Wednesday, September 21, 2011

Cantikkan diri untuk suami tersayang...


Tertarik dengan penulisan Kucing Jantan dalam Mingguan Malaysia 27 Mac 2011. Antara petikan dalam penulisan tersebut ialah :

Sepatutnya dandanan apabila bersama suami diutamakan berbanding ketika ke pejabat mahupun menghadiri acara2 rasmi yang lain. Mengapa boleh berhabis untuk menciptakan kesenangan dan kesegaran kepada orang lain tetapi bukan untuk suami di rumah?
Malang ini bukan budaya ramai wanita Malaysia. Isteri selalu menganggap menghias untuk suami tidak perlu kerana sudah biasa dan tinggal sebumbung pula. Tiada lagi rahsia, sudah tahu luar dan dalam. Lagi malang ada isteri yang berasa malu nak berdandan demi suami. Apa nak dandan, dah duduk serumah , kata mereka.

Kepada mereka, tak perlu berpakaian menarik dirumah kerana tidak ada orang lain yang melihat dan kemudian akan menilai penampilannya. Wanita akan lebih mementingkan apa yang orang lain akan kata. Lantas menganggap hanya kepada orang luar sahaja harus menampilkan kecantikan. Kalau orang puji, suami juga bangga , kata mereka lagi.

Sepatutnya suamilah yang 'jiwa dan ragaku serahkan' mendapat perhatian yang terbaik daripada isterinya. Solekan , dandanan bahkan pakaian yang terbaik adalah untuk suami. Bukan untuk orang luar.Bukan untuk rakan-rakan sepejabat mahupun bos. Adalah salah menganggap suami disebabkan sudah biasa dalam hidup isteri , tidak layak mendapatkan hal-hal yang terbaik. 

Beban kerja dipejabat ditambah kesibukan mengurus rumah dan anak-anak tidak boleh terus dijadikan alasan. Hati-hati kerana hal yang mungkin sekecil berdandan ini boleh menjadi pemicu kepada suami untuk berpaling kepada yang lain.

Tidak dinafikan penulisan ini banyak kebenarannya. Ibu mempunyai ramai kawan yang sangat berkira untuk kecantikan diri dan personaliti. Ada yang sanggup berhabis duit membeli keperluan lain berbanding keperluan utama dalam hal rumahtangga khususnya menjaga personaliti demi suami tercinta. Rata-rata memandang remeh hal ini. Namun tidak juga ibu nafikan ramai kenalan ibu terutama dari golongan ibu yang menyusu memandang serius akan hal ini....terutama mereka yang mempunyai masalah jerawat, masalah kulit yang bermasalah selain di wajah dan masalah berat badan yang berlebihan. Tidak kurang masalah perut buncit yang dilalui selepas melalui proses kelahiran cahayamata.

Selama Euphoria trial pack berada dalam pasaran, selain dari set B untuk membantu si ibu tadi menjayakan penyusuan, trial pack set D (skin care) mendapat sambutan yang sangat-sangat menggalakkan. Mengapa? Ini adalah kerana trial pack set B mengandungi 3 jenis vitamin yang membantu si individu itu kelihatan muda, cantik dan berseri. Vitamin yang ada dalam set D ialah B complex (just remember B for Beauty), vitamin C (for collagen) dan vitamin E sebagai awet muda dan secara langsung bertindak melambatkan proses penuaan.

Bagi mereka yang mempunyai masalah kulit kusam, vitamin ini disarankan diambil secara berterusan dan konsisten disiplin dengan keperluan air seharian tidak kurang dari 2 Liter sehari. Untuk mendapatkan kesan yang sebaik-baiknya, pastikan wajah muka dicuci sekurang-kurangnya 2 kali sehari demi memastikan liang kulit dapat bernafas dengan lebih baik. Kesan pengambilan vitamin ini dapat dilihat dalam kitaran 21 hari untuk sel kulit wajah. Berbanding 90 hari untuk sel kulit seluruh anggota badan kita.

Bagi yang mempunyai masalah kulit kering atau terlalu berminyak juga, pengambilan vitamin dalam set D ini sangat disyorkan. Ini kerana keperluan vitamin B membantu menstabilkan hormon, vitamin untuk pembentukan kolagen manakala vitamin E menyeimbangkan kulit yang terlalu kering atau berminyak tadi menjadi lebih normal.

Lumrah alam, semua makhluk sukakan kecantikan. Orang ramai yang sanggup kerja keras untuk pastikan diri nampak cantik dan punyai personaliti yang menarik....bak kata lagu SENYUM.....


Apa rasa sentiasa jadi bahan perhatian
Apa rasa jadi cantik kacuk cina pakistan
Apa rasa jadi seksi suka tak diperhatikan
Apa rasanya terima bertubi-tubi puji-pujian

 Tak salah keluarkan belanja untuk memastikan diri nampak cantik, muda dan berseri terutama untuk suami tersayang .....selain berpakaian cantik dan berseri demi menarik perhatian suami sendiri :)

Jom dapatkan Euphoria Trial Pack set D dengan harga serendah RM80 tanpa caj pos. Vitamin yang boleh diamalkan untuk 30 hari dan kesannya sangat berbaloi! BORANG PESANAN.

 Hadiah menarik menanti anda untuk setiap pembelian trial pack dan tawaran sah selagi stok masih ada.

Owh yea, sila klik LIKE fanpage UmmiIrfan Online Shoppe untuk mendapatkan tips tentang kesihatan dan kecantikan anda yea..

Lots of Love..
UmmIrfan

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © Pengedar Shaklee Banting, Kota Warisan, Dengkil, Putrajaya. Shaklee Business Mentor. | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in