Tuesday, December 30, 2008

early update.harini dah try hantar irfan to his baby sitter.just wanna know whether he suits wif the baby sitter or not.since last week aku dah cakap dengan irfan, jadi gud boy, taknak nakal2, taknak nangis banyak2, kalau nak manja lebih2 dengan ibu n ayah takpe.so just now, kat rumah baby sitter dia, dia nampak je baby sitter dia terus dia senyum.bagus betul anak ibu nih.suka senyum manis kat semua orang.anyway it's only 2 hours since i left him, but, i already miss him so much! macamane nih..?? dah lar kat rumah sorang2 nih.. ape nak buat?? boleh jadi gila rasanya... so, ingat kejap lagi nak pegi bank, settled all the 'yuran' bulanan (hehe..) then nak gi shopping.at least takde lar melayan perasaan rindu ni sangat.ikutkan hati nak amik je dia tengahari ni tapi Mr Hubby kata amik irfan petang after his working hours.uwwaaa... lama tuuu nak sampai ke petang..for the time being rindu kat irfan, tgklar baby cot dia, his toys and wash his clothes.deep inside i hope irfan will be ok and behave himself.

siapa je yang faham hati dan perasaan seorang ibu ni..?

Wednesday, December 24, 2008

finally, baru ada masa nak update blog. well, aku kat shah alam dah. after 1 month kat ipoh, confinement. 3 weeks kat shah alam after kuar spital. total of my confinement days would be plus minus 50 days jugak.. perghh.. giller lama..dan sangatlar tertekan.. mana taknya, aku biasanya belasah je semua makan..tiba2 kena makan yg kering2 je.. mahu tak melekat kat tekak ni..hehe..dah tu kena lak makan segala bagai ubat2 herba..panaslar satu badan sampai tekak aku ni perit rasanya. habis pantang aku terus kena ulcer. kurang minum air lar tu. sekali ulcer tiga bijik lak tu. nak minum air pun seksa. anyway, sekarang ni semua dah ok. AlhamduLILLAH. baby pun semakin sihat.

irfan dah 2 bulan. sekarang ni dia dah pandai ketawa dan bersembang dengan aku. nampak aku je terus dia senyum dan terus kuar ayat2 bahasa dia tu yg aku sendiri pun tak faham tapi buat2 faham je lar. ahaks! layan kan saje. irfan cukup pandai berborak walaupun bahasa dia tu orang tak faham. ni mesti terkenan pembawakan mengandung. hehe. kat ofis aku cukup suka berborak dan layan ofismate berborak (ke memang sejak dari dulu ehh.. hehe..tak tau lar kan). and now ni dia dah seronok tidur meniarap. at first dulu kasik dia tidur meniarap mesti dia terus menangis, sekarang ni if dia tak nak tidur je aku dah tau rahsia dia... hehe.. mesti dia nak tidur meniarap dalam baby cot dia. aku suka dia tidur meniarap camtu, cos one dia akan tidur sangat lama dna tak kerap terjaga bila dah mula tidur and two it's gud for his brain development. irfan sangat bijak dan cerdik. dia faham dan akan ingat ape yg aku pesan dan aku cakap pada dia. banyak kali dah aku try and aku nampak results dia. contoh kalau nak pi jumpa doktor, aku akan pesan kat dia, irfan jadi gud boy sebab nanti doktor nak check irfan k. terus masuk bilik doktor siap senyum kat doktor tu and sangatlar baik ragam dia. kadang2 tu siap tidur. so, senang doktor nak check dia.

well, baby sitter irfan dah ada. adik ipar kawan Mr Hubby. aku dah jumpa dia actually termasuk last Krismas, 2 kali. she's younger than me but she had an experienced jaga baby ramai. and tengok cara dia baby sit anak sedara dia haritu (well, judgement on that day lar kan..tak tau esok lusa camne..hopefully semua ok) nampak dia lagi terer daripada aku. ahaks! perhaps dia pernah jaga ramai baby. aku ni dengan irfan sorang pun kadang2 pening. barular aku belajar dan faham, rupa2nya baby ni akan berubah ragam dan perangai dia by week. bila nak berubah ragam tu mesti dia akan menangis satu hari or tak tidur satu hari. so, aku penat sikit lar dari biasa. tapi, semua tu ok kalau irfan senyum kat aku. memang sangat comel.

so, till next update. maybe next time around letak gambar irfan banyak2...


Monday, November 3, 2008

dedicated especially to MUHAMMAD IRFAN ISKANDAR

bingkisan ini istimewa untuk anak ibu; muhammad irfan iskandar bin shuhaime.

ibu ingin mulakan bicara ini dengan bahasa melayu kerana ibu ingin irfan faham dari hati ibu yang tulus ikhlas ini bagaimana perasaan menghadapi detik detik kelahiran irfan.

22 Oktober 2008.
ibu keletihan dan amat penat disebabkan selsema dan batuk yang tidak pulih sejak jumaat lepas.hati ibu mula risau kerana irfan tidak bergerak seperti biasa.irfan selalunya kerap menendang ibu;sangat aktif walaupun ibu sedang tidur atau membuat aktiviti-aktiviti rutin ibu.tengahari itu ibu mintak ayah bawakan ibu terus ke hospital kerana ibu sangat risau.sampai di hospital, kerani terus mendaftar nama ibu dah terus dimasukkan ke bahagian Dewan Bersalin.di situ ibu diminta baring dan jururawat terus memasang alat CTG (ibu lupa singkatan penuh untuk CTG) untuk memeriksa gerak jantung irfan.alhamduLILLAH.gerak jantung irfan normal.namun ibu masih memerlukan pemeriksaan lanjut daripada pakar.semasa doktor pakar memeriksa ibu, dia memberitahu bahawa gerak jantung irfan semuanya normal tetapi masih tidak dapat dipastikan kenapa irfan tidak bergerak langsung.sekali lagi ibu rasa nak menangis; risau dan takut akan sesuatu berlaku pada irfan.doktor pakar seterusnya memberitahu ibu bahawa ibu perlu dimasukkan ke wad untuk pemeriksaan lanjut 2-3 hari ini.sekiranya semuanya OK, doktor kata ibu boleh balik tetapi sekiranya semua tak OK dan tiada perkembangan positif, irfan terpaksa dilahirkan walaupun kandungan masa itu berusia 36minggu.hati ibu terus berdebar.hanya ALLAH saja Yang Maha Mengetahui perasaan ibu ketika itu.ibu terus memberitahu ayah apa yang doktor pakar nyatakan pada ibu.lantas ibu dimasukkan ke wad 6B untuk pemeriksaan lanjut.

23 Oktober 2008.
seperti biasa jururawat memasang alat CTG untuk melihat perkembangan dan gerak jantung irfan.alhamduLILLAH.irfan mula menunjukkan perkembang positif.doktor pakar yang memeriksa ibu menyatakan bahawa, mereka hanya akan memberi kebenaran untuk ibu keluar hospital sekiranya ibu berpuas hati dengan perkembangan irfan.sehari 4 kali CTG dipasang dan alhamduLILLAH, irfan menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan.hati ibu mula gembira dan berharap ibu dapat pulang ke rumah bertemu ayah.

24 Oktober 2008.
doktor pakar datang memeriksa ibu sejak awal pagi.dan ibu menyatakan pada doktor yang ibu amat berpuas hati dengan perkembangan irfan.ibu minta kebenaran untuk keluar dari hospital.ibu memang tidak suka duduk di hospital sebab terasa macam orang sakit sangat walaupun masa tu ibu betul betul sakit.hanya ALLAH saja Yang Tahu betapa ibu benci hospital ibarat sangkar itu.doktor pakar sekali lagi ingin membuat CT scan pada irfan.ibu berdoa dalam hati semoga semuanya OK, walaupun sebenarnya hati ibu amat berdebar.ketika doktor membuat CT scan, doktor memberitahu bahawa air ketuban telah mula kurang dan dia bertanya sekiranya ibu sedar akan perkara itu.memang ibu tidak tahu sekiranya air ketuban keluar semasa buang air kecil kerana warnanya lebih kurang sama dengan urin.hati ibu berdebar kencang.bagaimana irfan agaknya di dalam sana?selamatkah irfan?dapatkah irfan bertahan tanpa lemas atau jangkitan kuman?doktor sekali lagi memberitahu ibu yang ibu perlu terus dibawa ke dewan bersalin untuk prosedur IOL.ibu rasa nak menangis ketika itu kerana ibu tahu IOL adalah satu prosedur untuk bersalin secara paksa.ibu minta ayah berbicara dengan doktor untuk pilihan kedua.namun doktor tetap memberitahu itulah prosedur yang perlu ibu lalui.ibu tidak tahu bagaimana nak beritahu ayah perasaan ibu ketika itu.takut, risau, sedih dan bercampur baur segalanya.bimbang sekiranya irfan tidak sempat diselamatkan dan bimbang sekiranya irfan dijangkiti kuman.ketika perasaan itu datang ibu telah disuntik satu jarum untuk mematangkan paru-paru irfan.Ya ALLAH.sakitnya hanya ENGKAU yang TAHU.tak boleh bergerak selama 10minit.ada lagi satu jarum menanti 12jam lagi.ketika itu juga ibu disuntik antibiotik untuk mengelakkan jangkitan kuman pada irfan.antibiotik itu akan terus disuntik sehingga irfan dilahirkan.

jam 7 malam ibu dibawa turun ke dewan bersalin untuk prosedur IOL.hati ibu berdebar kencang.hanya zikir kepadaNYA yang menemani ibu dan irfan.tepat jam 7.30malam Dr Lim datang kepada ibu dan menerangkan dengan lebih lanjut prosedur IOL.ibu banyak bertanya untuk menghilangkan rasa debar.jam 7.50malam satu biji ubat dimasukkan untuk memberi rasa sakit dengan harapan agar pintu rahim ibu akan terbuka.setiap 6jam Dr Lim akan memeriksa ibu.pukul 9malam ibu telah mula rasa sakit yang teramat sangat namun alhamduLILLAH ibu masih kuat lagi.ibu sempat berjalan-jalan dan bertemu ayah di ruang menunggu.malam itu ibu rasakan malam yang AMAT panjang seumur hidup ibu.hati ibu tidak henti-henti berzikir kepada ALLAH mohon moga ALLAH memberi kekuatan pada irfan dan memberi peluang untuk irfan melihat dunia ini.hati ibu menangis.jam 10malam, air ketuban sekali lagi mengalir keluar dengan banyaknya.jam 1.50pagi, Dr Lim memeriksa ibu dan OS ibu masih tidak terbuka walau satu cm pun.ibu mengeluh dan terus berdoa agar ALLAH memberi ibu peluang melahirkan irfan ke dunia ini secara normal.dalam menahan kesakitan itu ibu tertidur dari jam 4.30pagi hingga 6.10pagi di dalam labour room.

25 Oktober 2008.
shif di hospital telah bertukar.bermaksud Dr Lim telah pulang ke rumah.ibu terlupa nama Dr pakar on call yang memeriksa ibu pagi itu.sekali pemeriksaan menunjukkan bahawa OS ibu tidak terbuka walaupun 1 cm.ibu bertanya kenapa.dia menerangkan kerana ibu baru masuk minggu ke-36 dan belum waktu untuk bersalin.lagipun irfan adalah anak sulung, maka OS ibu amat sukar untuk terbuka.sekali lagi pagi itu air ketuban mengalir keluar dengan banyaknya.doktor membuat keputusan supaya ibu menjalani EMLSCS (Emergency Lower Segment Caeserian Section) demi kerana irfan.ibu berserah.ibu berharap doktor dapat menyelamatkan irfan dengan apa cara sekalipun.Dr Norjazmiza membawa surat untuk ibu tandatangani demi menjalankan C-sect.Dr Norjazmiza meminta ayah berjumpa dia supaya penerangan lebih lanjut tentan prosedur pembedahan dapat diberitahu kepada ayah.setelah semua penerangan selesai, tepat jam 1.50petang, ibu dibawa ke OT room untuk prosedur Caeserian.ayah meminta kebenaran Dr untuk menemani ibu di OT room tetapi prosedur di hospital tersebut tidak membenarkan suami menemani isteri untuk Caeserian.hati ibu berdebar kencang.Dr Norjazmiza akan membuat pembedahan C-sect dibantu oleh Dr Sarah - pakar bius.waktu ibu dibawa ke OT room, ibu tidak tahu waktu itu jam berapa.yang pastinya contraction kerana prosedur IOL masih terasa dan Dr Sarah ingin memberi spinal epidural.katanya terasa sakit.ibu tak rasa apa apa.mungkin kerana ibu terlalu letih kerana tidak cukup rehat, contraction kerana IOL dan pelbagai suntikan lagi diberikan kepada ibu sebelum ibu sampai ke OT room.serta merta separuh badan ibu berasa kebas yang teramat sangat walaupun ibu masih mendengar dan boleh melihat kesemua pergerakan doktor pakar di bilik tersebut.reflection pada lampu membuat ibu terasa loya.ibu meminta Dr Sarah menutup kain penghadang paras dada ke mata ibu.tetapi ibu dapat mendengar setiap perbincangan dan percakapan doktor-doktor itu.tepat jam 3.01petang irfan dilahirkan ke dunia secara pembedahan.pertama kali mendengar suara irfan menangis, ibu terus menangis.walaupun sebenarnya kaki dan kepala irfan agak susah dikeluarkan, (kepala irfan dikeluarkan menggunakan forsep) tetapi ibu puas hati kerana irfan selamat dan sihat.ibu amat gembira dan terasa tak mahu dijahit semula kerana keinginan melihat dan memegang irfan.setelah selesai, irfan dibersihkan dan ayah menunggu irfan untuk diazankan.badan ibu menggigil yang teramat sangat kesan ubat bius tadi.setengah jam berlalu dan ibu terus tidak sedarkan diri.ibu tidak sedar bila dibawa kembalik ke wad, namun ibu masih dapat mendengar dan memahami percakapan orang-orang disekeliling ibu.

walau apa pun irfan, ibu bersyukur dan berterima kasih ke hadrat ALLAH SWT kerana DIA memberi kekuatan kepada kita berdua untuk terus bertahan dan berjuang bersama-sama demi kebahagiaan kita sekeluarga.dan yang paling penting, ibu berasa amat selesa kerana semua doktor pakar di hopital sg buloh adalah doktor-doktor perempuan.

ALHAMDULILLAH....



Wednesday, October 8, 2008

am counting the weeks.why? because i haf this strong feeling that i will deliver my baby earlier than the said that.well, gynae counts 40 weeks, which means 10months, but in Islam, normally pregnant women can deliver after 9 months and 10 days pregnancy.am already 34 weeks.aaaa...it is almost there.and to be honest, i already had this deliver symptoms since week 33.i can feel the baby pressure and how painful my stomach and waist is.but it only happened on particular day when i had too much walking and climbing stairs.later at night i will feel the sakit-sakit nak beranak tu..

yesterday i went for my pregnancy checkup and they already taught me on breathing during contraction and delivery.i guess breathing during contraction is more easier to learn than breathing during delivery.haha.am afraid that all the breathing lesson will lost due to too panic.however, i always pray for the best.and i always encourage my baby to be strong and help himself too during the delivery.on the other hand, both my legs are swollen badly.doctor said that this is due to my weight gain and there is an urat in the uterus that pressing my legs when am walking and standing.doctor advised not to walk and stand too much and not to drive myself to work.however, they have to monitor my BP and urine within this 2 weeks to ensure there is no abnormalities which can lead to pre-eclampsia.hopefully it is not something to do with pre-eclampsia thingy.

well, Eid Mubarak was celebrated in a moderate way.sis cooked Laksa Johor and am doing all the cleaning.memang dah tak larat nak masak masak.stand too long will causing my legs swollen.we had our family's photos taken in the studio paid by my bro-in-law (thanks to him..hehe..).i will post the photos in this blog or my fotopages later but still haf to wait for my bro-in-law come back from offshore 'cos some of the photos were in his hp.anyway, by just looking at my stomach all the opah2 (ipoh) and tok2 (kedah) were in common agreed that i will deliver earlier.maybe week 37 or week 38.whatever it is, i hope that both myself and my baby will haf a safe deliver moment.cepat atau lambat, it's just a matter of time.the most important is that both of us are healthy and have energy to face the 'situation' together.inshaALLAH.

very soon to be ibu!

Thursday, September 25, 2008

i don't know where should i start.this week I already 32 weeks and i am so into the mood raya.and this whole week I haf to settle all the pending reports, tasks and update my superior before going for a long holiday.still haf few reports pending by external labs.tasks pending by my team members.i haf to wait for their updates then only i can update my superior subsequently.

looking at my big tummy, i feel stunned.i can't imagine my tummy will grow that bigger and myself too! hehe.hopefully i can get back my original size before i've got preggie.Mr Hubby seems like can't wait any longer to meet our baby.let it be. let it gives me a pleasure feeling until it comes to the peak moment where i haf to be all out on the said date. anyway, this saturday, myself and Mr Hubby will be going for our last minute shopping.still haf few stuff need to buy.and on the other hand i request Mr Hubby to take me out for a shopping or window shopping 'cos later i will not be going out for 2 months!

this year our Eid Mubarak preparation will be not as meriah as last year.well, last year we just got married and all of our relatives and friends were very keen to visit us.but this year, after Eid, i haf to get ready to deliver my baby.not much cookies i bought.only 6 types of them.seems more or less to be eated by ourselves!haha.

well, i cannot wait any longer to go back to my hometown.this year we will celebrate in ipoh first then will be going back to alor star.my sister and i got so much planning on what we should cook for this Eid Mubarak.

balik kampung!

Saturday, September 13, 2008

i am waiting for my sister coming to my house while updating my blog.before that i was doing some housekeeping after nearly 2 weeks didn't do it.Mr Hubby was not around, gone back to Melaka with dad for some affair.only tomorrow he will be coming back.however, he managed to leave me alone at home 'cos my sister will be coming here.if not, i haf to go to Melaka too; which am not planning to due to this week i feel a far too much tired.on the other hand, my mom ask me to prepare all the so-called-hospital-admitting-stuff just in case i will be going for the premature deliver; which am not planning too 'cos am not ready for it.however, i still haf to prepare for it 'cos last wednesday i had a bleeding (fresh blood, however..) luckily it is not something to do wif deliver thingy.Mr Hubby was so panicked, and we don't actually prepare anything for that yet.that is the reason why i feel a far too much tired this week.hopefully it will recover soon.

well, Mr Hubby and myself were planning to do a housekeeping this weekend unfortunately we don't haf time for that.so i just do a small housekeeping such as sweeping and cleaning.i will not vacuum the floor anymore.i had a bad experience whereby i was around 4~5months of pregnancy and am still doing this vacuum thingy.after doing it, i felt a severe pain at the back which i cannot sit, lie down or stand.since that day, Mr Hubby will do all the vacuum thingy in our home.i must thank him for that.well, i already did!hehe..

so here i am, waiting for my sister and her son and we will be having our own plan for today.their stuff just arrived last week from Leeds and i believe they need to unpack that.i cannot wait for the McLaren stroller and the baby carrier.hehe.siap import dari Uk tak tahan tuu..well, i think i just get back for sweeping then..

anyway, i guess i will be missing Mr Hubby for this weekend for not seeing his faces and hear his voices, at least alive...

Monday, September 8, 2008

i came across into this blog which i didn't even know it's existence until after i watched a so-called-blogger-interview session at TV1 last night.most of the time i didn't actually so-into-bloggers-interview-session watching as sometimes i feel it such a waste of time.but perhaps ALLAH has something to show me last night.he is so fresh and calm when answering all the questions professionally.i must congratulate him for that.btw, he is not so-high-educated- person.he told us that he learnt ALLAH's ilmu from ustaz to ustaz;from a mosque to a mosque.however, credit has to give to his suggestion for all ulama-ulama to turun padang and see what are really and actually happening in our society right now rather than keep sitting in the offices pretending nothing happen.

Anyway, am still studying his blog to see his thought apart from gaining knowledge if this the way that ALLAH showed me.

Aku selalu ingat akan pesan Kak Arifah, kita mesti sentiasa persiapkan diri kita dengan ilmu, sebelum, selepas dan semasa berumahtangga agar anak-anak dididik dengan sebaik-baik kefahaman ilmu yang ALLAH hidayahkan kepada kita kerana institusi keluargalah yang membentuk masyarakat.

Sunday, September 7, 2008

randomly catching up..

ni gambar about 1 year and a 4 months ago.before this tak letak ape ape gambar kat lam blog ni.saje nak sharing.masa ni adalah saat yang paling bahagia dalam hidup aku bergelar seorang isteri kepadanya.nway, adalar pulak budak kecik enterframe.takpelar.afterall yang snap ni pun anak buah kami.so, faham faham je lar.tapi aku suka gambar ni sebabnya kiut..hehe..

this is my-in-law family.this photo was taken when we had a vacation at fraser's hill last year.my sisters-in-law were not in the photo.

ini hazim.anak akak aku yang tak reti nak cakap bahasa melayu.asyik cakap english Uk slang yorkshire dia je.bila cakap bm sebijik sebijik kuar macam budak baru belajar bercakap.nak tergelak tu bila cakap melayu pun bunyi slang yorkshire.he already 3 years old.next year Jan terus 4 years old.dia suka tanya aku, "how's ur baby?"..pastu mesti letak telinga atas perut aku, nak dengar baby kicking katanya..

nway, nanti update lagi gambar family aku.tengah cari cari kat lam drive, tak jumpa lak.itulah akibatnya sebab lambat update.hehe.




Thursday, August 28, 2008

28weeks +

Okayy.. this week dah 28weeks plus..cepat betul masa berlalu.Kalau ingat balik masa mula-mula preggie dengan alahan yg teruk, IT'S WORTH! Kenapa? hanya bakal2 ibu je yg faham perasaan WORTH tu..tak sangka, nak jadi ibu dah aku ni.My hubby everyday suka cakap dengan baby.SYOKNYAAA..bila Mr Hubby cakap dengan dia, mesti baby pun terus gerak bagi respons.Then aku pulak jadi geram.Tak sabar nak jumpa baby.Dah 7 months ni dia boleh dengar dan ada perasaan.Bila aku recite Quran, dia akan diam sampai aku habis baca, even solat pun macam tu.Bila aku bagi dengar lagu, dia mesti kick aku.Reciting Quran for baby adalah untuk kebijaksanaan dia n bagi dengar muzik adalah untuk koordinasi dia.Tapi, paling best bila Mr Hubby letak torch light atas perut aku.hahaha.Dia akan gerak as if like lari daripada cahaya tu or ikut cahaya tu; either one.Then both of us mesti gelak.

My mom on the other hand sibuk jugak buat preparation untuk sambut cucu keduanya.Plan nak buat kenduri lar, then nak belikan tilam and bantal2 lar, cari orang mengurut lepas bersalin lar..wahh..! excited pulak mak aku ni.Yelah masa akak aku dulu, dia tak dapat nak buat semua tu, sbb akak aku deliver kat Uk.So I believe this is her time.Eish eish.Bangga pulak aku tengok mak aku excited.hehe.Dah masuk 7 mths ni dah boleh makan byk sikit, sbb aku dapat rasa baby dah turun ke laluannya sikit sikit.My mom said, that he will terus turun until 9 mths.So, perut rasa lega sikit.Boleh makan lebih.Tapi, aku kena control makan jugak.If not nanti overweight pulak susah jugak tu.Anyway, we already bought few things for our baby.Nak ikutkan sangatlar BANYAK sebab first baby kan.Kena start beli dari zero.Tapi, aku suka tengok baju-baju dia.Dah lar kecik, comelnyaaaa..Dan yang MOST WORTH FEELING is when I look into Mr Hubby's face.When he smiled, talked to our baby, bacakan zikir & quran..I FEEL PROUD to be the mom's for his baby.Walaupun kerana pembawakkan baby ni aku selalu membebel, dia sangat sabar and he is so caring.Hanya Mr Hubby je yang tahu berapa banyak dugaan aku hadapi sepanjang aku preggie ni.And AlhamduLILLAH, we managed to face all the tests together.InshaALLAH.

Am on counting days I would say.Doc said the baby can be deliver as early as week 37.I have to standby from weeks 36 onwards.Berdebar sbb tak tahu lagi sakit nak bersalin macamane kan, however, on the other hand, tak sabar nak jumpa baby.Anyway, we still look for the perfect name for him.I already had one, but Mr Hubby macam nak revise je nama tu.hehe.Tapi tak revise revise lagi.InshaALLAH, bila dah deliver, we will have the perfect name for him.

"Baby sayang, Ibu akan jaga baby.."
"Baby sayang, Ayah pun akan jaga baby.."

Thursday, July 31, 2008

Mother to be..inshaALLAH



We played this video clip until my husband said, "ada lagu untuk mother, tapi takde lagu pun untuk father.."
Takpe..Ayah kan dah dapat "Kad Cinta" from Ibu harini..
Am deeply and truly happy.. AlhamduLILLAH...

Thursday, July 24, 2008

24weeks

Yup.I already 24 weeks.Tak sangka cepat betul masa berlalu.I have about ~3 months to go.Sekarang ni sangatlar naik berat badanku ini.hehe.. anyway, my haemoglobin is still low about 10.3.So, I have to eat more foods that can contibute more Vitamin B and Vitamin C.Then, hopefully, my haemoglobin will increase to 11.Doc said this is normal due to the baby will absorb more from what I eat.80% of what I eat, he will absorb and only 20% left out for me.So, definitely memang tak cukup and I have to take more and double everything I eat.The rest is OK.I have no diabetes or high blood pressure.AlhamduLILLAH.

Bestnya time preggie ni boleh rasa baby gerak2 dalam perut.Sangat best.Especially kalau dia kena hiccups.Tu lar makan byk sangat.hehe.Actually hiccups ni normal for him cos he will take a little bit of the amniotic fluid for his urine.So kadang2 tu agaknya dah terlebih minum tu yg hiccups tu.hehe.Tapi comel sangat bila dia hiccups.And masa tu aku pun akan urut2 perut aku and cakap2 dengan dia so that he will feel a little bit relief.

So sekarang ni dah start survey2 brg2 baby.Survey je dulu.Nanti dah masuk 7~8months baru aku shopping.

Oklah, till next update.

Wassalam.

Monday, May 26, 2008

15 weeks..

lamanya tak update blog.. quite busy.. no, it's not quite busy tapi BUSY GILLER. well, busy dengan morning sickness.sebulan tak pergi kerja sebab alah teruk. siap masuk spital sebab dehydrated!! mana taknya, dahlar, muntah muntah, bila dah muntah tu mesti tekak pun rasa lain macam. Nak minum air pun rasa lain.So, definitely dah dehydrated.Plus aku kena cirit birit lagi.Memang betul dugaan.Sangat banyak dugaan.After that, siap gigi aku berdarah sampai kena buat operation.But, gynae advise not go for it, due to my gum is SOOO soft during pregnancy time as I will jeopardise my baby if I do so.Kenalar tahan sakit gigi tu.Memang sabar banyak sangat.Mr Hubby pun dah risau tengok keadaan aku until dia pun wondering kenapa jadi macamni.Then, back to my gynae talk, he said that this is normal during pregnancy.Morning sickness, soft gums,dehydrated.

Anyway, that was last month.This week am already 15weeks of pregnancy and am free from morning sickness!! Heavennya rasa.AlhamduLILLAH.It settles earlier beyond my expectations.So, sekarang ni selera makan berganda ganda.Mr Hubby dah habis makan, aku tak setel makan lagi.hehe.Yelah, masa alah teruk dulu, makan buah dan roti je.Sekarang ni tengok roti pun rasa nak muntah.But am still cannot cook until today.Eversince I've got pregnant, I don't cook until today.Aku alah bau masakan.Kalau balik kampung tu, aku tolong sediakan bahan2 nak masak, then bila time masak aku masuk bilik, tutup pintu.If not, aku akan muntah sampai pening kepala tak boleh bangun.And for that cause, I've got this strong feeling that this might be a baby boy. hehe.

So, last Saturday pegi scan.Actually, aku nak scan nak tengok which one develops more; my baby or the cysts.The best part masa scan bila aku nampak kaki dan tangan baby aku! SANGAT COMEL.Lepas tu dia sangatlar active kat dlm perut aku tu.Siap gerakkan tangan dan kaki as if like dia nak tunjuk everything kat both of us!Mr Hubby senyum tak cakap ape.Seronok sangat.Then the gynae said it looks more like a boy rather than a girl.Aku pulak tertanya camneler gynae ni boleh tau sebab aku tengok sama je.Well, he can scan pada kemaluan baby tu.But this part aku tak tau nak tengok camne.Afterall, tak nampak clear sangat pun sbb baby tutup dgn kaki dia.Malu yea rupanya!hehe.But he is a gynae kan..he said even baby tutup kaki dia pun, dia tengok pada kaki dan tangan baby, dia boleh tau that is ababy boy.For me, whether it is a boy or a girl, the most improtant thing is that my baby is healthy and in good condition.The VERY VERY good news is, my cysts are disappeared already!It's NO MORE there! AlhamduLILLAH.Macamane dia disappeared, sebab dia dah tak dapat supply hormones which is generated every month if I have period.Risau jugak if cysts develop lagi besar drpd baby..sebab nanti boleh ganggu baby lak.

And tomorrow is OUR big day.AlhamduLILLAH, we've been 1year as husband and wife.InshaALLAH, we will be together as ALLAH panjangkan jodoh kami..

Nanti update lagi.InshaALLAH..

Friday, March 21, 2008

the Miracle of Man's Creation

this one I took it from Harun Yahya's website..
Feel free to visits his site.







Wassalam..


Tuesday, March 18, 2008

alhamduLILLAH

well, previous entry kata nak list down all the places that we want to and we plan to go..tapi nampaknya, macam kena cancel je.. big potential, i guess.. but, if kesihatan aku baik n baby pun baik (oopss..!!hehe..), perhaps boleh travel.(Nak jugak travelling tu..huhu..)..

So, lately ni cepat letih.. biasa agaknya. Sbb baru few weeks, i mean not yet 5 weeks.. morning sickness tu biasa, up to one extend rasa cam nak nangis je sbb teruk sangat. Tapi, alhamduLILLAH, today tak vomit lagi. Pening pening tu ada lagi. Lots of things need to prepare start from now. Yang pasti raya tahun ni aku boleh beli baju raya baru LAGI..!! hehe.. seronoknyaaaaaaa... Well, nak biasakan diri dengan perubahan diri ni memang takes time. Tapi, aku harap semuanya aku dapat atasi dengan izin ALLAH. Memang banyak dugaan. Mr Hubby pun sama jugak. Benda yg aku tak boleh makan (buat masa ni) itulah yang dia paling teringin. Kadang kadang alahan tu dapat kat Mr Hubby jugak whereas aku tak rasa ape ape pun. It happens sometimes, mak kata. Kena banyak sabar.

Makan bertambah banyak. Well kawan-kawan yg kenal rapat dgn aku mesti tau aku ni banyak makan, tapi korang boleh imagine tak bila aku kena makan untuk dua orang?? hahaha.. tapi, berat badan aku tak naik banyak. First weight after tau pregnant, baru 51.6kg. Aiseh.. naik 1.6kg je..??

Actually nothing much to share about. Cuma dari sekarang dah kena start makan makanan berkhasiat, take folic acid, untuk tumbesaran otak baby. Sel-sel otak baby ni terbentuk seawal 2-3 minggu. Banyak read Quran. InshaALLAH segala-galanya selamat dan sihat.

Wassalam.

Friday, February 22, 2008

taichi

Okay.. today we have stock count but am not involve with it at all.
So what do i do? bukak kedai kopi kat dalam ofis dengan kawan-kawan..hehe..
Boss was not around.. went to Penang for a business trip..
So i feel a little bit relieve.

This week I've heard a so-called-history-breaking-resignation. Mana taknya, 6 orang sekaligus nak resign. Pastu 4 of them are from QA dept (my dept!!).. 3 engineers plus 1 S.E. Am not sure kenapa ramai sangat nak resign this time. Better offer? not happy with boss? Looking for new exposure? What everlah.. malas nak ambik tahu.. Obviously, aku pun ada rasa nak tukar keja, new environment, but when come to think back again, am afraid if i might get the so-called-not-get-along-together-boss and definitely am not ready for it. It is a little bit boring with my Management System auditing thingy, but, am getting to build my confidence day by day especially when it comes to audit day (customer or surveillance). I learn how to talk professionally with customers and auditors. And, ada jugak belajar sikit sikit macamane nak "taichi" orang.. hahahahaha.. part "taichi" orang ni memang menarik.. boss jugak yg ajar.. huhu..
kadang kadang diri sendiri pun kena "taichi" dengan boss.. hahah.. well, we learnt from boss, rite?

So, am still thinking where should we go for a vacation. My hubby wants to go to Bali.. eish eish.. sungguhlar aku tak mahu ke sana. Well, we've got lots of destination actually waiting for us. Or in other words, we're gonna use all the MAS travelling scheme benefit while it's still lasting for this year, of course. August this year dapat new staff ticket scheme. Well, I guess I have to list down places that I want to go!

Sunday, February 17, 2008

bosan

bosan bosan bosan...
what else to do...?
feel like want to discover new things and new ideas...
travel?? of course but that can only be done after April onwards..
hopefully we can make it this time.. and overseas obviously..
bosanlar asyik travel dalam Malaysia je..
travel pun masih lagi ingat kerja.. eish eish..
i really need a LONG Holiday.. really LONG...
tired and exhausted..

rasa macam nak ubah position of furniture kat dalam rumah..
maybe that one can make me feel a little bit better and feel homey..
dunno why, after married, aku ni amatlar suka mengemas rumah..
macam dah apply 5S kat ofis tu kat dalam rumah...
haii... actually tengah fikir nak masak ape tengahari ni ...
something yg boleh release rasa sakit tekak dan batuk ni..
soup will be great, i think..

mumbling macam orang tua laks..
oklar.. straight away nak masak lunch..


Thursday, January 10, 2008

satuhala

I've just read an article on a blog regarding a Malay drama series and a Bible.. what's the relation?..
After finished reading it I guess this is my most favourite blog.
I'd came across this blog with my husband when we were surfing the internet and keep watching video clips on "You Tube" which verified whether it is true there is "a sound" called from alam kubur. So, this guy, I guess he made his on research very good and very teliti. And he keeps breaking those sounds and sampling it (like what I did in Signal & System class back in university those years..) and funny result is that that sound is actually was taken at a bus station!.. Well, this guy really help us (Muslim) from all those pengaruh anasir anasir yg ingin menyesatkan kita or in other words penipuan. That's how we jumped into his blog due to there is a link in that video.

So, back to our stories, this blog, if you read it, we can gain more knowledge about Islam. He even explain why is in Quran ALLAH asks malaikat and iblis untuk sujud kepada Adam, manusia yang hanya dijadikan daripada tanah. This is the hikmah kenapa ALLAH mengatakan bahawa kita adalah pentadbir alamNYA. Manusia adalah sebaik baik kejadian dan betapa ALLAH telah mengangkat martabat kita manusia yang diciptakan dr tanah lebih daripada Malaikat yg dijadikan drpd cahaya and iblis drpd api. Sesungguhnya ALLAH itu Maha Mengetahui dan Maha Besar. Kepada siapa yang pernah membaca artikel dr blog ini, saya berpendapat anda akan lebih menyayangi dan mencintai ALLAH. Dan di sini saya rasa blog ini juga is one of the best medium saya boleh mendalami ilmu apart from reading books, which sometimes it is hard to read a book in a week (for me lah.. the so-called career woman, lovely wife, mother to be..)

Feel free to reach this blog.
Salam Ma'al Hijrah 1429 untuk semua umat Islam. Moga kita sentiasa berada dalam perlindunganNYA Yang Maha Esa..inshaALLAH..

Friday, January 4, 2008

focus

Assalamualaikum everyone...
a new look for a new blog..
just make some changes on my blog appearances (eish.. kuar jugak ayat2 quality system aku..).

Sorry for a brief hiatus. Something is up with my family. My sister just got back home, apparently not for good, but for a vacation and renewing visas. So, my timetable was really packed and it's going to be more pack within this month. Well, actually I'm updating the blog in the office! hehe.. i know.. i was about to "break the glass" or i already did! First quarter is the so-called honeymoon quarter. Meeting sana sini. Set-up goals, activities, improvement plan for the said year. So, start from 2nd Jan haritu, aku dah ada 4 meetings, 2 meetings in this week, another will be in next week. I'm the organizer for all the said meetings. Jumble-up jugak dengan study for the improvement plan. AlhamduLILLAH, team members semuanya understanding and all of us looking forward to achieve the goals and target. Anyway, enough about works. Ini semua perkara dunia.

Better for me focus more on akhirat..
Life with my husband is getting far more better than last year. Previous year both of us not really focus on family development, I would say last year both of us kelam kabut. For those baru kahwin, they know lar.. sape yg baru nak kahwin tu perhaps tak berapa faham maksud ini. My daily routine after get back from work will focus on house management, i.e.: cooking, washing, cleaning the house bla bla bla.. basically I'll do what are the fulltime housewives doing. But, my husband is so understanding. Once dia nampak aku terlalu busy, he will offer his hands. We also focus more on "rohaniah" development. Once you get married, you are already completed half of your religion and the other half is only your worship to HIM. After got married, i feel more easier to worship HIM. Everything getting more easier once you are sincerely, delightedly (with patience) worshiping HIM. Or in other word, when you dengar cakap husband you and worship to HIM sincerely, do all the obligations, everything will be fine.

Alright. That's the thing I can share with all of you at the moment. Feel free to share anything with me.

Wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © Pengedar Shaklee Banting, Kota Warisan, Dengkil, Putrajaya. Shaklee Business Mentor. | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in