Thursday, July 7, 2011

..Sharing is Caring..tips atau petua untuk banyakkan susu..

Saya tahu ramai daripada para pengunjung blog ini terdiri daripada ibu-ibu yang sedang hamil, baru melahirkan malah yang baru bercadang nak punya anak.  Acapkali saya menerima soalan, “ Betul ke vitamin Shaklee ni boleh banyakkan susu saya? Kesian tengok anak macam tak kenyang je.”

Okeylah. Basically, indirectly, jawapannya ialah YA. Namun, ada 3 perkara penting yang anda sangat wajib patuhi tanpa kompromi sekiranya mahukan susu anda menjadi banyak dengan vitamin Shaklee. Else, jangan salahkan saya kalau tak menjadi.

Pertama. Harus faham konsep asas penyusuan susu ibu ialah based on supply and demand concepts. Ni lah yang paling-paling penting selain daripada mindset. Pastikan anda mengosongkan payudara sekerap mungkin ;  samada anda seorang ibu yang mampu direct-feed 247, atau pun seorang FTWM yang harus mengepam. Jika anda mengepam, pastikan pam setiap 2,3 jam sekali. Jangan sesekali tunggu breast bengkak keras baru nak pam. Bahaya!

Kedua. Samada anda mengambil sebarang jenis suplemen @ milk booster ataupun tidak, pastikan tubuh anda mendapat bekalan air yang cukup. 3 liter sehari sekurang-kurangnya, dan lebih lagi di kala hari panas atau tubuh sedang kurang sihat. Minumlah sedikit demi sedikit, dan pastikan ada indicator.

Ketiga. Berdoalah semoga ALLAH memudahkan usaha murni kita ini. Susu ibu adalah hak anak-anak kita. Itu adalah rezeki untuknya yang ALLAH salurkan melalui kita. Berilah pada dia dan mohonlah semoga ALLAH mudahkan perjalanan penyusuan anak-anak kita. Lagipun, lebih lama dia menyusu badan, lebih cerdik kan? Ingat, rezeki itu datangnya dari ALLAH atas usaha kita.

Jadi, andai anda patuhi 3 prinsip asas ni, InshaALLAH anda akan berjaya. Ok. Sambil tu jom tengok apa tips banyakkan susu yang saya nak share tadi.

1.             Banyakkan minum air/jus buah-buahan/makanan bersup.(sehari dlm 2liter++)
2.             Banyakkan minum susu. Sebaiknya mengambil hidangan susu 3 hingga 4 hidangan sehari.
3.             Banyakkan makanan berprotein. Protin penting kerana komposisi utama dalam susuibu ialah protien dan protin diperlukan utk membina sel, kulit, rambut dan pertumbuhan yg sihat. Sebab tu saya sangat suka dgn ESP (energizing soy protin)
4.             Makan nasi panas bersama halia muda (hiris nipis2) campur dgn air asam
5.             Minum air asam jawa direbus dengan gula merah bersama dengan asam keping.
6.             Ambil beberapa helai daun betik sederhana muda. Rebus hingga didih. Minum air rebusan 2-3x sehari
7.             Ambil lobak putih. Cuci bersih dan kisar sehingga halus. Campurkan dengan segelas air suam. Minum 2x sehari. Juga boleh dibuat sup lobak putih..
8.             Sapu sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Layur pada api sehingga layu.Setelah agak suam, tekap daun sirih tersebut pada payudara. Amalkan setiap hari.
9.             Makan lebih sayur2an ..especially sayuran yang dapat membanyakkan air susu ibu seperti brokoli,lobak putih,seleri, sawi putih, peria, Ulam pegaga, Ulam jantung pisang,

Lots of Love..
UmmIrfan

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © Pengedar Shaklee Banting, Kota Warisan, Dengkil, Putrajaya. Shaklee Business Mentor. | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in