Monday, October 17, 2011

Ape kata Mommy Lyna tentang VIVIX yg dibelikan utk ayahnya..bukan shj utk nampak muda kembali pun tapi utk ayahnya sihat dan ceria semula..:-)

Kalini jom kita baca kisah MommyLyna yang membelikan Vivix untuk ayahnya..memang berbaloi jika kita berhabis untuk orang yang kita sayang, kerana apabila mereka sihat dan ceria, kita juga akan rasa sebegitu..InshaALLAH..


---------------------------------------------------------------------------

Saya membelikan ayah tercinta sebotol Vivix memandangkan beliau sering mengadu penat memandu jarak jauh (KB-KL) setiap bulan kerana menghadiri mesyuarat. Ya, perjalanan dari KB-KL-KB memang penat, mungkin kerana tiada lebuhraya.
Saya memberitahu ayah secara berseloroh “Ayah makan Vivix ni nanti ayah jadi muda balik, rambut pun hitam balik”, berdasarkan cerita yang saya dengar tentang rambut beruban menjadi hitam selpas mengambil Vivix .Pada mulanya saya pun tak berapa yakin bahawa Vivix boleh menghitamkan semula rambut ayah saya yang dah memutih sejak beliau muda lagi.
2 bulan kemudian ayah saya berkunjung ke rumah kami, dan saya perasan perubahan pada dirinya. Saya menegur Ayah “Rambut ayah dah nampak hitam-hitam lah!” Ayah sayatersengih dah berkata “Ayah bukan nak kata apa la.. tapi baru ni doktor ayah terkejut..” Terkejut apa pulak la ya. Setahu saya ayah saya tidak menghidap sebarang penyakit. Ayah saya menyambung “Ayah beritahu dia ‘Kalau nak buat program, tahun ini sajalah, sebab tahun depan saya dah pencen’. Dia tanya ‘Haji pencen umur 55 ya?’. Ayah kata ‘Bukan, tahun depan saya 58Doktor terkejut katanya Ayah tak macam umur 57 tahun pun” ujarnya dengan gembira.
Wah, sangat gembira sekali saya mendengarnya. Sebagai anak, siapa yang tak bahagia bila ibu bapa kita bahagia, lebih2 lagi ia datang dari benda pemberian kita.Jadi, Ayah saya yang mulanya tak berapa yakin juga dengan Vivix,kini pengguna Vivix yang konsisten.




 Rambut ayah mula nampak kehitaman..



-----------------------------------------------------------------------------------------------


Nantikan kisah-kisah lain tentang penggunaan Vivix ni, the powerful potion..

Lots of Love..
UmmIrfan


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © Pengedar Shaklee Banting, Kota Warisan, Dengkil, Putrajaya. Shaklee Business Mentor. | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in