Monday, November 28, 2011

Basic H: Selamat, Berkesan, Mesra Alam..mudah digunakan dan boleh dibawa kemana-mana sahaja..

Basic H adalah salah satu produk favourite saya selepas Energizing Soy Protein dan Vitamin E..wahh..untuk pengetahuan semua, ESP dan Vitamin E ni adalah best seller bulan ni..maklumlah bulan ni kan dah declare as 'Bulan Kecantikan'..sape taknak cantik kan kan kan..? Tapi, harini bukan nak cite pasal ESP or Vitamin E, tapi nak cite tentang Pn Hafsah testimoni beliau yang mencuba Basic H dan ianya amat berkesan untuk ekzema..
------------------------------------------------------------------------------------
Dua minggu lepas, saya ada belikan Basic H, pencuci 1001 kegunaan kepada kakak saya, untuk kegunaan dia membasuh CD dan memandikan Auliya. Auliya memang ada masalah kulit yang gatal-gatal/ Eczema. kadang2 sampai luka sebab garu. Aktiviti setiap malam sebelum tidur atau pun setiap kali tersedar malam adalah 'GARU'. Kesian jugak kakak saya kene garu dia setiap malam, kalau tak nanti menangis sebab xdapat tidur. Kadang-kadang habis semua yang ada kat rumah makcik-makciknya menjadi dayang-dayang untuk menggaru si kecik tu.. hehe.. Cik Ani Dayang, Cik Da jadi Duyung dan Cik Na jadi Dugong, keje gilir2 garu..hehe
Hehe..Gambar kat atas tu la alatan penggaru Auliya ni setiap malam sebelum ni..
Semalam sy tanya kaklong lagi, macam mana kesan Basic H tu, ok ke??kaklong kata kulit Auliya dah makin ok, makin licin.. sekarang keje-keje menggaru pun dah kurang.. cuma sesekali mintak garu..saja2 nk suruh garu la kut, sbb dah terbiasa digaru2..hehe
Jom baca Testimonial kaklong di wall facebooknya:
"Sy sudah menggunakan basic H utk anak sy auliya yg selalu gatal2 (eczema). Sblm ni dia jenis tak blh panas/ berpeluh, maka gatallah seluruh badan.. Hasilnya memuaskan, alhamdulillah (dgn izin Allah) kulit anak sy makin lembut & kesan luka akibat garu pun makin hilang. Mmg lembut & lembab kulit dia (sblm ni kering jer)... Sy juga gunakan basic H utk basuh CD (cloth diaper).. dan ada jgk try rendam sayur yg layu, hasilnya sayur kembali segar dlm masa beberapa minit. tak tipu. huhu..."

_____________________________________________________

Bestkan..? Sebenarnya Basic H ni memang BANYAK kegunaannya..saya kalau guna mop lantai, cuci sinki, cuci bilik air, dapur dan segala-galanya..rasa nak DETOX SATU RUMAH occay..! hehe..Dan saya sendiri memang ade bawak satu botol kecik 50ml Basic H tu kemana-mana, just in case of emergency dan untuk anak saya Irfan tu yang memang sensitif dengan perubahan tempat..Jom kita baca sikit ape itu Basic H sebenarnya..extract dari website Shaklee..



Tidak bertosik, Membersih secara Semulajadi
Basic H²™ Organic Super Cleaning Concentrate yang dua kali ganda lebih pekat ini memberi kuasa pembersihan yang lebih selamat dan berkesan sesuai digunakan bagi menangani seribu macam jenis kotoran rumah yang boleh digunakan pada bila-bila masa. Sebagai contohnya, bagi membersihkan kesan susu tertumpah di baju, bangkai serangga yang terlekat pada tingkap dan sos yang tertumpah di lantai. Itu hanya tiga daripadanya, masih terdapat 997 cara penggunaan yang lain.

Sesuai untuk membersihkan seribu macam jenis kotoran di rumah
  • Kepekatan berganda di mana 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air mampu memberi kuasa pembersihan yang hebat dan berkesan
  • Pencuci serbaguna yang berkesan untuk menanggalkan kotoran dan minyak pada sebarang permukaan yang boleh dicuci tidak kira di dalam atau di luar rumah
  • Dapat menanggalkan kotoran berminyak yang paling degil tanpa meninggalkan sebarang kesan minyak
  • Dua kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal Basic H² dan hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama
  • Tidak perlu dibilas dan tidak meninggalkan kesan kotoran atau palitan
Sesuai untuk sebarang permukaan yang boleh dicuci sama ada di dalam atau di luar rumah:
  • Dinding
  • Permukaan dapur, jubin dan lantai
  • Peralatan
  • Periuk, besen, pinggan dan mangkuk
  • Tingkap dan cermin
  • Perkakas
  • Benda-benda diperbuat daripada kayu
  • Perabot (Sila pastikan anda tidak menggunakannya bagi membersihkan akuarium atau bekas cecair pencuci cermin)
Tahukah Anda?
Kebanyakan bahan pencuci serbaguna mengandungi toksin yang boleh meresap ke dalam badan melalui kulit atau sistem pernafasan. Bahan pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon. Bahan pelarut organik seperti butyl cellosolve merupakan sejenis neurotoksin dan bahan yang merengsakan hidung. Morfolin merupakan bahan toksin yang boleh merosakkan hati dan ginjal. Ammonia yang terkandung dalam bahan pencuci kaca merupakan sejenis bahan racun yang merengsakan kulit, mata dan sistem pernafasan. Pekatan Pencuci Super Organik BASIC H² tidak mengandungi bahan-bahan di atas mahupun bahan-bahan berbahaya yang lain.

Cara penggunaan untuk kesan lebih memuaskanDapur, perkakas dapur, perabot, benda-benda yang diperbuat daripada kayu, dinding, keluli tahan karat, granit, marmar dan bilik mandi
Campurkan ¼ sudu teh dengan 16 auns air ke dalam penyembur Get Clean

Periuk, besen dan pinggan mangkuk
Campurkan ½ sudu teh dengan 1 gelen air



Tingkap dan cerminCampurkan 1-2 titik dengan 16 auns air ke dalam penyembur Get Clean


LantaiCampurkan 1 sudu teh dengan 1 gelen air


Kain benang biri-biri, nilon dan fabrik berkualiti tinggi
Campurkan ½ sudu teh dengan sebesen air suam


Perbezaan Shaklee 
Selamat

  • Tidak bertoksik
  • Tanpa gas beracun
  • Tanpa bahan kimia berbahaya
  • Tanpa bahan pewangi
  • Lembut pada tangan
  • pH seimbang
  • Tanpa klorin
Berkesan
  • Berkesan untuk menanggalkan kotoran berminyak
  • Kepekatan berganda – 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air
  • Dua kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal Basic H di mana hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama
Mesra Alam
  • Ramuan semulajadi yang diekstrak daripada jagung dan kelapa
  • Biorosot
  • Tanpa fosfat
  • Bungkusan yang boleh kitar semula
  • Tanpa bahan pewarna
  • Selamat untuk sistem septik dan pembentungan


Selain diatas, Basic H ni jugak sangat berkesan apabila anak demam dan suhu badan on and off tu..Untuk lebih rahsia tentang Basic H boleh refer kat sini..

Ingin membeli Basic H? Retail Price hanya RM46 tak termasuk delivery charge... Ingin harga istimewa? Jika anda berminat utk mendapatkan Basic H ni pada HARGA ISTIMEWA sila emel saya di rafaliah@yahoo.co.uk atau contact (sms or whatsapp) saya di talian 012 2541296 atau PM di Facebook page UmmiIrfan Online Shoppe.

Lots of Love..
UmmIrfan

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © Pengedar Shaklee Banting, Kota Warisan, Dengkil, Putrajaya. Shaklee Business Mentor. | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in