Wednesday, December 21, 2011

Cerita pesakit diabetes yang mencuba Fiberplan Unflavoured..Hanya selepas 3 hari, bacaan gula menurun..

Jangan lupa untuk sertai Giveaway UmmiIrfan yea..! tak perlu masuk contest, tak perlu beli ape-ape produk dan takde pop kuiz pun..tarikh tutup 6.1.2012

Harini nak cite tentang diabetes dan supplemen-supplemen yang boleh membantu mengawalnya.  Selain dari VIVIX yang tengah HOT STUFF ITEM sekarang ni, Fiberplan dan Performance Drink serta zink juga dapat membantu anda yang mempunyai kekangan. Tetapi sebelum itu, suka saya kongsikan disini cerita-cerita dan testimoni mereka yang telah mengambil set ini ataupun mereka yang memberikan kepada ibu dan bapa mereka..Jom kita baca kisah ini..
--------------------------------------------------------------------------------------------------

Diabetes merupakan satu penyakit yang sebenarnya tidak boleh dipandang ringan..kerana bagi pengidap diabetes atau kencing manis, pada satu tahap tertentu sekiranya paras gula dalam badan mereka tidak terkawal, ia akan boleh menjejaskan semua organ dan sistem badan seperti kegagalan ginjal, mata, jantung, hati dan pelbagai lagi yang kadangkala boleh membawa maut. Sebab itulah diabetes digelar sebagai "Silent Killer" atau Pembunuh Senyap. Saya akan ceritakan dengan lebih lanjut tentang tanda-tanda dan risiko diabetes di entry selanjutnya yer. 

Jom baca testimoni ibu Puan Intan (Pasir Gudang) yang bacaan gula dalam darah beliau turun hanya selepas 3 hari mengamalkan Fiber Plan Unflavoured.

"Mak dan ayah merupakan penghidap diabetes. Namun, paras gula dalam darah mak lebih tinggi berbanding ayah. Dah lama mak saya menghidap sakit ini, iaitu sejak hamil adik saya yang bongsu, berterusan hingga sekarang. Kedua-duanya bergantung kepada ubat. Bermakna ianya masih terkawal kerana masih mampu bergantung pada ubat dan belum lagi suntikan insulin. Mungkin berkat mak dan ayah menjaga pemakanan mereka sehari-hari. Ketika menjalani pemeriksaan bakal Haji, mak saya didapati paras kolesterol mak saya juga melebihi tahap yang sepatutnya. Mak telah dinasihati mengambil pula ubat mengawal kolesterol.


Namun saya terfikir, alangkah baiknya kalau mak dan ayah tidak bergantung lagi kepada ubat kencing manis itu atau paling tidak mengurangkan dosnya.


Akhirnya saya mengambil keputusan untuk membelikan ini sebagai bekalan untuk mak dan ayah.....
Performance Drink dan Fibre Plan Unflavoured dari Shaklee...



Minuman Fiber ini merupakan serbuk serat semulajadi yang tidak berperisa dan kaya dengan Vitamin C. Setiap hidangan Fiber Plan ini mengandungi 4 g serat larut air. Ianya juga dipercayai dapat mengawal kandungan gula dalam darah dan paras kolesterol serta dapat memperbaiki kesihatan jantung.


Sudah 3 hari mak dan ayah mengamalkan meminum Fiber ini setiap pagi sebelum mengambil sarapan. Hari ini, sepulangnya saya dari sekolah tadi, mak memberikan saya khabar gembira. 


"Tadi mak check darah, gula mak turun 4.6!!! Selalunya paling rendah pun mak dapat 7 atau 8, tak pernah dapat sampai macam ni.... " beritahu mak yang nampak gembira sangat dengan paras gula dalam darahnya. 
(Mak ayah saya memang ada kit pemeriksaan darah untuk diabetes. Jadi mereka boleh periksa kandungan gula sendiri secara teratur) 


SubhanAllah!!!! Saya yang dengar macam nak melompat kesukaan. Alhamdulillah... setelah pelbagai petua, ubatan dan minuman yang mak ayah saya cuba.. akhirnya hari ini dia berjumpa dengan yang sesuai dengannya. Saya memang gembira. Apatah lagi nampaknya tiada kesan sampingan daripada minuman ini. Tenang sikit hati saya bila mengetahui minuman Fiber ini sesuai dengan kedua orang tua saya. Tidaklah saya susah hati mengenangkan keadaan kesihatan mak dan ayah di Mekah nanti. 


Satu lagi minuman yang saya bekalkan untuk mak dan ayah saya adalah Shaklee Performance Drink khusus untuk membekalkan mereka tenaga dan mengelakkan dari dehidrasi sewaktu beribadah di Mekah kelak. Semoga mak dan ayah saya dapat melakukan ibadah Haji dengan lebih bertenaga dan sempurna tanpa sebarang halangan... insyaAllah..." 
--------------------------------------------------------------------------------


Jika anda berminat utk mengetahui jadual mkn, dan tips ekslusif serta option supplemen bersesuaian dengan bajet anda,  sila emel saya di rafaliah@yahoo.co.uk atau contact saya di talian 012 2541296 atau PM di Facebook page UmmiIrfan Online Shoppe.
Lots of Love..
UmmIrfan 

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © Pengedar Shaklee Banting, Kota Warisan, Dengkil, Putrajaya. Shaklee Business Mentor. | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in