Monday, November 3, 2008

dedicated especially to MUHAMMAD IRFAN ISKANDAR

bingkisan ini istimewa untuk anak ibu; muhammad irfan iskandar bin shuhaime.

ibu ingin mulakan bicara ini dengan bahasa melayu kerana ibu ingin irfan faham dari hati ibu yang tulus ikhlas ini bagaimana perasaan menghadapi detik detik kelahiran irfan.

22 Oktober 2008.
ibu keletihan dan amat penat disebabkan selsema dan batuk yang tidak pulih sejak jumaat lepas.hati ibu mula risau kerana irfan tidak bergerak seperti biasa.irfan selalunya kerap menendang ibu;sangat aktif walaupun ibu sedang tidur atau membuat aktiviti-aktiviti rutin ibu.tengahari itu ibu mintak ayah bawakan ibu terus ke hospital kerana ibu sangat risau.sampai di hospital, kerani terus mendaftar nama ibu dah terus dimasukkan ke bahagian Dewan Bersalin.di situ ibu diminta baring dan jururawat terus memasang alat CTG (ibu lupa singkatan penuh untuk CTG) untuk memeriksa gerak jantung irfan.alhamduLILLAH.gerak jantung irfan normal.namun ibu masih memerlukan pemeriksaan lanjut daripada pakar.semasa doktor pakar memeriksa ibu, dia memberitahu bahawa gerak jantung irfan semuanya normal tetapi masih tidak dapat dipastikan kenapa irfan tidak bergerak langsung.sekali lagi ibu rasa nak menangis; risau dan takut akan sesuatu berlaku pada irfan.doktor pakar seterusnya memberitahu ibu bahawa ibu perlu dimasukkan ke wad untuk pemeriksaan lanjut 2-3 hari ini.sekiranya semuanya OK, doktor kata ibu boleh balik tetapi sekiranya semua tak OK dan tiada perkembangan positif, irfan terpaksa dilahirkan walaupun kandungan masa itu berusia 36minggu.hati ibu terus berdebar.hanya ALLAH saja Yang Maha Mengetahui perasaan ibu ketika itu.ibu terus memberitahu ayah apa yang doktor pakar nyatakan pada ibu.lantas ibu dimasukkan ke wad 6B untuk pemeriksaan lanjut.

23 Oktober 2008.
seperti biasa jururawat memasang alat CTG untuk melihat perkembangan dan gerak jantung irfan.alhamduLILLAH.irfan mula menunjukkan perkembang positif.doktor pakar yang memeriksa ibu menyatakan bahawa, mereka hanya akan memberi kebenaran untuk ibu keluar hospital sekiranya ibu berpuas hati dengan perkembangan irfan.sehari 4 kali CTG dipasang dan alhamduLILLAH, irfan menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan.hati ibu mula gembira dan berharap ibu dapat pulang ke rumah bertemu ayah.

24 Oktober 2008.
doktor pakar datang memeriksa ibu sejak awal pagi.dan ibu menyatakan pada doktor yang ibu amat berpuas hati dengan perkembangan irfan.ibu minta kebenaran untuk keluar dari hospital.ibu memang tidak suka duduk di hospital sebab terasa macam orang sakit sangat walaupun masa tu ibu betul betul sakit.hanya ALLAH saja Yang Tahu betapa ibu benci hospital ibarat sangkar itu.doktor pakar sekali lagi ingin membuat CT scan pada irfan.ibu berdoa dalam hati semoga semuanya OK, walaupun sebenarnya hati ibu amat berdebar.ketika doktor membuat CT scan, doktor memberitahu bahawa air ketuban telah mula kurang dan dia bertanya sekiranya ibu sedar akan perkara itu.memang ibu tidak tahu sekiranya air ketuban keluar semasa buang air kecil kerana warnanya lebih kurang sama dengan urin.hati ibu berdebar kencang.bagaimana irfan agaknya di dalam sana?selamatkah irfan?dapatkah irfan bertahan tanpa lemas atau jangkitan kuman?doktor sekali lagi memberitahu ibu yang ibu perlu terus dibawa ke dewan bersalin untuk prosedur IOL.ibu rasa nak menangis ketika itu kerana ibu tahu IOL adalah satu prosedur untuk bersalin secara paksa.ibu minta ayah berbicara dengan doktor untuk pilihan kedua.namun doktor tetap memberitahu itulah prosedur yang perlu ibu lalui.ibu tidak tahu bagaimana nak beritahu ayah perasaan ibu ketika itu.takut, risau, sedih dan bercampur baur segalanya.bimbang sekiranya irfan tidak sempat diselamatkan dan bimbang sekiranya irfan dijangkiti kuman.ketika perasaan itu datang ibu telah disuntik satu jarum untuk mematangkan paru-paru irfan.Ya ALLAH.sakitnya hanya ENGKAU yang TAHU.tak boleh bergerak selama 10minit.ada lagi satu jarum menanti 12jam lagi.ketika itu juga ibu disuntik antibiotik untuk mengelakkan jangkitan kuman pada irfan.antibiotik itu akan terus disuntik sehingga irfan dilahirkan.

jam 7 malam ibu dibawa turun ke dewan bersalin untuk prosedur IOL.hati ibu berdebar kencang.hanya zikir kepadaNYA yang menemani ibu dan irfan.tepat jam 7.30malam Dr Lim datang kepada ibu dan menerangkan dengan lebih lanjut prosedur IOL.ibu banyak bertanya untuk menghilangkan rasa debar.jam 7.50malam satu biji ubat dimasukkan untuk memberi rasa sakit dengan harapan agar pintu rahim ibu akan terbuka.setiap 6jam Dr Lim akan memeriksa ibu.pukul 9malam ibu telah mula rasa sakit yang teramat sangat namun alhamduLILLAH ibu masih kuat lagi.ibu sempat berjalan-jalan dan bertemu ayah di ruang menunggu.malam itu ibu rasakan malam yang AMAT panjang seumur hidup ibu.hati ibu tidak henti-henti berzikir kepada ALLAH mohon moga ALLAH memberi kekuatan pada irfan dan memberi peluang untuk irfan melihat dunia ini.hati ibu menangis.jam 10malam, air ketuban sekali lagi mengalir keluar dengan banyaknya.jam 1.50pagi, Dr Lim memeriksa ibu dan OS ibu masih tidak terbuka walau satu cm pun.ibu mengeluh dan terus berdoa agar ALLAH memberi ibu peluang melahirkan irfan ke dunia ini secara normal.dalam menahan kesakitan itu ibu tertidur dari jam 4.30pagi hingga 6.10pagi di dalam labour room.

25 Oktober 2008.
shif di hospital telah bertukar.bermaksud Dr Lim telah pulang ke rumah.ibu terlupa nama Dr pakar on call yang memeriksa ibu pagi itu.sekali pemeriksaan menunjukkan bahawa OS ibu tidak terbuka walaupun 1 cm.ibu bertanya kenapa.dia menerangkan kerana ibu baru masuk minggu ke-36 dan belum waktu untuk bersalin.lagipun irfan adalah anak sulung, maka OS ibu amat sukar untuk terbuka.sekali lagi pagi itu air ketuban mengalir keluar dengan banyaknya.doktor membuat keputusan supaya ibu menjalani EMLSCS (Emergency Lower Segment Caeserian Section) demi kerana irfan.ibu berserah.ibu berharap doktor dapat menyelamatkan irfan dengan apa cara sekalipun.Dr Norjazmiza membawa surat untuk ibu tandatangani demi menjalankan C-sect.Dr Norjazmiza meminta ayah berjumpa dia supaya penerangan lebih lanjut tentan prosedur pembedahan dapat diberitahu kepada ayah.setelah semua penerangan selesai, tepat jam 1.50petang, ibu dibawa ke OT room untuk prosedur Caeserian.ayah meminta kebenaran Dr untuk menemani ibu di OT room tetapi prosedur di hospital tersebut tidak membenarkan suami menemani isteri untuk Caeserian.hati ibu berdebar kencang.Dr Norjazmiza akan membuat pembedahan C-sect dibantu oleh Dr Sarah - pakar bius.waktu ibu dibawa ke OT room, ibu tidak tahu waktu itu jam berapa.yang pastinya contraction kerana prosedur IOL masih terasa dan Dr Sarah ingin memberi spinal epidural.katanya terasa sakit.ibu tak rasa apa apa.mungkin kerana ibu terlalu letih kerana tidak cukup rehat, contraction kerana IOL dan pelbagai suntikan lagi diberikan kepada ibu sebelum ibu sampai ke OT room.serta merta separuh badan ibu berasa kebas yang teramat sangat walaupun ibu masih mendengar dan boleh melihat kesemua pergerakan doktor pakar di bilik tersebut.reflection pada lampu membuat ibu terasa loya.ibu meminta Dr Sarah menutup kain penghadang paras dada ke mata ibu.tetapi ibu dapat mendengar setiap perbincangan dan percakapan doktor-doktor itu.tepat jam 3.01petang irfan dilahirkan ke dunia secara pembedahan.pertama kali mendengar suara irfan menangis, ibu terus menangis.walaupun sebenarnya kaki dan kepala irfan agak susah dikeluarkan, (kepala irfan dikeluarkan menggunakan forsep) tetapi ibu puas hati kerana irfan selamat dan sihat.ibu amat gembira dan terasa tak mahu dijahit semula kerana keinginan melihat dan memegang irfan.setelah selesai, irfan dibersihkan dan ayah menunggu irfan untuk diazankan.badan ibu menggigil yang teramat sangat kesan ubat bius tadi.setengah jam berlalu dan ibu terus tidak sedarkan diri.ibu tidak sedar bila dibawa kembalik ke wad, namun ibu masih dapat mendengar dan memahami percakapan orang-orang disekeliling ibu.

walau apa pun irfan, ibu bersyukur dan berterima kasih ke hadrat ALLAH SWT kerana DIA memberi kekuatan kepada kita berdua untuk terus bertahan dan berjuang bersama-sama demi kebahagiaan kita sekeluarga.dan yang paling penting, ibu berasa amat selesa kerana semua doktor pakar di hopital sg buloh adalah doktor-doktor perempuan.

ALHAMDULILLAH....



3 comments:

rafaliah

there u go.. people said that he has my eyes, my nose, my cheek and my forehead..! hehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © Pengedar Shaklee Banting, Kota Warisan, Dengkil, Putrajaya. Shaklee Business Mentor. | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in