Wednesday, December 24, 2008

finally, baru ada masa nak update blog. well, aku kat shah alam dah. after 1 month kat ipoh, confinement. 3 weeks kat shah alam after kuar spital. total of my confinement days would be plus minus 50 days jugak.. perghh.. giller lama..dan sangatlar tertekan.. mana taknya, aku biasanya belasah je semua makan..tiba2 kena makan yg kering2 je.. mahu tak melekat kat tekak ni..hehe..dah tu kena lak makan segala bagai ubat2 herba..panaslar satu badan sampai tekak aku ni perit rasanya. habis pantang aku terus kena ulcer. kurang minum air lar tu. sekali ulcer tiga bijik lak tu. nak minum air pun seksa. anyway, sekarang ni semua dah ok. AlhamduLILLAH. baby pun semakin sihat.

irfan dah 2 bulan. sekarang ni dia dah pandai ketawa dan bersembang dengan aku. nampak aku je terus dia senyum dan terus kuar ayat2 bahasa dia tu yg aku sendiri pun tak faham tapi buat2 faham je lar. ahaks! layan kan saje. irfan cukup pandai berborak walaupun bahasa dia tu orang tak faham. ni mesti terkenan pembawakan mengandung. hehe. kat ofis aku cukup suka berborak dan layan ofismate berborak (ke memang sejak dari dulu ehh.. hehe..tak tau lar kan). and now ni dia dah seronok tidur meniarap. at first dulu kasik dia tidur meniarap mesti dia terus menangis, sekarang ni if dia tak nak tidur je aku dah tau rahsia dia... hehe.. mesti dia nak tidur meniarap dalam baby cot dia. aku suka dia tidur meniarap camtu, cos one dia akan tidur sangat lama dna tak kerap terjaga bila dah mula tidur and two it's gud for his brain development. irfan sangat bijak dan cerdik. dia faham dan akan ingat ape yg aku pesan dan aku cakap pada dia. banyak kali dah aku try and aku nampak results dia. contoh kalau nak pi jumpa doktor, aku akan pesan kat dia, irfan jadi gud boy sebab nanti doktor nak check irfan k. terus masuk bilik doktor siap senyum kat doktor tu and sangatlar baik ragam dia. kadang2 tu siap tidur. so, senang doktor nak check dia.

well, baby sitter irfan dah ada. adik ipar kawan Mr Hubby. aku dah jumpa dia actually termasuk last Krismas, 2 kali. she's younger than me but she had an experienced jaga baby ramai. and tengok cara dia baby sit anak sedara dia haritu (well, judgement on that day lar kan..tak tau esok lusa camne..hopefully semua ok) nampak dia lagi terer daripada aku. ahaks! perhaps dia pernah jaga ramai baby. aku ni dengan irfan sorang pun kadang2 pening. barular aku belajar dan faham, rupa2nya baby ni akan berubah ragam dan perangai dia by week. bila nak berubah ragam tu mesti dia akan menangis satu hari or tak tidur satu hari. so, aku penat sikit lar dari biasa. tapi, semua tu ok kalau irfan senyum kat aku. memang sangat comel.

so, till next update. maybe next time around letak gambar irfan banyak2...


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © Pengedar Shaklee Banting, Kota Warisan, Dengkil, Putrajaya. Shaklee Business Mentor. | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in