Thursday, December 1, 2011

Ketahui 3 RAHSIA terbesar banyakkan susu ibu..

Anda tahu ape 3 RAHSIA terbesar banyakkan susu ibu? hhmm..selain minum air yang banyak (ni air kosong yea, air kaler2 tu tak dikira..), pengambilan makanan yang seimbang dan pengambilan supplemen juga adalah penting dalam menjayakan penyusuan...Jom kita baca 3 Rahsia terbesar ni yang saya petik dari sini..Moga-moga dengan pembacaan ini dapat menambah pengetahuan ibu-ibu menyusu, ibu bakal menyusu dan untuk semua ibu-ibu diluar sana..(^_^)
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
“Ada seorang teman terkejut bila mendapat tahu saya dapat menyusukan Addin sehingga 3 tahun lebih .... walhal saya ada teman yang menyusukan anaknya sehingga 4 tahun setengah. Sebenarnya ada rahsia terbesar untuk memastikan susu ibu itu banyak dan berterusan ....Saya sendiri baru menyedari hakikat rahsia ini. Memang nampak pelik tetapi saya melaluinya dan ramai sahabat2 saya juga melaluinya....


Rahsia #1 ( Rahsia Utama)

Pastikan pengambilan makanan waktu utama ( sarapan, makan tengah hari dan dinner) adalah lengkap dan seimbang… makanan inilah yang diperlukan oleh tubuh untuk menghasilkan susu…Ada ibu2 yang sangat takut untuk mengambil makanan berat kerana dikhuatiri gemuk maka golongan ini akan makan sekadar memastikan perut tidak lapar. Mereka ini hanya melengkapkan makanan harian tanpa memikirkan keseimbangan zat yang diambil...dan kemudian golongan ini akan mula bertanya mengapa berat anak saya tidak naik ye? …( breakfast tu penting yer... ibu2 boleh buat mcm ni..mkn dalam kuantiti sedikit..tapi kerap...tapi the kwy word here is..seimbang..BALANCE..jika sedar yang tak mampu menyediakan makanan seimbang..ambil suplemen utk melengkapkan ape2 yang kurang..tapi bukan menjadikan supplemen sebagai makanan asas)

Rahsia #2
Banyakkan minum air- sebanyak mana?... hanya diri anda yang mengetahuinya. Namun ianya tidak boleh dipandang remeh. Susu itu sendiri dalam bentuk cecair maka air sangat penting. Air penting untuk menyahkan segala toksin dalam badan maka si ibu yang sihat akan menghasilkan susu yang berkualiti!

Rahsia #3
Pengambilan supplemen adalah sangat-sangat penting.. Saya tekankan sekali sangat penting. Mengapa? Kerana ianya banyak membantu agar tubuh menjalankan sistemnya dengan baik. Pengambilan supplement banyak membantu agar metabolisme badan seimbang ... sebagai contoh pengambilan b complex membantu sistem tubuh berada di dalam keadaan tenang dan rehat. Susuibu akan lebih mudah terhasil dengan keadaan si ibu gembira dan tenang berbanding runsing dan keletihan. B Complex juga berfungsi sebagai pemecah gula dalam sistem tubuh maka ianya sangat penting bagi memastikan seseorang tidak gemuk atau mudah menghidap penyakit seperti kencing manis…Pengambilan Omega dan Lecitin pula sangat membantu agar lemak yang diambil dari pemakanan seharian tidak mendatangkan kemudaratan. Ianya membantumemecahkan lemakdi dalam tubuh si ibu dan secara langsung akan meningkatkan kadar DHA dalam susuibu. Selain itu contoh lain yang boleh saya beri ialah pengambilan alfalfa sebagai peransang kepada tubuh untuk menghasilkan susu dan ternyata ianya sangat berkesan(supplemen disini bukanlah bermaksud drug to boost milk..tapi vitamin2 asas yang memang diperlukan badan seperti multivit, B complex, Vitamin C, Calcium,Protein…dan itulah yang saya letak didalam Set penyusuan kami..bukan semata2 milk booster)

Masih tidak percaya?
Hasil kajian saya secara peribadi mendapati rata2 ibu yang merasakan dirinya hanya dapat menghasilkan susu yang sedikit atau mengalami susu merundum adalah kerana golongan ini tidak menjaga pengambilan pemakanannya. Mereka mungkin khuatir akan gemuk, maka akan mengambil makanan yang ringan ( very light) dalam semua meal.
Ada yang mengadu dengan saya, saya dah makan semua supplement yang N cadangkan namun susu saya tidak melimpah ruah... maka saya akan bertanya apakah pengambilan makan tengahari puan hari ini? Dengan nada lembut, saya makan kuih muih sahaja hari ini. Wahai temanku sayang, kita bukan hanya perlu pentingkan kuantiti tetapi kualiti.
Sebagai contoh mudah saya cuba gambarkan ... bolehkah sebatang tebu menghasilkan air tebu sebanyak satu jug? Biarpun kita menggunakan mesin yang canggih untuk memprosesnya tapi yang pasti sebatang tebu takkan dapat menghasilkan satu jug air tebu….Saya memang seorang yang kuat makan... namun saya pastikan pengambilan supplement asas tidak saya abaikan agar makanan yang saya ambil tidak menjadi lemak mahupun lemak tepu dalam tubuh saya. Siapa yang mahu kelihatan besar bukan? Maka saya percaya ibu yang menyusukan anak ditambah dengan pengambilan supplement yang betul akan memastikan ibu itu sentiasa ramping dan kelihatan muda! Selain itu kesannya terhadap anak yang menyusu??,hanya mereka yang mengamalkan 3 rahsia besar ini sahaja yang tahu kehebatannya..
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Nah..! itu dia 3 rahsia terbesar banyakkan susu ibu..kalaulah saya bakal menyusu anak, for sure saya juga akan mengamalkan kesemua yang diatas, termasuk amalan-amalan rohani sekali..haa..jangan tak tahu, amalan rohani ni penting sebenarnya dalam menjayakan penyusuan ibu kerana susu ibu adalah rezeki anak, mana datangnya rezeki kalau tidak daripada ALLAH SWT kan? dengan izinNYA jua dapat mempermudahkan segalanya..inshaALLAH..oklah, esok kita sambung lagi..mungkin dengan cerita yang lain pula..Untuk ibu-ibu menyusu boleh teruskan pembacaan disini:
Jika anda berminat utk mengetahui jadual mkn, dan tips ekslusif serta option supplemen bersesuaian dengan bajet dan masalah anda,  sila emel saya di rafaliah@yahoo.co.uk atau contact (sms or whatsapp) saya di talian 012 2541296 atau PM di Facebook page UmmiIrfan Online Shoppe.

Lots of Love..
UmmIrfan

1 comments:

CS @ Mama AA's

yg CS tau yg plg utama adalah niat ibu, jika awal preggy lg dah pk nak susukan anak insyaAllah susu akan byk dgn sndiri, Cs ckp melalui pengalaman sndri. Alhamdulillah anak2 juga mahu menyusu.... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © Pengedar Shaklee Banting, Kota Warisan, Dengkil, Putrajaya. Shaklee Business Mentor. | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in