Thursday, June 30, 2011

PERHATIAN ~ Ibu-ibu menyusu kelas ini untuk anda sebagai persiapan menjelang Ramadhan dan untuk hari-hari yang seterusnya..

KELAS PENYUSUAN SUSU IBU 2011

Yes! Yes! Yes! Saya pasti ini adalah berita baik buat ibu-ibu diluar sana termasuklah di alam maya ini baik yang menjadi followers saya ataupun yang rajin drop-by diblog saya yang tak seberapa ni..tapi "Yes" tu bukan Year-End-Sale yea..hihi..Yes tu bermaksud ramai dikalangan kita, terutamanya saya yang menyokong 110% perjuangan susu ibu..Jom baca ape keterangan berita baik ini untuk kita semua..

Kelas penyusuan ibu ini akan dikendalikan oleh kaunselor, Pn Suhaily dari LittleBabyVille.
Maklumat Kelas Penyusuan ini adalah seperti berikut:
Tarikh: 10 Julai, 2011 (Ahad)
Tempat: ScriptoryBox, Puchong
Masa: 9.00am – 12.00pm

Namun tempat SANGAT TERHAD. Dalam apa jua keadaan, priority akan diberikan kepada pelanggan saya. Bukan sahaja priority, tetapi juga DISKAUN!
Anda akan menikmati diskaun 50% daripada harga asal kelas penyusuan jika anda membeli pek mini Set B (Vitamin untuk ibu menyusu) bernilai RM80. Ini bermakna, anda hanya perlu membayar RM25 jika anda anda hadir bersendirian atau RM40 jika hadir bersama pasangan masing-masing.

Anda juga akan diberikan diskaun sehingga 60% daripada harga asal kelas penyusuan jika anda membeli full pack Set B yang bernilai RM288 (Call/SMS 012-254196 sekarang kalau nak dapatkannya pada harga ahli). So, you only have to pay RM20 kalau pergi sorang-sorang atau RM35 bersama suami.

Last but not least, anda jimat sehingga RM40-65 dengan diskaun 80% jika anda membeli full pack Set B bersama Performance Drink, Energy Soy Protein & Osteomatrix bernilai RM521 (hubungi saya untuk harga super special). Anda hanya perlu membayar RM10! Atau RM15 bersama suami!

Macam la tawaran di atas ni tak cukup bagus, anda juga akan diberikan akses ke eBook (credit to MommyLyna) “Tips Tambah Susu Ibu”. Dalam eBook ni, anda bakal mempelajari cabaran ibu menyusu, punca susu kurang serta bagaimana nak kembalikannya.

Bukan itu sahaja, anda juga berpeluang untuk memenangi iPad 2! Berbaloi-baloi..

Jom! Ape tunggu lagi.. terus email ke rafaliah@yahoo.co.uk or hubungi saya ditalian 012-2541296 yea..!

Lots of Love..
UmmIrfan

.Ibu-ibu menyusu dan ibu-ibu hamil ~ supplemen ini dicadangkan untuk anda untuk bulan puasa ni agar anda semua tidak menyesal di kemudian hari..

AlhamduLILLAH, bulan Ramadhan akan menjelang tidak lama lagi..tak sabar rasanya nak berpuasa dengan mengambil supplemen Shaklee ni..hehe..mesti bertambah sihat..inshaALLAH..tapi, bagaimana pula dengan ibu-ibu menyusu dan ibu-ibu hamil pula..? pastinya sedang sibuk menyediakan bekalan yang cukup untuk bulan puasa nanti kan..? Atau mungkin ada yang risau cukup atau tidak susu untuk si comel tersayang..Walaubagaimanapun, dengan supplemen Shaklee, pastinya semua boleh..Ini cadangan supplemen Shaklee yang bersesuaian untuk anda di bulan puasa nanti..


Untuk ibu yang menyusukan anak
  1. Vitalea
  2. B Complex
  3. Vitamin C
  4. Alfalfa
  5. ESP
  6. Performance Drinks
Untuk ibu yang sedang hamil
  1. Vitalea
  2. B Complex
  3. Vitamin C
  4. ESP/ Mealshake
  5. Ostematrix
  6. Performance Drinks
Untuk ibu yang sedang hamil dan menyusukan
  1. Vitalea
  2. B Complex
  3. Vitamin C
  4. ESP/ Mealshake
  5. Ostematrix
  6. Performance Drinks
Untuk mendapatkan harga istimewa untuk senarai supplemen di atas, bolehlar email ke saya di rafaliah@yahoo.co.uk atau hubungi saya ditalian: 012-2541296.. selain itu,  anda juga boleh mencuba pek mini untuk senarai supplemen di atas jikalau anda mempunyai kekangan bajet ..dan mulalah menyusukan anak dan berpuasa tetapi masih dapat mengekalkan kesihatan pada tahap yang optimum demi untuk anda, keluarga dan si comel agar anda tidak menyesal di kemudian hari..:-)


(credit)


Lots of Love..
UmmIrfan

Wednesday, June 29, 2011

..the magic potion~ ape yang anda perlu tahu tentang VIVIX..

Semalam saya share tentang rahsia kecantikan dan sihat pelakon Ayu Raudhah, dan harini saya nak share tentang ape ingredients Vivix ni..
Bahan-bahan utama Vivix ekstrak dari botani..



1)Polygonum Cuspidatum
Sumber yang unggul bagi Resveratrol
•Akarnya ("He Sho Wu") kaya dengan kandungan resveratrol
•Digunakan sebagai ubat tradisional untuk merawat rambut beruban di negara China & Japan selama lebih 100 tahun
•100% semulajadi
•Min. 98% tulen
•100% bebas emodin = Selamat dan Mudah diterima oleh tubuh

2)Anggur Muscadine
Lebih Kromosom : 20 berbanding19 kromosom- Membantu melanjutan usiaØ
Kuasa Antioksidan- 40 X lebih tinggiØ
Polifenol yang penting dalam Anggur Muscadine : Elagik Asid, OPCs (oligomerik proanthocyanidins)Ø & Kuercetin
anti-kanser, antioksidan, anti-inflamasiØ
Kebaikan Polifenol Anggur Muscadine
Anti-kanserü
Menyokong kesihatan sendiü
Mengurangkan kedutanü
Mengurangkan risiko penyakit jantungüMengurangkan komplikasi diabetesü
Mengurangkan risiko bronkitisü & penyakit lelah




3)Elderberi Eropah
4)Lobak Ungu
 Mengandungi polifenol Anthocianin yang amat berkuasa untuk:
Antioksidan
Anti-inflamasi
Agen Anti-bakteria
Mengurangkan kolesterol Kebaikan kesihatan
Meningkatkan fungsi imun
Meningkatkan penglihatan visual
Antibiotik semulajadi
Melindungi daripada penyakit jantung

KEBERKESANAN~Satu hidangan Vivix™ mengandungi sama banyak resveratrol yang terdapat dalam 100 gelas wain merah.10x ganda lebih hebat dari resveratrol
rahsia:Saintis mendapati Orang Perancis makan makanan daging yang berlemak tinggi dan minum wain dengan banyak, tetapi kadar penyakit jantung tetap rendah di Perancis. Selepas bertahun-tahun membuat kajian, saintis menemui: Rahsia di sebalik Paradoks Perancis terdapat pada Resveratrol yang terdapat dalam wain merah...Apakah itu Resveratrol? 
• Antioksidan yang kuat, 
• Anti-inflamasi 
• Anti-kanser

Okey, itu sedikit info dan fakta tentang Vivix..ni pula fakta dari Harian Metro bertarikh 22/1/2010 tentang Vivix..

RAMAI wanita bimbang dengan proses penuaan yang berlaku pada wajah. Namun penuaan adalah proses semula jadi yang tidak dapat dielakkan. Penuaan membabitkan kemerosotan fungsi organ dan sel dalam sistem tubuh yang berlaku secara berperingkat ketika usia meningkat. Proses itu menyebabkan berlaku perubahan fizikal dan fisiologi yang tentunya menakutkan wanita. Namun proses berkenaan berbeza antara individu, bergantung kepada genetik, diet, gaya hidup dan persekitaran. Perubahan fizikal disebabkan proses penuaan ini termasuk rambut menipis dan mula beruban, kulit menipis dan kurang anjal serta muncul garis halus. Tenaga semakin berkurangan malah lemak mula terkumpul sehingga menyukarkan seseorang mendapatkan berat badan yang ideal. Malah proses penuaan juga akan menyebabkan muncul pelbagai penyakit termasuk kemerosotan sistem daya tahan melawan penyakit, kerapuhan tulang serta kurang daya penglihatan. 

Anggur muskat yang juga dikenali sebagai anggur nombor satu di Amerika menimbulkan kekecohan di kalangan masyarakat kerana kebaikannya yang boleh membuatkan kulit bertambah muda serta memberi kesihatan berpanjangan. Anggur muskat dan bijinya adalah satu daripada sumber terbaik antioksidan dan mempunyai ciri antiradang. Ini kerana sebatian phenolik tertumpu pada bahagian biji. Jika dibandingkan anggur lain, ia mempunyai 40 kali ganda lebih polifenol yang terdapat dalam arak merah yang terbukti berfaedah bagi kesihatan kardiovaskular, menurunkan tahap gula dalam darah selain melambatkan proses penuaan.Selain anggur muskat, tumbuh-tumbuhan lain yang baik untuk kesihatan serta agen penuaan ialah elderberi. Ia adalah tumbuhan lasak tanah lembap di sepanjang tepi jalan dan sungai hanya di Eropah dan Amerika Utara. Elderberi sudah digunakan sekian lama dalam perubatan tradisional bagi mengubati asma, sembelit, artritis dan selesema. Tumbuhan ini adalah antioksidan yang kuat dan melindungi sel daripada kerosakan disebabkan toksin alam sekitar, diet tidak seimbang serta tekanan. 

Polygonum cuspidatum sejenis pokok saka terbesar di Asia adalah sumber semula jadi resveratrol sama seperti yang terdapat pada kulit anggur merah dan biji anggur merah. Tumbuhan ini mempunyai banyak faedah kesihatan dan sering terdapat dalam produk antipenuaan. Ini kerana kandungan resveratrol membantu memperlahankan proses penuaan, merendahkan kolesterol, merendahkan tekanan darah dan mengurangkan lebihan lemak yang tidak diperlukan tubuh. Akhir sekalilobak ungu adalah sumber vitamin A terbaik, mengandungi fitokimia yang mengandungi antioksidan, antibakteria, antiradang penyakit serta mengurangkan risiko penyakit jantung. Jenama produk kesihatan terkenal Shaklee memperkenalkan minuman kesihatan Vivix Botanical Beverage Mix yang menghimpunkan semua kebaikan tumbuhan berkenaan.Malah ia adalah produk terlaris dengan jualan sejuta botol sejak tahun pertama diperkenalkan di Amerika Syarikat (AS) dan Kanada. Menurut Ketua Pegawai Saintis Shaklee Corporation Amerika Syarikat, Dr Carsten R Smidt, Vivix adalah kuasa baru menghalang proses penuaan wajah. 

Kandungan anggur muskat, elderberi, lobak ungu dan polygonum cuspidatum terbukti membantu untuk melawan penyakit serta melambatkan proses penuaan. "Kajian yang dijalankan membuktikan kandungan dalam tumbuh-tumbuhan terutama anggur muskat memberi tindak balas melawan agen penuaan. 

"Terdapat empat mekanisma yang membuktikan kebaikan Vivix iaitu ia mengandungi resveratrol yang kebaikannya sama dengan 3,000 gelas arak merah. Vivix juga terbukti 10 kali lebih bertenaga daripada resveratrol, tidak mengandungi alkohol dan menggunakan bahan semula jadi, tanpa pewarna tiruan serta perasa tambahan.Vivix mendapat sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)," katanya. Menurut Carsten, Vivix berfungsi untuk melindungi dan memperbaiki sel DNA serta memberi kesan positif kepada genetik sekali gus mengurangkan sel penuaan. Katanya, Vivix kini menjadi perhatian pengguna di seluruh dunia disebabkan kebaikan kandungan selain melawan pelbagai jenis penyakit. Ia adalah sejenis cecair pekat berwarna merah yang terhasil daripada kandungan anggur muskat dan tumbuh-tumbuhan lain. Dengan hanya minum sesudu sehari, pengguna akan merasai perbezaannya. Minuman yang sesuai untuk lelaki dan wanita berusia 18 tahun ke atas itu juga boleh dijadikan masker pada wajah iaitu caranya dengan menyapu dan biarkan beberapa minit untuk dilihat hasilnya.

Dan ini testimoni orang lain yang telah menggunakan Vivix..Jom baca ape kata mereka..

Testimoni 1~puan fiza
Hujung minggu yang lalu, kami sekeluarga pulang ke rumah mertua. Setibanya kami, hari sudah menginjak ke waktu sahur. Semasa di meja makan sambil menikmati juadah sahur, emak dengan nada gembira memberitahu bibirnya kemerah-merahan. Macam pakai lipstik. hehehe. Katanya sakit sendinya sudah semakin berkurangan. Rasa kebas tangan pun sudah berkurangan. Alhamdulillah…Sebenarnya sudah 2 minggu kot saya bagi mak mertua saya mencuba VIVIX. Memang betullah sepertimana testimoni yang saya baca dan fakta2 berkenaan VIVIX. Saya memang tunggu feedback begini dari mertua. Sebabnya, emak mertua selalu bercerita mengenai keadaan kesihatannya yang selalu rasa kebas tangan, sakit pinggang, sakit sendi, demam lambat baik, emak juga ada lelah. Nafasnya berbunyi agak kuat. Tapi sepanjang 2 hari lepas, memang ada perubahan, nafasnya tidak berbunyi seperti lelah. Alhamdulillah. Saya tahu Shaklee memang bagus. Harganya mahal, tapi setanding kualiti. Sekiranya berkemampuan memang saya pun nak beli VIVIX gak. Senang, hanya sesudu teh, sudah cukup. Ianya untuk kesihatan keseluruhan malahan juga anti penuaan. 

Oh ya, sewaktu pulang ke rumah emak di Kedah, emak juga komen kulitnya rasa licin, berseri sikit. Tak tahula penangan VIVIX ke B Complex ke Vitamin C. Saya tak kisah sangat kalau mereka nampak muda, yang penting saya harap mereka lebih sihat, jarang sakit, mudah nak beribadat dan lebih seronok melayan kerenah kami anak-beranak. Tak puas lagi merasa kasih sayang emak dan abah. Saya tak senang hati kalau ibu bapa mengadu sakit sana sakit sini. Saya masih perlukan mereka dalam hidup saya. Takkanlah saya nak sihat seorang sahaja. Ibu bapa dibiarkan masuk hospital, makan ubat-ubatan, cucuk sana, cucuk sini, sedangkan saya tahu ada penawar yang baik seperti supplement Shaklee. 
Semua orang sayang ibu dan ayah kan. Jangan berkira untuk membeli vitamin untuk mereka. Pendapatan yang kita peroleh setiap bulan bukan hak kita seorang, harus dikongsi dengan yang tersayang. ...............

testimoni 2
nama saya Norimah, saya seorang surirumah sepenuh masa dan saya berumur 58 tahun apa yang menjadi masalah kepada saya ialah apabila saya membuat kerja rumah atau pun memasak tangan saya akan merasa kebas dan bila berjalan lebih sedikit maka betis saya pula yang sakit. Untuk ini sudah bermacam produk yang saya cuba contohnya. supplement calsium, glucosamine dan yg lain2 yang ada di farmasi. saya juga telah berjumpa dengan doktor pakar ataupun tidak pakar. Mereka kata biasalah ni untuk orang dah berusia. Setelah lama berusaha maka saya diperkenalkan dengan shaklee pada 2 tahun lepas dan semenjak itu saya mula makan kalsium, gla, vita- c serta omega 3 dari shaklee. Alhamdullilah saya merasa kekurangannya dari setiap hari kepada 3 kali seminggu tetapi saya tetap merasa kebas di tangan itu dan sakit di betis setiap kali bekerja kuat terutamanya bila kenduri kendara.

Pada awal januari 2010 saya diperkenalkan pula dengan produk baru dari shaklee iaitu vivix, dan apa yang menarik perhatian saya ialah produk ini boleh mengembalikan badan saya menjadi muda 25 tahun....bab ni saya rasa mungkin ramai yang tak percaya!. saya pun sama juga...dalam hati berkata betul ke ni?, tetapi saya telah kenal Shaklee 2 tahun lepas dan selalunya apa yang di claim oleh shaklee adalah dijamin berkesan.jadi saya pun membeli produk ini. dan mencubanya. Hari pertama dan kedua saya tidak merasa apa-apa perubahan yang ketara cuma saya rasa saya tidak mudah penat walaupun seharian buat kerja di rumah.

Hari ketiga saya ada majlis yaasinan ( majlis baca yasin beramai2 di rumah) dan saya seperti biasa akan memasak utk menjamu mereka yang datang......pada kebiasaannya apabila saya membuat majlis begini tangan saya akan merasa kebas dan betis saya mula sakit...Tetapi amat menakjubkan kerana satu hari tu saya tidak merasa sakit walau sedikitpun...adakah ini disebabkan vivix! setelah selesai majlis dan sampai waktu tidur malam saya masih tidak merasa apa2 malah badan saya tidak rasa penat sedikit pun. keesokkannya saya telefon Jess dan memberitahunya. baguslah katanya badan dah jadi muda latu. Betul ke badan saya dah jadi muda?? kalau betul saya merasa amat berterimakasih kepada vivix kerana dengannya saya tidak lagi mengalami sakit2 seperti dahulu. malah badan saya sentiasa rasa segar..Pn Norimah can be contacted at :Norimahoth@gmail.com

Itu dia penerangan panjang lebar tentang Vivix dan kebaikan bahan-bahan yang diadun untuk menghasilkannya..Vivix ni bukan supplemen beracun yea..Kalau berminat beli untuk diri sendiri atau pun untuk suami tersayang or untuk parents tersayang, boleh hubungi saya untuk dapatkan harga istimewa..Orang tua-tua kata ~ Alah membeli, menang memakai.. itulah dia..Vivix..

Lots of Love..
UmmIrfan

Tuesday, June 28, 2011

Rahsia kecantikan dan sihat Ayu Raudhah..pelakon Nur Kasih..

Bagi peminat-peminat drama bersiri hebat yang kini telah pun difilemkan dan sedang berlangsung di pawagam, pasti sangat familiar dengan watak Aliya, isteri kepada Ustaz Aidil. Gadis lemah lembut berhemah tinggi, yang lahir dari kalangan orang berada dan pernah seketika cemburukan Nur.

Ayu Raudhah, pelakon jelita adik kepada Rozita Che Wan ini, dalam salah satu tipsnya, mengambil minuman VIVIX daripada Shaklee sebagai suplemen harian beliau.


Antara lain tips-tips yang diamalkan oleh Ayu Raudhah sendiri:

Tips kecantikan wajah
- Membersihkan dan menjaga muka dengan kerap
- menyapu ais pada muka untuk merawat kulit bermasalah
- Menjalani rawatan muka dari produk2 yang dipercayai
Tips kesihatan rambut
- menggunakan daun bunga raya
Tips kesihatan tubuh badan
- menjaga pemakanan
- melakukan senaman (bangkit tubi 50 kali sebelum tidur)
- mengamalkan sirap Shaklee (Vivix)

VIVIX merupakan tonik anti-penuaan pelbagai manfaat yang sesuai untuk mereka yang menghidapi diabetes, arthritis, gout, dan macam-macam lagi. Mengandungi resveratrol yang dipercayai mampu memperbaiki DNA seterusnya mencegah penuaan berlaku dengan pantas.
Walaubagaimanapun, pengambilan VIVIX adalah tidak dibenarkan untuk kanak-kanak, wanita hamil dan yang sedang menyusukan bayi.

Boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut tentang VIVIX dan membuat pesanan.
Ini pula sedikit info n fakta tentang Vivix:

"Terdapat empat mekanisma yang membuktikan kebaikan Vivix iaitu ia mengandungi resveratrol yang kebaikannya sama dengan 3,000 gelas arak merah. Vivix juga terbukti 10 kali lebih bertenaga daripada resveratrol, tidak mengandungi alkohol dan menggunakan bahan semula jadi, tanpa pewarna tiruan serta perasa tambahan. Vivix mendapat sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)," katanya. Menurut Carsten, Vivix berfungsi untuk melindungi dan memperbaiki sel DNA serta memberi kesan positif kepada genetik sekali gus mengurangkan sel penuaan. Katanya, Vivix kini menjadi perhatian pengguna di seluruh dunia disebabkan kebaikan kandungan selain melawan pelbagai jenis penyakit. Ia adalah sejenis cecair pekat berwarna merah yang terhasil daripada kandungan anggur muskat dan tumbuh-tumbuhan lain. Dengan hanya minum sesudu sehari, pengguna akan merasai perbezaannya. Minuman yang sesuai untuk lelaki dan wanita berusia 18 tahun ke atas itu juga boleh dijadikan masker pada wajah iaitu caranya dengan menyapu dan biarkan beberapa minit untuk dilihat hasilnya.”


 
Ni pula jadual yang membuat perbandingan antara Vivix, MonaVie, Tahitan Noni dan Xango Juice... cuba anda lihat bagaimana hanya dengan 1 sudu teh(1 serving/day) Vivix mampu membekalkan ORAC* value yang diperlukan tubuh (3000-5000 ORAC).
ORAC - Oxygen Radical Absorbance Capacity

Nanti saya akan share lagi tentang Vivix ni..ape dia Vivix dan ape ingredients Vivix ni..jadi tunggu tauu..

Lots of Love...
UmmIrfan

Monday, June 27, 2011

Wajib ada dirumah saya..Basic H..pencuci berkesan tanpa bahan kimia dan toksin..

Saya memang particular dalam memilih bahan pencuci kat rumah saya... sebab ape..? sebab Irfan is sensitive dengan bau-bauan bahan kimia..sama seperti enche' suami saya pun sensitive dengan bahan2 kimia untuk pencuci di rumah kami..kalau terhidu, Irfan dan suami saya akan bersin, bersin dan bersin...haiyoohhh...kesian betul derang berdua..so, untuk itu saya telah bertukar ke Shaklee Basic H, pencuci organik tanpa bau, tanpa bahan kimia, tanpa bahan toksin dan tidak diuji pada haiwan..hasilnya memang menakjubkan..jom baca sekilas fakta tentang kebanyakan pencuci serbaguna yang ada di pasaran masa kini..


Sekilas fakta: Tahukah anda..kebanyakan bahan pencuci serbaguna mengandungi toksin yang boleh meresap ke dalam badan melalui kulit atau sistem pernafasan. Bahan pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon.Bahan pelarut organik seperti butyl cellosolve merupakan sejenis neurotoksin dan bahan yang merengsakan hidung.Morfolin merupakan bahan toksin yang boleh merosakkan hati dan ginjal.Ammonia yang terkandung dalam bahan pencuci kaca merupakan sejenis bahan racun yang merengsakan kulit,mata dan sistem pernafasan.


Oleh sebab Irfan dan Ayah tak boleh tahan bau2 sabun, pencuci semua tu, jadi saya gunakan Basic H ni..ni pula sekilas fakta tentang kegunaan Basic H..


Basic H Organic Super Cleaning Concentrate yang dua kali ganda lebih pekat ini memberi kuasa pembersihan yang lebih selamat dan berkesan sesuai digunakan bagi menangani seribu macam jenis kotoran rumah yang boleh digunakan pada bila-bila masa.  Sebagai contohnya bagi membersihkan kesan susu tumpah di baju, bangkai serangga yang terlekat pada tingkap dan sos yang tertumpah di lantai.  Itu hanya tiga daripadanya, masih terdapat 997 cara penggunaan yang lain.


Saya gunakan untuk cuci bilik air. Hasilnya memang menakjubkan dan saya tak perlu lagi nak menyental dengan kuat..Bancuhkan saje Basic H ni dalam satu sudu plus dengan air satu baldi pastu terus cuci bilik air, toilet bowl,  lantai bilik air, dinding bilik air..semua kotoran degil keluar dengan mudahnya..tak susah..memang senang dengan Basic H.. kalo dulu once a week cuci bilik air spend masa lebih kurang 40 minit, tapi skang ni dalam 15~20 menet dah setel..jimat masa dan paling best jimat tenaga..pastu hasilnya SANGAT best dan SANGAT bersih, cantik dan puas hati..definitely Basic H is a must in my home..dan saya syorkan ke kengkawan saya kebaikan Basic H ni so that kita tak terdedah dengan chemical atau gas2 yang tak selamat tu semasa membuat kerja2 pembersihan di rumah which indirectly boleh penetrate dlm skin kita or melalui pernafasan kita (eventually boleh damage lung pulak kan..eishh ngeri gak..)..jom cuba.. pasti tak menyesal..! :-)


Untuk dapatkan harga istimewa Basic H ni boleh email saya or hubungi saya..


Lots of Love..
UmmIrfan

Sunday, June 26, 2011

..berpantang..? supplemen atau jamu..?

Last week ada sorang member tanya ada tak set berpantang dari Shaklee..saya kata ada..member saya terus sambar Full Pack (yang boleh guna up to 4 mths) siap add-on Alfalfa lagi...actually, my fren ni pernah guna Shaklee dulu tapi tah macamane tak activate lak..so, at first dia terkejut gak saya ada produk Shaklee...jadinya, kalini dia beli untuk anak yang ketiga..dan dia pun memang tak suka makan jamu2 ni..Secara peribadi, saya pun tak suka makan jamu2 ni..pengalaman berpantang Irfan dulu jamu pun tak abes makan..ada balance sampai harini..hihi..itupun masa berpantang mak yang jaga, so nak taknak dah kena paksa dengan mak, makan jugalah,.. kalo tak ..tak kuasa teman...ngeri gak rasa jamu2 ni yea...Tapi supplemen Shaklee ni ada untuk ibu-ibu berpantang, jadi, mesti ramai nak tahu kan ape yang ada dalam set berpantang ni..

(1) B-Complex : sebagai penenang (anti-stress), elak kemurungan (meroyan) & menstabilkan hormon.

(2) Vitamin C : penting untuk pembentukan kolagen, mempercepatkan penyembuhan luka, serta memperbaiki tisu sel yang rosak akibat bersalin.

(3) Multivitamin with Iron : Multivitamin lengkap dengan pelbagai kumpulan vitamin & mineral yang diperlukan oleh badan tetapi sukar diperolehi sewaktu berpantang kerana kebanyakan makanan perlu dielakkan (berpantang makan). Iron pula penting untuk tubuh terutama kerana ibu banyak kehilangan darah selepas bersalin.

(4) Zinc Complex : membantu mempercepatkan proses baik pulih luka, terutama luka dalaman (rahim). Bagi anda yang tidak makan ikan haruan, mahupun pati ikan haruan, Zinc supplements adalah yang terbaik untuk anda. Zinc turut membantu masalah 'kedinginan' selepas bersalin.

Supplements tambahan lain yang sangat sangat saya syorkan ibu2 ambil ialah Shaklee Energizing Soy Protein (ESP) dan Shaklee OsteMatrix (Calcium-Magnesium with Vitamin-D). Kedua-dua ini boleh membantu mengurangkan risiko baby kuning, memberi tenaga dan membantu melancarkan penyusuan susu ibu. Bagi yang menghadapi masalah sukar membuang air besar, boleh ambil Alfalfa / Lecitin...ia melancarkan sistem penghadaman dengan cara yang lembut sekali.

Dan ini testimoni daripada GenkiMomma yang menggunakan set berpantang ni...


First Baby.
Saya seorang yang agak skeptikal dengan produk kesihatan, makanan tambahan, apatah lagi rangkaian jamu yang banyak berlambak di pasaran. Lebih menakutkan apabila mendengar berita bahawa produk kesihatan yang glamour di Malaysia, yang dah ramai orang guna, tiba-tiba ditarik balik dan diisytiharkan tidak mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh pihak berwajib. Makanya, semasa melahirkan anak pertama, saya langsung tidak ambil pusing untuk membeli jamu atau set bersalin, risau akan merosakkan badan.
Apabila baby lahir, saya hanya berurut selama 3 hari, mandi air daun-daunan selama sebulan, minum air rebusan akar kayu selama beberapa hari dan makan ubat yang dibekalkan oleh hospital. Saya cuba untuk minum pati ikan haruan, tapi nak telan satu sudu pun susah. Saya kurang suka makan ikan. Saya juga tidak disiplin berbengkung kerana menggunakan bengkung tradisional (jenis panjang berjela, dan perlu pusingkan badan berulang kali unuk memakainya). Jika tiada sesiapa yang tolong, memang tak boleh nak pakai dengan kemas. Maka, agak malas di situ.
Secara umumnya saya rasa sihat walaupun mengalami bentan sebanyak 2 kali. Owh, anda tahu tak apa itu "bentan"? Apapun, mungkin kerana masih muda, baru 25 tahun, kesan kerana tak berdisiplin sewaktu berpantang tue kurang dirasai. Perasan 'tough' gitu!

Second baby.
Pengalaman berpantang first baby yang kurang memuaskan hati menyebabkan saya membuat persediaan yang bersungguh-sungguh kali ini. Sewaktu baby masih dalam kandungan saya telah membeli bengkung jenis tali kasut (boleh pakai sendiri, tak perlu bantuan orang). Kerana berasakan bahawa jamu satu elemen yang wajib, maka kali ini saya berhabis rm300 untuk set bersalin Nyonya Ramping (bukan nama sebenar) sebab ramai yang memberi review bagus terhadap produk ini.
Apabila baby lahir, saya gunakan minyak tersebut untuk sapu tempat-tempat yang sepatutnya. Alhamdulillah, memang segar. Selepas selesai berurut selama 3 hari, saya bersedia untuk mulakan pengambilan jamu (set bersalin tersebut). Namun, baby saya mendapat jaundice yang berterusan sehingga umurnya 2 bulan 1 minggu. Breastfeeding jaundice! Jadi saya tangguhkan dulu hasrat untuk minum teh herba & pil jamu tue. Saya sekadar gunakan uncang untuk mandi rempah, mandi lulur serta minyak panasnya yang memang best. Semuanya untuk kegunaan luaran sahaja.
Pernah ketika umur baby 30 hari, saya cuba makan sebiji pil jamu tersebut. Kesannya, saya sakit perut memulas-mulas sepanjang hari & tiba-tiba pada malam tersebut baby meragam dan tidak mahu tidur malam! Baby menangis sepanjang malam dan hanya mahu tidur di atas riba sahaja. Keesokannya apabila kami ke hospital untuk check up baby sebulan, saya kelihatan sangat lesu dan tekanan darah menurun. Terus saya stop kan pengambilan pil tersebut. Saya cuba ambil lagi sekali tatkala baby berumur 4 bulan, kesannya sama juga. Saya tetap sakit perut melampau & baby yang masih eksklusif susu ibu ketika itu tiba-tiba menangis tidak mahu tidur malam. Maka, yakinlah saya bahawa kami berdua alah dengan jamu. Sebotol pil jamu terbuang begitu sahaja, sebab expired tanpa di jamah.
Walaubagaimanapun, selain daripada pengalaman kurang serasi dengan jamu, berpantang kali kedua ini sangat berbeza dengan yang pertama. Saya lebih bertenaga, rasa lebih sihat, dan kembali langsing dengan cepat!

Rahsianya, saya mengambil supplements, breastfeed baby on demand & memakai bengkung selama 24 jam sehari! Bengkung hanya buka untuk mandi atau ke tandas sahaja. Sebelum pakai semula tue sapu minyak, kapur & limau, atau apa juga yang membantu pengempisan perut. Pemakaian bengkung menjadi seronok kerana saya boleh pakai sendiri tanpa bantuan orang lain. Selain itu, saya dah boleh buat kerja rumah & berpantang sendiri selepas 2 minggu melahirkan baby, dan yang paling penting, berat turun sebanyak 10kg dalam masa 30 hari! Kali kedua nie juga tidak mengalami bentan. Alhamdulillah.Owh, apakah pula persamaan berpantang kali pertama & kali kedua? Ya, untuk kedua-dua baby pun, saya tak ambil jamu. Walaupun ada percubaan sekali dua makan jamu, tapi sebab baby 'reject', bolehlah disimpulkan seolah-olah tak ambil jamu langsung.

Third Baby.

Insya Allah, jika diberi peluang untuk melahirkan baby lagi, saya dah tahu dan yakin apa yang diperlukan sewaktu berpantang. Berurut, memakai bengkung dan mandi air daun-daunan adalah perkara yang wajib bagi saya. Namun, untuk kesihatan dalaman, saya akan memilih supplements.
Itu dia panjang lebar penerangan penerangan GenkiMomma, so, anda bagaimana? Kepada ibu-ibu yang bakal berpantang diluar sana, buatlah pilihan yang terbaik untuk diri sendiri dan si comel..saya yakin siapa yang pernah mencuba atau menggunakan produk2 Shaklee ni pastinya tahu kebaikannya dan definitely membuat repeat order..Nantikan entry akan datang perkongsian member saya yang bakal melahirkan si comelnya yang ketiga next month..inshaALLAH..

*Kalau nak cuba supplemen Shaklee boleh email saya ke:rafaliah@yahoo.co.uk atau hubungi saya ditalian:012-2541296 untuk mendapatkan harga istimewa..


Lots of Love...
UmmIrfan


Friday, June 24, 2011

..wanita-wanita sekalian mesti ambil tahu ni..kepentingan B-Complex dalam diri wanita dan ape yang B-Complex boleh bantu kita..


Perempuan dikurniakan 9 nafsu dan 1 akal...betul kan?...9 Nafsu ini bercabang dan pelbagai. Nafsu perempuan sukakan yang cantik, indah..... Jadi tak dinafikan setiap insan yang bergelar wanita pasti ingin kelihatan cantik,sihat bergaya....betul tak?.....Dan hakikat yang ramai tidak tahu bahawa wanita sangat memerlukan vitamin B dalam kehidupan harian, lebih2 lagi B Complex..tidak kiralah sama ada wanita itu berkerjaya ataupun surirumah sepenuh masa...
Mengapa B complex penting dalam menjadikan seorang wanita itu kelihatan cantik? Pasti ada yang tertanya2...jom baca fakta2 ni (credit to ibuaddin nasa & mommy icha)

Antaranya :-
1. Ia membantu bagi isteri, ibu atau wanita berkerjaya yang kurang rehat agar sentiasa bertenaga. Apabila seorang ibu itu kerap bangun malam untuk menguruskan anak serta menyusukan anaknya, secara tidak langsung ini telah mengganggu sistem badan si ibu untuk mendapatkan good sleep or quality sleep. Apabila ini berlaku, sel2 tidak dapat berkembang dengan sihat. Inilah anatara punca mengapa ramai ibu2 yang baru beranak 1 atau 2 sudah kelihatan lebih berusia dari umurnya.
2. Vitamin B membantu sebagai penenang.Ada ibu2 yang adakala berada dalam keadaan stress yang boleh disebabkan banyak faktor, antaranya disebabkan urusan kerja, rumahtangga dan sebagainya. Maka di sini vitamin B Complex memainkan peranan yang sangat penting.Apabila seseorang ibu itu tenang, maka flow susunya juga akan lebih lancar malah lebih banyak lagi dari keadaan gelisah, atau gundah gulana.
3. Vitamin B adalah "spark plug " dalam badan kita. Vitamin B Complex sangat penting dalam menukarkan makanan kepada tenaga. Tidak dinafikan ada sesetengah orang akan merasa cepat lapar akibat makan b complex namun ianya tidak akan membuatkan seseorang itu gemuk, seperti yang selalu dikatakan oleh orang tentang B complex.
Sebenarnya banyak lagi mengapa wanita sangat memerlukan B Complex dan antara tanda kekurangan B complex pada seorang itu ialah cepat marah, murung, cepat letih, moody, kulit nampak kusam, tension...

kepentingan B complex:
Ada beberapa perkara yang menyebabkan tubuh kita memerlukan lebih vitamin B atau lebih khusus ialah B Complex.

1. Vitamin B larut air dan tidak disimpan dalam badan pada bila-bila masa pun. Ia mesti sentiasa diganti – malah setiap hari.
2. Banyak vitamin B dimusnahkan atau menjadi deaktif kerana cahaya. Tidak banyak usaha yang dilakukan untuk melindungi vitamin bernilai ini dari cahaya.
3. Gula menghapuskan B Complex. Lima kali ganda B Complex mengikut RDA diperlukan untuk mematabolismekan gula dalam cuma satu minuman Cola. Dan bayangkan mengikut kajian… secara purata setiap kita menerima hampir 128 paun gula setahun.
4. Stress mental dan fizikal meluputkan lebih B Complex. Tekanan atau stress adalah asam ragam dalam hidup semua orang. Biarpun kita sering memikirkan stress mental, stress fizikal juga boleh merosakkan kita. Kebanyakan vitamin B dilibatkan dalam pengeluaran neurotransmitter dan pengubahsuai dalam otak yang membolehkan badan mengatasi stress dengan baik.
5. Haba menghapuskan kebanyakan unsur B Complex. Dalam proses penyediaan makanan, vitamin B sensitif kepada haba yang yang sering memusnahkan. Sesungguhnya vitamin dimusnahkan ketika penyediaan makanan segera, makanan dalam tin, makanan yang dibekukan dan makanan siap masak.
6. Antibiotik, pil tidur, pil perancang, racun serangga menghapuskan banyak vitamin B Complex. Ubat-ubatan ini menghapuskan bekalan B Complexdengan mudah.
7. Sesetengah sumber B Complex yang terkaya diketepikan oleh sesetengah individu. Daging seperti hati, limpa dan jantung tidak dimakan atau dilarang untuk sesetengah individu disebabkan tuntutan keagamaan mahupun akibat kolesterol yang tinggi. Vegetarian pula menghadapi masalah vitamin B12 sebab vitamin ini hampir tidak wujud dalam keluarga sayur-sayuran.

dan inilah rahsia sebenar yang membuatkan ibu2 menyusu di luar sana berseri2 apabila mula mengamalkan Euphoria Breastfeeding Set..kenapa?..kerana ada B complex dalam set tu tau (baca testimoni puan ann yang bgtau kulitnye nampak berseri. haa..ni lah rahsianya.. B COMPLEX..) (credit:mamafaiz)

Salam kak cery..dah 2 weeks plus consume set B +Energizing Soy Protin (ESP) ..1st week mkn adala skip2...urat dah byk putus..hehehe..skrg dah consistent mkn ..my friends kata muka mcm lain je... lain2 macam mana..berseri2 dan nampak healthy.hahah..kembang giler dlm hati..x baik riak kan..4-5 orrg gak la yg tegur..alhamdulillah thanks akak...pagi2 tak rasa penat langsung....walau mlm x cukup tido coz hadif suke bgn malam.....dulu kalo pagi2 ann org paling malas bangun nak gi keje...skrg kul 5 pagi dah bangun..pagi2 dukung hadif kat depan beg baju hana and hadif kat blakang.. akak bygkan cemana..tp energy tetap mantain tip top..alhamdulillah hope everything gonna smooth ...akak n shaklee mmg mabeles..

*berminat?..Hubungi saya untuk sebarang info dan order.. :-))
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © Pengedar Shaklee Banting, Kota Warisan, Dengkil, Putrajaya. Shaklee Business Mentor. | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in