Saturday, June 11, 2011

..kenapa perlu minum air sekurang2nya 2 liter sehari? dan bila waktu yg sesuai nak minum..? ini dia 5 sebabnya..

Dah minum air pagi ni..?AlhamduLILLAH..pagi ni nak buat entry yang penting tentang air..ramai orang berkira-kira nak minum air..ada juga yang tak suka nak minum air dengan alasan malas nak ke toilet..haiii...kalau dah malas, takde sape dapek nak nolong yea..air tu penting dalam kehidupan kita dan sebab itulah saya sering mengingatkan pembeli2 supplemen supaya minum air sekurang2nya 2 liter sehari..kenapa..? ini dia 5 sebab kenapa anda perlu minum air..


1. AGAR TUBUH TETAP SEJUK

Berpeluh memang berperanan dalam menjaga suhu tubuh tetap sejuk kerana itu peluh dapat menjadi pengingat untuk kita memperbanyakan minum air. Jika anda tidak cukup air untuk dikeluarkan dalam bentuk peluh, ia akan mengakibatkan menurunnya kadar darah dan sistem peredarannya juga akan mengalami masalah. Gejala yang biasa dikaitkan dengan masalah peredaran darah yang tidak betul adalah seperti pening kepala, rasa sakit atau mengalami kesukaran bernafas.

2. MENGUMPULKAN NUTRISI


Air membantu menghantarkan nutrisi melalui aliran darah ke seluruh bahagian yang diperlukan oleh tubuh. Ini kerana beberapa nutrisi adalah larut dalam air.

3. MENJAGA TUBUH TETAP BERGERAK

Jika anda kekurangan air, anda akan mengalami sembelit yang mengakibatkan susah untuk membuang air besar. Jadi, air penting untuk melancarkan gerakan kerana air bertindak sebagai 'pembantu' untuk melembutkan kotoran. Dikombinasikan dengan serat, air dapat memudahkan najis dicerna dan dikeluarkan.





4. MENJAGA KULIT TETAP HALUS

Sel kulit yang mengandungi cukup air akan menjadikan kulit sentiasa sihat dan halus. Sebaliknya ketika kekurangan air, kulit akan kelihatan letih dan dehidrasi (kering). Akhirnya, kulit anda akan kelihatan kusam dan tidak bermaya.



5. MENGHINDARI BATU KARANG

Batu karang 'tumbuh' ketika zat - zat atau komponen 'sampah' yang masuk melalui ginjal bertahan dan bergabung dengan komponen sampah yang lain. Butiran seperti 'pasir' akhirnya terbentuk. Jika butiran ini tidak dapat dibuang, lambat laun ia akan tumbuh hingga berukuran sebuah 'batu'. Kerana itu, anda perlu minum banyak air agar dapat membersihkan butiran - butiran batu tersebut.Sebahagian besar dari kita menunggu sampai merasa haus untuk minum segelas air. Hakikatnya haus adalah gejala awal dehidrasi. Tubuh kekurangan air biasanya diawali dengan tanda - tanda seperti pening, sakit kepala dan sakit - sakit badan.



Tapi camane nak pastikan kita minum air sehari sekurang2nya 2 liter?rahsianya ialah minum sikit2 tapi kerap..bila waktu yang sesuai..?


  • Minum segelas air selepas bangun daripada tidur.
  • Minum segelas air sebelum masuk tidur.
  • Minum 3 teguk air setiap setengah jam
  • Minum 3 teguk air selepas buang air kecil atau selepas menyusukan bayi (bagi yg bfeed lah)

Dan...tau tau je anda dah minum air 2 liter pun..dalam tak sedar ... tapi air manis or air yang kaler2 tu tak dikira yea..ini kira air putih atau air suam je..so, mari kita semua amalkan minum air putih/air suam setiap hari..

Nak cuba rangkaian produk Shaklee atau Shaklee Trial Pack? Berminat boleh hubungi saya ditalian 012-2541296 atau emailkan ke rafaliah@yahoo.co.uk

Lots of Love...
UmmIrfan

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © Pengedar Shaklee Banting, Kota Warisan, Dengkil, Putrajaya. Shaklee Business Mentor. | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in