Monday, November 28, 2011

Basic H: Selamat, Berkesan, Mesra Alam..mudah digunakan dan boleh dibawa kemana-mana sahaja..

Basic H adalah salah satu produk favourite saya selepas Energizing Soy Protein dan Vitamin E..wahh..untuk pengetahuan semua, ESP dan Vitamin E ni adalah best seller bulan ni..maklumlah bulan ni kan dah declare as 'Bulan Kecantikan'..sape taknak cantik kan kan kan..? Tapi, harini bukan nak cite pasal ESP or Vitamin E, tapi nak cite tentang Pn Hafsah testimoni beliau yang mencuba Basic H dan ianya amat berkesan untuk ekzema..
------------------------------------------------------------------------------------
Dua minggu lepas, saya ada belikan Basic H, pencuci 1001 kegunaan kepada kakak saya, untuk kegunaan dia membasuh CD dan memandikan Auliya. Auliya memang ada masalah kulit yang gatal-gatal/ Eczema. kadang2 sampai luka sebab garu. Aktiviti setiap malam sebelum tidur atau pun setiap kali tersedar malam adalah 'GARU'. Kesian jugak kakak saya kene garu dia setiap malam, kalau tak nanti menangis sebab xdapat tidur. Kadang-kadang habis semua yang ada kat rumah makcik-makciknya menjadi dayang-dayang untuk menggaru si kecik tu.. hehe.. Cik Ani Dayang, Cik Da jadi Duyung dan Cik Na jadi Dugong, keje gilir2 garu..hehe
Hehe..Gambar kat atas tu la alatan penggaru Auliya ni setiap malam sebelum ni..
Semalam sy tanya kaklong lagi, macam mana kesan Basic H tu, ok ke??kaklong kata kulit Auliya dah makin ok, makin licin.. sekarang keje-keje menggaru pun dah kurang.. cuma sesekali mintak garu..saja2 nk suruh garu la kut, sbb dah terbiasa digaru2..hehe
Jom baca Testimonial kaklong di wall facebooknya:
"Sy sudah menggunakan basic H utk anak sy auliya yg selalu gatal2 (eczema). Sblm ni dia jenis tak blh panas/ berpeluh, maka gatallah seluruh badan.. Hasilnya memuaskan, alhamdulillah (dgn izin Allah) kulit anak sy makin lembut & kesan luka akibat garu pun makin hilang. Mmg lembut & lembab kulit dia (sblm ni kering jer)... Sy juga gunakan basic H utk basuh CD (cloth diaper).. dan ada jgk try rendam sayur yg layu, hasilnya sayur kembali segar dlm masa beberapa minit. tak tipu. huhu..."

_____________________________________________________

Bestkan..? Sebenarnya Basic H ni memang BANYAK kegunaannya..saya kalau guna mop lantai, cuci sinki, cuci bilik air, dapur dan segala-galanya..rasa nak DETOX SATU RUMAH occay..! hehe..Dan saya sendiri memang ade bawak satu botol kecik 50ml Basic H tu kemana-mana, just in case of emergency dan untuk anak saya Irfan tu yang memang sensitif dengan perubahan tempat..Jom kita baca sikit ape itu Basic H sebenarnya..extract dari website Shaklee..



Tidak bertosik, Membersih secara Semulajadi
Basic H²™ Organic Super Cleaning Concentrate yang dua kali ganda lebih pekat ini memberi kuasa pembersihan yang lebih selamat dan berkesan sesuai digunakan bagi menangani seribu macam jenis kotoran rumah yang boleh digunakan pada bila-bila masa. Sebagai contohnya, bagi membersihkan kesan susu tertumpah di baju, bangkai serangga yang terlekat pada tingkap dan sos yang tertumpah di lantai. Itu hanya tiga daripadanya, masih terdapat 997 cara penggunaan yang lain.

Sesuai untuk membersihkan seribu macam jenis kotoran di rumah
  • Kepekatan berganda di mana 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air mampu memberi kuasa pembersihan yang hebat dan berkesan
  • Pencuci serbaguna yang berkesan untuk menanggalkan kotoran dan minyak pada sebarang permukaan yang boleh dicuci tidak kira di dalam atau di luar rumah
  • Dapat menanggalkan kotoran berminyak yang paling degil tanpa meninggalkan sebarang kesan minyak
  • Dua kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal Basic H² dan hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama
  • Tidak perlu dibilas dan tidak meninggalkan kesan kotoran atau palitan
Sesuai untuk sebarang permukaan yang boleh dicuci sama ada di dalam atau di luar rumah:
  • Dinding
  • Permukaan dapur, jubin dan lantai
  • Peralatan
  • Periuk, besen, pinggan dan mangkuk
  • Tingkap dan cermin
  • Perkakas
  • Benda-benda diperbuat daripada kayu
  • Perabot (Sila pastikan anda tidak menggunakannya bagi membersihkan akuarium atau bekas cecair pencuci cermin)
Tahukah Anda?
Kebanyakan bahan pencuci serbaguna mengandungi toksin yang boleh meresap ke dalam badan melalui kulit atau sistem pernafasan. Bahan pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon. Bahan pelarut organik seperti butyl cellosolve merupakan sejenis neurotoksin dan bahan yang merengsakan hidung. Morfolin merupakan bahan toksin yang boleh merosakkan hati dan ginjal. Ammonia yang terkandung dalam bahan pencuci kaca merupakan sejenis bahan racun yang merengsakan kulit, mata dan sistem pernafasan. Pekatan Pencuci Super Organik BASIC H² tidak mengandungi bahan-bahan di atas mahupun bahan-bahan berbahaya yang lain.

Cara penggunaan untuk kesan lebih memuaskanDapur, perkakas dapur, perabot, benda-benda yang diperbuat daripada kayu, dinding, keluli tahan karat, granit, marmar dan bilik mandi
Campurkan ¼ sudu teh dengan 16 auns air ke dalam penyembur Get Clean

Periuk, besen dan pinggan mangkuk
Campurkan ½ sudu teh dengan 1 gelen air



Tingkap dan cerminCampurkan 1-2 titik dengan 16 auns air ke dalam penyembur Get Clean


LantaiCampurkan 1 sudu teh dengan 1 gelen air


Kain benang biri-biri, nilon dan fabrik berkualiti tinggi
Campurkan ½ sudu teh dengan sebesen air suam


Perbezaan Shaklee 
Selamat

  • Tidak bertoksik
  • Tanpa gas beracun
  • Tanpa bahan kimia berbahaya
  • Tanpa bahan pewangi
  • Lembut pada tangan
  • pH seimbang
  • Tanpa klorin
Berkesan
  • Berkesan untuk menanggalkan kotoran berminyak
  • Kepekatan berganda – 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air
  • Dua kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal Basic H di mana hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama
Mesra Alam
  • Ramuan semulajadi yang diekstrak daripada jagung dan kelapa
  • Biorosot
  • Tanpa fosfat
  • Bungkusan yang boleh kitar semula
  • Tanpa bahan pewarna
  • Selamat untuk sistem septik dan pembentungan


Selain diatas, Basic H ni jugak sangat berkesan apabila anak demam dan suhu badan on and off tu..Untuk lebih rahsia tentang Basic H boleh refer kat sini..

Ingin membeli Basic H? Retail Price hanya RM46 tak termasuk delivery charge... Ingin harga istimewa? Jika anda berminat utk mendapatkan Basic H ni pada HARGA ISTIMEWA sila emel saya di rafaliah@yahoo.co.uk atau contact (sms or whatsapp) saya di talian 012 2541296 atau PM di Facebook page UmmiIrfan Online Shoppe.

Lots of Love..
UmmIrfan

Saturday, November 26, 2011

Vitamin E, Vitamin C, Bcomplex + GLA bukan hanya menjadikan kulit bersih, mulus dan berseri sahaja..tetapi ianya juga penawar kepada saya ~ pesakit Endometriosis..

Actually dah lama nak share tentang ni..tapi masa tidak mengizinkan..AlhamduLILLAH, harini ade kelapangan dan jom baca kisah saya sendiri tentang endometriosis..


Masih teringat masa saya zaman sekolah2 dulu, saya mengalami senggugut setiap kali ‘ia’ datang.  Ingatkan perkara biasa, jadi saya tidak merawatnya dan biarkan sahaja setiap bulan. Tetapi makin lama makin teruk dan semasa saya di Uk, saya memang mengalami senggugut yang AMAT teruk sekali setiap kali ‘ia’ datang.  Dan setiap kali itulah saya tidak ke kelas untuk 2-3 hari pertama bila ‘ia’ datang.  Memang sakit tak terhingga. Dan saya buat appointment dengan GP saya. Masa tu tahun 2004. Saya tak nafikan doctor di sana memang bagus. (bukan nak compare yea..tapi itulah hakikatnya..). Mereka membuat penelitian setiap satu kes itu dengan terperinci, walaupun kes itu is early detection.  Maksudnya bukanlah nak tunggu sakit dah nak mati baru nak buat penelitian kes.  So, pada permulaan doctor SUSPECT am suffering of endometriosis.  Masa tu kes suspect je yea.  Then after a week, get back to the GP and he concluded (yes..he is he..susah nak dpt a lady doctor kat sana..) that am actually having the endometriosis.  I was like, what is endometrio-cyst? Barah ke, kanser ke? Tak boleh beranak ke? Eish macam2 kat fikiran masa tu, dahlar nak exam, study lagi, project lagi..serabut kepala..Pastu dia explained…

Ini saya extract dari one website ape tu endometriosis..
Endometriosis is a female health disorder that occurs when cells from the lining of the womb (uterus) grow in other areas of the body. This can lead to pain, irregular bleeding, and problems getting pregnant (infertility).


Yes..masa tu barulah saya faham..bukan tak boleh pregnant, tapi susah skit bila ada endomet ni..So, first diagnose, GP bagi birth control pills – seingat saya namanya Microgynon 30 oral contraceptive..it is for hormone..katanya sebab saya punya hormone dalaman tak dapat membantu, jadinya kena amik orally..First time makan birth control pills, rasa cam ‘kenapa lar aku kena makan ni..’ (walaupun doctor dah explain kan..hehe..)..Doktor bagi utk 3 bulan pertama, nak tengok macamane ianya membantu.  Oklah, masa 3 bulan tu kurang lar sikit sakit senggugut tu bila ‘ia’ datang, tapi not much help sebenarnya sebab bergantung pada oral contraceptive..

So, after 3 months, get back to the doctor and he said he cannot prolong the contraceptive pills because later bagi kesan pulak sebab saya masih belum berkahwin lagi  (maksudnya belum pernah mengandung ..). So, beliau cadangkan untuk surgery..”Mak aihh! Nak surgery ler pulak..dah lar time tu nak exam, nak surgery pulak..camne ni..?”..Saya called parents kat Malaysia, cerita dari A-Z dan ape suggestion doctor..My parents tak benarkan buat surgery kat sana..pada mereka ape-ape pun balik Malaysia baru buat surgery..so, saya akur..malas nak piker panjang..at the mean time saya jaga pemakanan sahaja..sakit memang datang every month, tapi ignore je..sebab kalau fikir sakit, bertambah2 sakit nanti..saya ade amik pure EPO, langsung tak serasi..! sebab bila makan EPO sakitnya lagi, lagi, lagi teruk dari sebelum makan..jadinya saya minum chamomile tea+madu..ok sikit rasa sakit tu..

Bila dah balik Malaysia refer kat Hospital Permaisuri Bainun (spital Ipoh dulu namanya..hehe..) pun O&G pakar kat situ pun cakap benda yang sama..sebab saya dah consume oral contraceptive tu, jadinya, dia tak bagi lagi dah..suggest go for surgery..seriously saya tak ready untuk surgery!! Then, saya dapat kerja kat Shah Alam, refer kat Hospital Tuanku Ampuan Rahimah (hospital Klang lar ni..hehe..)..akhirnya dapat a LADY O&G specialist ! Finally !! so, memang beliau cerita habis, maksudnya takde lar doctoral sangat term2 yang beliau gunakan dan taklah technical sangat. Beliau explain bagi saya senang paham..Katanya kalau saya taknak go for surgery, beliau suggest saya get married..(hahahaha..) masa tu saya tak kenal lagi dengan suami saya ni..kenapa kena kahwin is the best solution? Beliau kata, kalau kahwin, kita akan pregnant, bila pregnant that cyst takkan dapat supply hormone yang every month dia dapat untuk growing..(masa tu cyst saya dah 3cm in diameter)..that’s why wanita yang dah kahwin and every year wanita tu pregnant, wanita tu takkan dapat sakit camni..owwwhhhh..barulah faham..
So, sekarang ni dah kahwin, masa preggy Irfan, check the cyst whether it's growing bigger or not, but the O&G the cyst is NO MORE THERE..! sebab saya dah pregnant and cyst tu dah tak dapat supply hormon tu..and sekarang ni dah ade Irfan..AlhamduLILLAH, takde rasa senggugut tu dah..AlhamduLILLAH dah cuba Shaklee 6 bulan ni..dan saya dah tak rasa sakit lagi, malah saya bertambah sihat dan rasa seperti ‘orang baru’..ahaks..!

Untuk mereka yang mengalami cyst ni, boleh ambil ape yang saya makan, iaitu, ESP, Vitamin E, Bcomplex, Vitamin C dan GLA Complex.. GLA ni memang terbaekkk..! Ianya menstabilkan hormon dan menjadikan period saya regular..saya dah tak rasa sakit langsung setiap kali ‘ia’ datang (itu salah satu indicator yg cyst tiada disitu.ni O&G yg cakap yea...) dan bukan itu sahaja, kulit saya jadi mulus, bersih, berseri dan menawan..tambah pulak dengan Vitamin E..memang kawan baik saya 2 vitamin ni..tak caya? Tengok ni..hehehe..

Me and Mr Hubby..

Anda bagaimana? Teruja dengan kisah saya dan ingin mengecutkan cyst agar tidak menderita sakit setiap kali 'ia' datang? 

Jika anda berminat utk mengetahui jadual mkn, dan tips ekslusif serta option supplemen bersesuaian dengan bajet anda,  sila emel saya di rafaliah@yahoo.co.uk atau contact (sms or whatsapp) saya di talian 012 2541296 atau PM di Facebook page UmmiIrfan Online Shoppe.

Lots of Love..
UmmIrfan

Thursday, November 24, 2011

Hadiahkan untuk pasangan anda..demi cinta dan kasih sayang kita padanya..(^_^)

Fuhh..! Hari yang SANGAT busy di tempat keroje..! hehe..bila saat-saat letih begini mulalah inginkan belaian suami terchenta..tapi, kalo suami terchenta (atau isteri terchenta) keletihan dan  sakit-sakit badan mesti terus rasa tak best nak bermanja-manja kan kan kan..hhmm..untuk itu saya akan pastikan suami yg tersayang dan diri sendiri tidak keletihan atau sakit-sakit badan atau lenguh-lenguh demi untuk meluangkan masa berkualiti bersama keluarga terchenta..(hehe..banyaknya perkataan 'terchenta'..).  Jadi set di bawah ini merupakan jawapan terbaik utk pasangan anda kekal sihat dan bertenaga... .. dan yg bestnya lagi.. Ia SANGAT BAGUS UTK KESIHATAN JANTUNG pasangan anda.. plus bonus utk KEINTIMAN dan AWET MUDA...


Pautan
Set ini sesuai utk dihadiahkan buat suami/pasangan tercinta.
_____________________________

Ape khasiat, kebaikan dan keistimewaan kedua-dua Vitamin ini? Jom baca ringkasannya..
  • Menjadikan anda tampak lebih muda dengan membantutkan penuaan sel yang disebabkan oleh radikal bebas.
  • Memperbaiki peredaran darah,utk memperbaiki tisu,
  • Melindungi paru2 dari pencemaran udara.
  • Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan, mengurangkan parut, mengurangkan tekanan darah, membantu dalam pencegahan penyakit katarak, meningkatkan prestasi atlit, dan mengendurkan otot kaki dari kekejangan.
  • Mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan menguatkan dinding kapilari.
  • Vitamin E menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat,
  • Mengurangkan risiko Alzheimer (nyanyuk)
  • Merendahkan kadar kolesterol.
  • Membantu mencegah kanser.
  • Vitamin E boleh meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki.
  • Vitamin E juga dikenali sebagai ‘vitamin cinta’ kerana ia boleh membantu dalam perhubungan suami isteri.
Info tambahan :Kebanyakan lelaki yang mengambil Vitamin E sekurang-kurangnya seminggu sekali akan mempunyai lebih tenaga dan menikmati hubungan suami isteri berbanding yang tidak mengambilnya.Manakala wanita pula yang mengambil sekurang-kurang nya selama tiga bulan, akan membantu meningkatkan “sexual desires dan menikmati hubungan CINTA dengan lebih baik. Antioksidan yang seimbang dalam VITAMIN E bertindak menghalang penghasilan radikal bebas akibat tekanan. Nitrik oksida membantu pelancaran darah di alat sulit lelaki dan membantu ereksi yang lebih baik. MakaVITAMIN-E memang terbukti membantu lelaki terutama yang mengalami tekanan akibat kerja atau masalah kesihatan.
_______________________________
  • Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal
  • Membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf (membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah dan ia mengurangkan kadar kolestrol dlm darah)
  • Kesihatan tulang dan gigi
________________________________________________________________
Menarik bukan..Ini yg dikatakan hadiah buat suami hebat dari isteri tercinta.
Extra tips:
Set ni sangat sangat sesuai utk kedua2 pasangan..baik isteri mahupun suami.. Jadi si suami boleh hadiahkan utk isteri.. dan isteri juga boleh belikan utk dihadiahkan utk suami tercinta..


Jika berminat boleh contact saya kerana sebarang pembelian mulai 24/11 sehingga 30/11 melayakkan anda utk mendapat harga istimewa plus bonus special dari UmmiIrfan Online Shoppe.

Lots of Love..
UmmIrfan

Wednesday, November 23, 2011

Anda tahu ape bahayanya menggunakan anti acne cream? Ini bukti jerawat kronik pulih selepas 3 bulan pastinya dengan Shaklee..

Anda mesti pernah guna anti-acne cream kan? Saya sendiri tak pernah guna tetapi pada anda yang pernah guna saya nasihatkan agar anda berhenti kerana anti-acne cream ni sebenarnya membawa mudarat pada kulit..Sebelum saya bercerita lebih lanjut, ape kata kita baca sikit petikan pendek di bawah ni tentang anti-acne cream yang saya extract dari sini..


(Not all manufacturers of acne products with chemicals tell that in order to avoid side effects, such acne creams or acne pills can only be used for 2 - 3 weeks. Oral antibiotics should be used as a temporary measure in order to reduce the inflammation caused by acne bacteria. Prolonged use of antibiotics and steroids supress the immune system of our skin. Weak immune system may lead to development of such skin disorders as rosacea and demodex.)..

Ha itu baru intronya je..Kat bawah ni ada testimoni bergambar..Tapi kalo anda semua tengok iklan2 kat tv or majalah2 tu sebenarnya model2 tu semua dah make-up bagai untuk tutup cela di muka..itu adalah "after" tapi yang "before" derang tak tunjuk kan kan kan...kena lak gimik cahaya dan gimik kamera terus jadi cantik takde nampak parut dimuka pun..Gambar kat bawah ni "original" yea..takde make-up2 or taruk bedak2 semua tu..



Sebelum mengambil Vitamin E
Selepas mengambil Vitamin E
Apepun untuk mendapatkan kesan yang optimum, kenalah konsisten dan disiplin makan supplemen ni..kalau on and off makan memang lambat kesan tu pastu jangan salahkan kami yea..haha..apart from that, air pun kena minum secukupnya untuk "healing crisis" proses, untuk detox mane yang perlu dibuang tu ..takde lar simpan dalam badan buat penyakit lain lak kan..Selain itu menurut Aula, Yana juga turut mengambil MealShake, Vitamin C, Alfalfa.... percaya atau tidak...Hmm ...Kene cuba sendiri lah kann..(^_^)



Anda bagaimana? Teruja dengan kisah diatas dan ingin menghilangkan jerawat di wajah anda tanpa menggunakan anti-acne cream? 

Jika anda berminat utk mengetahui jadual mkn, dan tips ekslusif serta option supplemen bersesuaian dengan bajet anda,  sila emel saya di rafaliah@yahoo.co.uk atau contact (sms or whatsapp) saya di talian 012 2541296 atau PM di Facebook page UmmiIrfan Online Shoppe.

Lots of Love..
UmmIrfan


Monday, November 21, 2011

Telah terbukti bahawa Vitamin E dapat menghilangkan kesan parut lama..!



Anda masih ingat lagi cerita tentang Yasmin yang teruja dengan kesan Skin Care Set - Set D ini? Memang tidak dinafikan bahawa Vitamin E, Vitamin C dan Bcomplex terbukti berkesan dalam menangani kulit bermasalah dan menghilangkan kesan parut dan bekas jerawat.  Dan sempena Bulan November ini di mana ialah Bulan Kecantikan, saya ingin berkongsi kisah seterusnya tentang suami Fai yang mengamalkan Set A + Vitamin E ini..
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
credit


Bulan July lepas, hubby kena chicken pox yang agak teruk. Habis satu muka dia penuh dengan parut2 chicken pox tu. Fai pn apa lagi, bila hubby baik jer dari chicken pox... Fai terus sapukan minyak vitamin E kat tempat2 parut di kawasan muka hubby. Memang sapu sungguh2 la sebab nk bagi parut2 tu cepat pudar. Hihi... Bila parut tu dah mula pudar, fai hanya sapukan vitamin E 2-3kali seminggu jer. Tapi yang penting Fai memang tak pernah skip bagi hubby basic vitamin (optimum set). Alhamdulillah... Setelah lebih kurang 2-3 bulan, parut-parut kat muka hubby semakin pudar dan berkurang... Syukur sangat...


Ermmm, mulanya Fai sendiri tak percaya tengok gambar ni. Siap kelip2 mata lagi... Hihi... Yela, kadang2 kita ni yang hari2 ngadap muka, bertentang mata... tak perasan sangat perubahannya. Tapi bila dah tengok balik gmbar en.hubby masa kena chicken pox dulu compare dengan gambar sekarang.... Pheeewwiiiittt.... Memang rasa macam "magic"... Hihi... Raya Aidiladha yg lepas pun adik Fai ada tegur "kak, muka abg dah bersih laaa" hehehe... Yes!!! Fai memang gelarkan vitamin E ni "vitamin ajaib"... Hanya yang dah alaminya akan percaya keberkesanannya... ^-*



Jom kita tengok apa dia khasiat lain Vitamin E selain membantu memudarkan parut2 :

·  Vitamin E membuatkan si pengamal nampak muda kerana vitamin E melambatkan proses penuaan (vitamin awet muda).
·  Vitamin E mencegah segala pertumbuhan abnormal sel terutama kanser.
·  Vitamin E sangat membantu dalam aspek kesuburan.
·  Vitamin E membantu mempercepat proses baik luka.
·  Vitamin E membantu pengaliran darah dengan lebih lancar.
·  pengambilan vitamin E yang konsisten membantu kawasan gelap itu mengecil dan warna puting menjadi cerah semula.
·  Vitamin E membantu mengurangkan kesakitan akibat pre-menstrual.

Bukan Vitamin E sahaja, Fai juga konsisten berikan en.hubby vitamin2 dalam set A tauuu...


Vitamin C:
Penting untuk pertumbuhan tisu, membantu dalam membaik pulih tisu, merangsang kesihatan dan kecantikan kulit melalui penghasilan kolagen, "antihistamin" semulajadi dan meningkatkan tahap sistem pertahanan badan. 

Salah satu faktor yg membantu parut2 di muka en.hubby cepat recover… lagi satu, yg Fai perasan sekarang ni dah kurang jerawat yg muncul kat muka. Hihi…

Vitalea/Multivitamin:
Mengandungi 28 nutrien termasuk 12 jenis vitamin dan 7 galian. Vitalea ni penting sebab kami berdua ni makan tak ikut piramid makanan. Kadang2 makan lauk jer takde sayur. Buah pun jarang2 makan. Fai pula jenis yang memilih, so memang kena makan vitalea ni hari2 agar badan dalam sumber nutrien yg lengkap. Hehe…

B Complex:
Sangat penting dalam metabolisma karbohidrat, lemak & protein, anti stress (sebagai penenang), membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan (glukos) kepada tenaga dan membantu kita berfikiran positif (mood baik)… 
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Anda bagaimana? Teruja dengan kisah diatas dan ingin menghilangkan kesan parut lama di wajah anda? 

Jika anda berminat utk mengetahui jadual mkn, dan tips ekslusif serta option supplemen bersesuaian dengan bajet anda,  sila emel saya di rafaliah@yahoo.co.uk atau contact saya di talian 012 2541296 atau PM di Facebook page UmmiIrfan Online Shoppe.

Lots of Love..
UmmIrfan

Sunday, November 20, 2011

A nite with Glaswegians at Dikla's Wedding a.k.a. Memoirs of Glaswegians..

Weekend yang SANGAT BEST..! hehe..sebab ape? sebab semalam kami sekeluarga ke majlis perkahwinan rakan saya yg sama belajar di Glasgow dulu..tetapi majlis itu as if like reunion untuk kawan-kawan sekampung Glasgow..! memang seronok dapat jumpa kawan-kawan lama, especially my 2 seniors (Kak Arifah n Kak Faridah) yang macam parents saya masa saya di Glasgow dulu..tak tau nak cakap ape..let the photos say it..!
Inilah kami - Charles St and Murray Hall clan..


Dulu dua jejaka nilah yg banyak menolong kami (adik2 dan kakak2) disaat2 kecemasan..hehe..
Tapi sekarang semua sudah berkeluarga..AlhamduLILLAH..

Dan ini pengantin yang diraikan...
Ape-apepun, Selamat Pengantin Baru kepada Aishah Dalila Ridzwan (nama penuh tu.hehe..) dan pasangannya..semoga kekal hingga ke akhir hayat, beroleh ketenangan dan hidup mereka berdua diraikan dengan anak-anak yang comel yang soleh dan solehah..inshaALLAH..

Oklah, selamat malam semua, (saya kepenatan..) esok, saya update lagi naaa...daaa...

Owh yea, kepada mereka yang ingin membuat pesanan boleh PM | sms - 0122541296| email rafaliah@yahoo.co.uk | WhatsApp utk konsultasi percuma & pesanan pd HARGA ISTIMEWA..

Lots of Love..
UmmIrfan

Friday, November 18, 2011

Cantik selepas bersalin ~ Tips dari Nani Rostam..model 80an yang menten vogue selepas 7 kali beranak..

Siapalah yang taknak cantikkan especially lepas bersalin, mahupun dah beranak 3-4kali..Petang-petang segini ape kata kita baca tips daripada NANI ROSTAM untuk kelihatan cantik selepas bersalin..Jom ibu-ibu yang dalam pantang, dah beranak 3-4kali, ibu-ibu mengandung atau anda yang memang nak cantik luar dan dalam kita baca dan amalkan petua2 dibawah ni..

credit
  • Balik sahaja dari hospital, minta suami cari daun sirih, buah manjakani dan rebus kedua-duanya sebanyak 7 helai daun sirih dan 7 biji manjakani.reneh di dalam periuk tanah sehingga tinggal 2 cawan. i cawan diminum berama air kisaran kunyit. 1 cawan lagi di buat basuh bahagian pintu rahim. Kalau mahu cepat pulih, (mak mentua saya berpesan) suruh suami gosokkan buah manjakani di belakang batu lesung dan sapukan manjakani itu pada jahitan pintu rahim yang di gunting sewaktu melahirkan. Mak mentua saya tekankan lagi, suruh suami buat, supaya dia tak akan cari perempuan lain dan setia sampai bila-bila.
  • Kemudian, kalau boleh cari bengkung perut dari kain yang panjang berjela dan ikat lipan iaitu bersilang-silang supaya perut boleh dibentuk menjadi ramping. Sapukan kapur sireh bercampur minyak kayu putih pada perut sebelum memakai bengkung. Kalau mahu ikatan kemas dan ketat, boleh memakai sambil berbaring.
  • Makan makanan yang berkhasiat seperti ikan, daging ,sayur sawi, brokoli. Lobak putih dan daun turi juga bagus untuk menambah susu badan. Elakkan makan sayur-sayuran yang sejuk dan banyak angin seperti bayam, kobis dan sebagainya.
  • Jangan terlepas waktu makan. Makan tepat pada waktunya.Pastikan kita makan dan minum tidak bertambah. Maksud saya makan hanya satu pinggan nasi dan minum segelas air. Jangan sekali-kali tambah.
  • Bagi yang melahirkan anak pertama, anda boleh cuba makan semua jenis ikan atau sayur. Di situ baru kita tahu ikan mana yang kita makan akan menyebabkan terasa gatal.Sebab setiap individu ada alahan pada makanan yang berbeza. Misalnya saya pantang tak boleh makan ikan kembung, rasa gatal, tetapi kawan saya ok pulak. Jadi anda kena tahu mana makanan yang anda boleh ambil dan yang mana tidak.Jadi bila pantang anak seterusnya anda sudah dapat mendisplinkan diri anda.
  • Ketika dalam pantang anda kena sentiasa jaga langkah anda dan jangan banyak berjalan kerana dikhuatiri kaki tersandung sesuatu dan menyebabkan darah turun lebih banyak dan akan terasa sakit di bahagian peranakan.
  • Selain itu dapatkan food supplement yang terbaik seperti produk shaklee yang terdiri daripada vitamin e, zinc, vitamin c, b kompleks, multivitamin, susu protein dan alfafa yang baik untuk penyembuhan dan membina sel baru...(ni yang best baca statement kak nani rostam ni.. katanya lagi Jenama Shaklee adalah antara yang terbaik... wahh.. i like bila ada orang glemer pun suke mengaku akan keajaiban produk ni..hehe..dia ni bukan jual shaklee pun tapi memberi komen berdasarkan ape yg dia rasa..ehh..saya taktokok tambah yer..boleh tgk link disini )..
  • Amalkan senaman ringan memanas badan sebelum anda mandi dalam masa 10 minit sehari agak memadai agar badan rasa ringan dan segar.
  • Pantang anda akan terganggu sekiranya anak mendapat jaundice. Jadi bagi mengelakkannya, pastikan semua barangan bayi tidak terdapat walau sedikitpun warna kuning. Sekiranya dia masih terkena jaundice juga anda cari akar kayu di kedai ubat cina untuk merawat jaundice dengan merebus akar kayu tersebut dan airnya digunakan untuk memandikan bayi anda. Bayi boleh juga di jemur di bawah cahaya matahari pagi sebelum jam 8.30am. Sekiranya masih berlarutan bawa berjumpa doktor.
  • Kalau anda boleh bertahan berpantang selama 40 hari tanpa menjejakkan kaki ke tanah dengan mengamalkan apa yang pernah saya amalkan itu, insyallah...badan akan sentiasa cergas dan awet muda. Begitulah saya mengamalkannya selama 7 kali beranak.
Siapa lah yang taknak cantik awet muda ..kan kan...tapi rasa teruja tengok nani rostam ni..
Itu dia cantik lepas bersalin cara NANI ROSTAM.  Tapi jika anda rasa tak mampu nak buat semua tu atau masa tidak mengizinkan, ape kata cuba supplemen Shaklee..Sempena November ni yang dah declare sebagai BULAN KECANTIKAN, anda boleh dapatkan 
atau jika anda ibu menyusu dan ibu berpantang, sangat digalakkan add-on ESP dan Vitamin E.  
Boleh baca lebih lanjut ape kaitan ESP dan Vitamin E dalam mencantikkan kulit dan menghilangkan kesan parut lama di wajah..tak lupa juga kepada GLA Complex yang boleh membantu memperbetulkan kembali period yang tidak teratur, mencantikkan stretch mark serta memberikan kulit mulus, bersih dan cantik.. 

Utk lebih tips mengenai kecantikan dan kesihatan, serta option supplemen bersesuaian dengan bajet anda, sila emel saya di rafaliah@yahoo.co.uk atau contact saya di talian 012 2541296 atau LIKE Facebook page UmmiIrfan Online Shoppe

Lots of Love..
UmmIrfan

Wednesday, November 16, 2011

Bayi pramatang sebenarnya memerlukan nutrisi daripada ibu yang menyusu..Jadi pastikan ibu-ibu menyusu mendapat nutrisi yg lengkap..


"salam kak..ada ape2 info tentang shaklee yang bantu baby pramatang..kwn zu babynya tak cukup bulan and kecik sangat"

dan maka yang demikian...sukacita saya nak share tentang baby pramatang di blog ni... seingat saya tak pernah saya tulis tentang bayi pramatang..tapi ada beberapa customer saya yang suka dgn hasil dari mengambil supplemen shaklee ni... apa2 pun..jom baca sekilas info tentang bayi pramatang..(dipetik dan diedit dari duniasusuibu)

BAYI pramatang (premature babies) adalah bayi yang dilahirkan sebelum 37 minggu kandungan. Ada banyak sebab kenapa perkara ini boleh berlaku, antaranya mungkin gaya hidup ibu sendiri sepertimengambil makanan yang kurang berkhasiat, tekanan fizikal, pengambilan alkohol, dadah dan pelbagai lagi.
Selain itu, ia juga boleh disebabkan ketidakseimbangan hormon, masalah struktur rahim, penyakit ketika dalam kandungan, umur ibu lebih 35 tahun atau kurang daripada 19 tahun dan pelbagai sebab lain yang tidak diketahui.
Bayi pramatang memerlukan penjagaan lebih daripada bayi lahir cukup bulan. Justeru, kebanyakan bayi pramatang memerlukan penjagaan di unit rawatan rapi (ICU) sebelum pulang ke rumah. Di negara maju, lebih 90 peratus daripada bayi yang beratnya 800 gram ke atas akan terselamat dan bayi yang beratnya lebih daripada 600 gram mempunyai peratusan selamat antara 40 hingga 50 peratus. Bagaimanapun, komplikasi yang lebih ketara mungkin berlaku pada kanak-kanak ini.

Apakan keperluan bayi pramatang?
* Haba atau kepanasan persekitaran yang cukup. Bayi pramatang tidak mempunyai lemak secukupnya untuk memastikan suhu badan kekal walaupun jika bayi itu diselimutkan. Bayi ini perlu berada di dalam inkubator atau alat pemanas sehingga berat bayi cukup untuk mengekalkan suhu badan.
* Pemakanan dan tumbesaran bayi pramatang memerlukan keperluan nutrisi yang lebih tinggi. Ini disebabkan tumbesaran bagi kanak-kanak pramatang secara lazimnya adalah lebih cepat daripada kanak-kanak cukup bulan (catch up growth) lebih-lebih lagi kerana sistem pencernaan makanan adalah tidak efektif seperti kanak-kanak cukup bulan.
Apakah makanan untuk bayi pramatang?
Susu ibu adalah sumber makanan yang paling baik, tetapi bayi hanya boleh menyusu terus atau menggunakan botol selepas 32 minggu. Memulakan pemakanan bagi bayi pramatang perlu dilakukan secara sedikit demi sedikit. Jika tidak ia boleh menyebabkan masalah usus yang berbahaya.
Lazimnya bayi yang belum boleh menyusu, susu ibu perlu dipam dan diberi melalui tiub.
Susu ibu mempunyai khasiat lebih kerana ia mengandungi protein membantu melawan kuman dan mempercepatkan pembesaran. Oleh kerana bayi pramatang mungkin memerlukan lebih banyak kalori dan vitamin, terdapat formula dalam bentuk serbuk yang boleh ditambah dalam susu ibu untuk meninggikan lagi khasiat.

* Jaundis (penyakit kuning)
Masalah yang paling kerap bagi bayi pramatang ialah jaundis. Penyakit ini disebabkan oleh bilirubin yang dihasilkan oleh pemecahan sel darah merah. Bilirubin ini menyebabkan kulit dan selaput mata putih bayi menjadi kuning. Jaundis adalah perkara biasa bagi bayi, tetapi jika tahap jaundis terlalu tinggi ia boleh menyebabkan kerosakan bahagian otak atau kecacatan pendengaran.

* Apnea
Apnea adalah keadaan yang mana bayi berhenti bernafas. Pada masa itu degupan jantung menjadi perlahan sekali gus bayi mungkin kelihatan pucat dan biru. Apnea sering berlaku bagi bayi yang kurang daripada 30 minggu. Jika masalah apnea ini berlaku dengan kerap bayi memerlukan ubat untuk merangsang sistem pernafasannya.

* Anemia (kurang darah)
Kebanyakan bayi pramatang akan mengalami masalah anemia. Ini mungkin menyebabkan bayi tidak membesar dan juga jika tahap anemia itu serius ia boleh menyebabkan kegagalan jantung.

*Masalah pernafasan (respiratory distress syndrome)
Masalah ini disebabkan oleh paru-paru yang belum matang dan secara tidak langsung menyebabkan bayi mengalami masalah susah untuk bernafas. Masalah ini agak kerap berlaku.
Begitupun, masalah ini boleh diatasi dengan menggunakan sejenis ubat yang bertindak membuka paru-paru (dikenali sebagai surfactant). Ia membolehkan paru-paru bayi pramatang berfungsi dengan lebih baik.
Jika masalah pernafasan ini terlalu serius, bayi itu mungkin memerlukan bantuan pernafasan melalui mesin pernafasan. Penggunaan surfactant yang dibuat secara sintetik mengurangkan komplikasi masalah pernafasan.

* Jangkitan
Jangkitan adalah masalah yang paling membimbangkan bagi bayi pramatang. Ini disebabkan bayi pramatang tidak dapat melawan penyakit sebaik bayi yang lahir cukup bulan. Jangkitan ini boleh berlaku sebelum bayi lahir, ketika proses melahirkan atau selepas dilahirkan. Cara membasuh tangan yang betul dapat mengatasi masalah jangkitan.

..secara ringkasnya... bayi pramatang memerlukan keperluan nutrisi yang lebih tinggi.. jadi yg saya amat menggalakkan pengambilan Set Tripple M ...kenapa ibu yang babynya pramatang perlu ambil set ni?....sebab vitamin2 dlm set ni dapat menambah kualiti susu ibu dan secara taklangsung bayi yg menyusu mendapat nutrisi yg diperlukan..sila baca apa yang ada dalam set ni :
Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi...Bagi ibu menyusu multivitamin atau nama lain vitalea telah di lengkapi dengan iron bagi membantu pembesaran anak .
b) B Complex
Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang).Vitamin B juga dapatmelahirkan wajah ibu yang cantikberseri
c) Vitamin C
Meningkatkan kandungan antibodi di dalam susuibu.So, sekiranya anda atau baby demam, cuma tingkatkan pengambilan vit c ke 2 biji sehari ...dan bagi ibu2 yg menghadapi puting melecet/luka/berdarah,insya allah akan mudah sembuh...satu lg kesannya kulit makin bersih, cerah & cantik kerana Vitamin C membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik.
d) Alfalfa
Merupakan supplement penting utk boost penghasilan susu.Turut membantu perkumuhan (lebih lawas)dan membuang angin dalam badan.
e) Energizing Soy Protein (ESP)
protein sangat penting untuk pembentukan sel.ESP sangat membantu dalam melancarkan penghasilan susu, penting untuk kelenjar dan tumbesaran, mencantikkan kulit si ibu dan anak, dan membantu kawal paras kolesterol.

dan apabila menulis ttg bayi pramatang ..teringat saya pada junior saya mommylyna..yg juga mengambil supplemen shaklee....bayinya dulu lahir 7 bulan..si Fahry yg comel tu....kecil gak... ..tapi Pn Lyna consistent dgn supplemen shaklee...dan alhamdulillah saya tengok perkembangan Fahry amat memberangsangkan...dan tadi ni saya minta beliau sms secara ringkas komennya tentang bayi pramatang dan supplemen shalee...
..katanya "Kak, Fahry cepat naik berat..sakit kuning kejap ...cepat kluar spital..dan jarang demam "..

Anda bagaimana? Teruja dengan kisah diatas dan ingin mendapatkan supplemen yg terbaik untuk bayi pramatang?

Jika anda berminat utk mengetahui jadual mkn, dan tips ekslusif serta option supplemen bersesuaian dengan bajet anda,  sila emel saya di rafaliah@yahoo.co.uk atau contact saya di talian 012 2541296 atau PM di Facebook page UmmiIrfan Online Shoppe
Lots of Love..
UmmIrfan 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © Pengedar Shaklee Kota Warisan, Dengkil, Bandar Baru Salak Tinggi dan KLIA. | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in