Monday, November 7, 2011

Benarkah Fiber dapat membantu mengawal berat badan?

AlhamduLILLAH, selesai sudah EidulAdha dan saya kini berada di kampung suami..InshaALLAH esok pulang ke rumah untuk memulakan tugas-tugas harian seperti biasa..So, dah raya ni mulalah makan macam2 kan? Ditambah pula dengan daging korban yang baru dan segar.. perghh! pastinya anda perlu detox setelah makan juadah-juadah seperti sup-sup tulang, daging dan sebagainya..Untuk detox kita perlukan fiber..So, harini saya nak kongsikan tentang benarkah fiber dapat mengawal berat badan dan detox? Jom baca..

credit




Fiber merupakan gentian serabut yang terkandung dalam tumbuh-tumbuhan. Fibermembentuk dan menawarkan kekuatan serta struktur bagi tumbuh-tumbuhan. Gentian berkenaan merupakan salah satu gizi penting untuk mengekalkan kesihatan sungguhpun ia tidak dapat dicerna secara langsung oleh tubuh badan manusia. Fiberbanyak terkandung dalam semua bijirin seperti beras, gandum, oat, psyllium husk , buah-buahan, sayur-sayuran dan kekacang seperti soya, kacang tanah, dhal, pea, guava dan sebagainya. Fiber hanya terdapat dalam tumbuh-tumbuhan dan tidak terkandung dalam daging haiwan, ikan dan bahan tenusu.
Apakah kepentingan Fiber terhadap kesihatan manusia?
Menurut pakar-pakar kesihatan, pengamalan kesihatan bermula dari penjagaan bahagian usus. (rumah penyakit ialah perut) Pengambilan fiber yang mencukupi setiap hari dapat memperkuat pengendalian bahagian usus secara berkesan. Fiber membantu meransang sistem penghadaman dan mengelakkan sembelit. Selain daripada itu, ia membuatkan anda merasa kenyang lalu mengurangkan kuantiti makanan yang diambil dan dengan demikian membantu mengawal berat badan.

Benarkah fiber dapat membantu mengawal berat badan?
Fiber berupaya memanjangkan waktu kekalan makanan dalam bahagian perut dan membuatkan anda berasa kenyang. Hal demikian dapat membantu anda mengurangkan pengambilan makanan dan kalori . Selain daripada itu, tabiat pemakanan yang baik dan rajin bersenam juga membantu dalam pengawalan berat badan.


Berapakah jumlah pengambilan fiber yang sesuai bagi seseorang setiap hari dan apakah cara pengambilannya?
Menurut cadangan pakar pemakanan, jumlah pengambilan fiber yang disyorkan bagi seseorang setiap hari adalah di antara 20-35 gram. Anda dicadangkan untuk menambah kuantiti pengambilan sedikit demi sedikit. Minumlah lebih banyak airapabila kuantiti pengambilan fiber bertambah. 8 gelas air dicadangkan utk diminum setiap hari.
______________________________________________________________

menarik:

For latest healthy beauty info, klik LIKE page UmmiIrfan Online Shoppe dan jika anda ingin mendapat harga istimewa atau konsultasi percuma sila SMS 012-2541296 atau emel ke rafaliah@yahoo.co.uk.

Lots of Love..
UmmIrfan


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © Pengedar Shaklee Banting, Kota Warisan, Dengkil, Putrajaya. Shaklee Business Mentor. | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in