Saturday, August 13, 2011

Dari 10oz kepada 30oz..AlhamduLILLAH..



Ibu pernah cuba kaedah ini dulu bila awal2 penyusuan abang Addin...mana tidak, ibu yang belajar dari buku...tiada guru dan panduan yang khusus. Abang Addin awal2 dulu menyusu setiap satu jam....jika dia menyusu jam 1.30pm next feeding jam 2.30pm....dan berterusan. Tapi memang susu banyak sebab kekerapan dia menyusu menyebabkan hormon oksitosin dirembeskan dengan berterusan. Hormon ini sangat perlu kerana ia menghantar isyarat kepada otak agar mengeluarkan arahan badan perlu menghasilkan lebih susu atas permintaan yang meningkat. Sebab tu lagi banyak sesi perahan atau direct feeding lagi banyak susu dihasilkan. Namun ada cara agar susu lebih cepat dihasilkan sebagai satu usaha sampingan bersama apabila kita tingkatkan perahan atau sesi penyusuan langsung melalui hisapan bayi. Ibu cuba kongsikan cara ini bersama beberapa ibu yang mahukan peningkatan dalam penghasilan susuibu untuk membuat stok bila keadaan perlu. Alhamdulillah, ibu terima mesej dari seorang customer yang lebih mesra dipanggil Ima....

"" Thanks kak N. selama ni pam cuma dapat 10-12 oz sehari tapi kini 30 oz sehari dengan tips cara makan vitamin yang betul dan amalkan apa yang akak ajar tu!!!!!!!!!! Seronok sangat!


Pengambilan vitamin yang betul dan pada masa yang betul sangat membantu. Namun kunci utama ialah perlu amalkan 3 perkara ini secara konsisten dan berterusan. Bukan hari ni buat, esok tak buat, lusa buat...memang tak nampak kesan. Perlu buat setiap hari.

1. Pastikan bayi disusukan sekerap mungkin dan bagi yang bekerjaya, pastikan anda membuat sesi perahan yang konsisten setiap 2-3 jam. Jangan tunggu sehingga payudara bengkak baru nak pam...konsep yang salah. Teruskan pam dengan kala yang sama dan berterusan.

2. Pengambilan air yang mencukupi iaitu 3 L sehari. Pastikan menyediakan botol minuman dengan indicator supaya senang mengetahui adakah keperluan 3L air dipenuhi untuk tempoh seharian.

3. Amalkan zikir dan mengaji setiap hari dan doa tanpa putus padaNYA kerana sesungguhnya rezeki ini datang dari ALLAH jua. Jadikan amalan harian.

Konsep 3 amalan ini perlulah dibuat. Cuma TIPS  macam mana pengambilan yang betul seperti ALFALFA, ESP, Kalsium serta 3 vitamin asas untuk ibu iaitu vitalea, b com dan vitamin C diambil pada masa yang betul dan kadar yang betul SANGAT MEMBANTU!

Ibu baru sedar FORMULA ni sangat membantu ibu2 yang brsungguh nak hasilkan stok! 

Jangan lupa dapatkan jadual makan dari distributor anda :)

Lots of Love...
UmmIrfan

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © Pengedar Shaklee Banting, Kota Warisan, Dengkil, Putrajaya. Shaklee Business Mentor. | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in