkala iaitu perahan yang konsiten supaya penghasilan susuibu telah berlangsung dengan berterusan.


........................................................................................................................................

Kes Keempat
Rohaiza seorang kakitangan kerajaan dan beliau seorang yang kuat semangat untuk menyusukan anaknya. Beliau sangat yakin dengan amalan pemakanan yang sihat demi memastikan susuibu yang dihasilkan memberi kesan yang sangat baik pada perkembangan anaknya. Namun satu hari beliau telah disahkan mendapat penyakit kurap kulit di belakang badannya. Beliau diminta oleh doctor menghentikan penyusuan susuibu kerana beliau terpaksa bergantung dengan kesan ubat yang sangat tinggi untuk membaik pulih kesihatan beliau.

Punca masalah

Penyakit yang dilaluinya berpunca dari pemakanan yang tidak seimbang hakikatnya beliau mungkin kekurangan zat terutama vitamin yang berkaitan dengan sistem imunisasi. Beliau hanya bergantung dengan seorang panel doktor tanpa mencari alternatif lain untuk merawat penyakitnya itu.


Penyelesaian

Sebenarnya beliau boleh mendapatkan beberapa pendapat doctor bagi merawat sakitnya itu. Setiap doktor mempunyai pandangan dan cara perawatan yang berbeza. Beliau boleh mendapatkan khidmat nasihat pakar pemakanan jika mahu menggunakan perawatan melalui pemakanan dan bukan semata bergantung dengan perubatan sahaja.

........................................................................................................................................


Kes Kelima
Suzi seorang peminum coffee tegar. Beliau mendapati penghasilan susuibunya semakin merosot dan makin merosot walaupun membuat perahan yang konsisten. Suzi mudah penat dan stress walaupun bekerja hanya seorang guru sekolah.

Punca masalah

Coffee mengandungi kafien. Sifat kefien merosakkan semua zat vitamin yang sedia ada dalam tubuh manusia. Sifat vitamin sangat fragile. Ianya mudah musnah apabila pengambilan kafien yang banyak, keletihan melampau, panas terik dan stress. Secara tidak langsung ia boleh mengganggu penghasilan susuibu.


Penyelesaian
Suzie boleh kurangkan pengambilan minuman coffee dan menggantikan dengan teh yang rendah kafien bagi membantu menjaga semua zat makanan yang sedia ada dlm badan ibu.

Ini hanya sebahagian, ada banyak lagi contoh lain..Untuk mencari penyelesaiannya, anda perlu mengenal pasti punca masalah terlebih dahulu..Tetapi ape-ape pun memetik kata-kata Kak N:

"Maka samalah apabila bayi dah dilahirkan....apabila berniat nak menyusukan susubadan, maka si anak tadi bergantung sepenuhnya dengan susuibu. Sekali lagi apa yang si ibu makan akan disalurkan kepada anak. Namun hanya segelintir yang prihatin tentang hal ini.
Memang ibu makan pagi roti canai, tenghari nasi berlauk dan malam nasi berlauk...namun apa yang disalurkan pada anak bukanlah roti canai, lauk pauk tadi...sebab badan tak kenal roti canai, badan tak kenal lauk lemak cili api, badan tak kenal buah oren....Badan hanya kenal karbohaidrat, vitamin c, zat besi, asid folik dan semua jenis vitamin dan galian....."

--------------------------------------------------------------------------------

Jika anda berminat,  sila emel saya di rafaliah@yahoo.co.uk atau contact (sms or whatsapp) saya di talian 012 2541296 untuk sebarang pertanyaan.

Lots of Love..
UmmIrfan

[These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. I am a Shaklee Independent Distributor.]

Sunday, January 22, 2012

Anda inginkan tulang yang sihat? Ketahui peranan KALSIUM selain daripada memberikan tulang dan gigi yang sihat.

KALSIUM sering dikaitkan sebagai nutrien untuk tulang yang sihat. Akibatnya, ia hanya dikenali sebagai nutrien untuk wanita. Yang menyedihkan, ramai yang tidak mengendahkan kepentingan mineral ini memandangkan masalah kesihatan yang berkaitan biasanya berlaku pada usia agak lewat.

Bagaimana pula dengan magnesium? Adakah magnesium dikenali ramai sebagaimana kalsium? Berapa ramaikah di antara kita yang sedar bahawa kalsium dan magnesium umpama rakan karib yang saling menyokong di antara satu sama lain?

Secara ringkasnya, kalsium diperlukan untuk mengekalkan kesihatan tulang dan gigi, mencegah osteoporosis (tulang reput), membantu pengecutan otot jantung, penghantaran maklumat saraf dan pembekuan darah, melegakan pedih ulu hati serta mungkin membantu individu yang mengalami masalah tekanan darah tinggi.

Sebahagian besar daripada kalsium dalam badan terkandung di tulang dan gigi. Sejumlah kecil didapati dalam aliran darah bagi membawa nutrien memasuki membran sel selain menghasilkan hormon dan enzim untuk mengawal atur proses pencernaan dan metabolisme. Kalsium juga diperlukan untuk penghantaran maklumat saraf, pembekuan darah, penyembuhan luka dan pengecutan otot.

Kalsium perlu sentiasa berada dalam aliran darah bagi membolehkan ia menjalankan tugasnya. Jika paras kalsium dalam darah tidak mencukupi, tubuh akan mengambil kalsium daripada tulang. Jika keadaan ini berterusan, kandungan kalsium dalam tulang akan berkurangan lalu meningkatkan risiko osteoporosis.

Walaupun kalsium boleh didapati melalui diet, jumlah keperluan harian biasanya sukar dicapai. Pengambilan makanan tambahan kalsium biasanya disarankan bagi mengatasi masalah ini. Hanya dengan memastikan pengambilan kalsium yang mencukupi setiap hari, jumlah kalsium dalam darah dapat dikekalkan dan kehilangan kalsium daripada tulang dapat dielakkan.

Bagi golongan dewasa, keperluan harian adalah antara 1000 ke 1200 mg kalsium. Keperluan akan meningkat bagi golongan tertentu seperti wanita mengandung dan ibu yang menyusukan anak serta warga tua. Sumber makanan yang kaya dengan kalsium termasuklah susu, ikan salmon dan sayur-sayuran berdaun hijau seperti kailan dan brokoli.


Badan akan menyerap kalsium secara maksimum sebelum seseorang itu berumur 35 tahun. Bagaimanapun, beberapa kajian mendapati bahawa individu berusia 65 tahun ke atas yang mengambil makanan tambahan kalsium dan makanan yang kaya dengan kalsium dapat mengurangkan risiko keretakan tulang dan mampu mengekalkan kesihatan tulang yang baik.

Bagaimana pula dengan magnesium? Secara purata, jumlah simpanan magnesium dalam badan seseorang ialah kira-kira 28mg di mana sebahagian besarnya terkandung dalam tulang, diikuti dengan otot dan sejumlah kecil dalam tisu lembut dan cecair badan.

Walaupun sedikit, magnesium terbabit dalam pelbagai fungsi tubuh yang penting. Secara umumnya, magnesium mengurangkan kekejangan dan keletihan otot, membantu merendahkan tekanan darah, melegakan masalah sindrom pra haid, membantu mencegah komplikasi diabetes dan membantu penggunaan kalsium yang berkesan.

Paras magnesium dalam badan mudah berkurangan akibat faktor seperti tekanan, aktiviti fizikal yang lasak dan pengambilan sesetengah jenis ubat. Dengan itu, pengambilan makanan tambahan sangat digalakkan. Sumber makanan yang kaya dengan magnesium termasuklah bijirin penuh, kekacang, sayur-sayuran berdaun hijau seperti bayam dan kerangan.

Pengambilan makanan tambahan gabungan kalsium dan magnesium dalam nisbah 2:1 perlu dijadikan keutamaan. Ini kerana nisbah tersebut sudah terbukti dapat memberi kebaikan yang optimum kepada badan. Penambahan vitamin dan mineral tertentu seperti zink, vitamin D3 dan mangan (unsur logam) adalah baik untuk membantu penyerapan dan penggunaan kalsium dan magnesium yang lebih berkesan.

Kalsium, dalam bentuk kalsium sitrat, terbukti mempunyai kadar penyerapan yang lebih baik berbanding bentuk kalsium yang lain. Kalsium sitrat juga larut dalam air. Ini bermakna kalsium sitrat yang berlebihan, akan disingkirkan melalui air kencing, sekali gus mengurangkan risiko mendapat masalah batu karang.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Itu sedikit sebanyak info tentang Kalsium dan kepentingannya kepada tulang, gigi dan pembentukan darah kita. Di Shaklee Kalsium dikenali sebagai Ostematrix yang bukan sahaja mempunyai unsur Kalsium malah Magnesium dan Vitamin D. Jika anda berminat dan mempunyai sebarang pertanyaan boleh, Sila contact saya (sms /call /Whatsapp) di             012-254 1296       atau emel ke rafaliah@yahoo.co.uk utk sebarang pertanyaan.

Lots of Love..
UmmIrfan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © Pengedar Shaklee Kota Warisan, Dengkil, Bandar Baru Salak Tinggi dan KLIA. | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in